“Bebaskan diri anda dari ditipu hidup-hidup oleh DAP”, seru aktivis sosial Pulau Pinang, Azman Haj.
Ia merujuk kepada dua sandiwara DAP (gambar di atas) yang dibuat secara terbuka dan tersembunyi
Sandiwara terbuka adalah rakaman video parodi lakonan Tony Pua dan Teo Nie Ching bersempena dengan Tahun Baru Cina bertujuan untuk memburuk-burukkan pimpinan kerajaan.
Walau bagaimana pun kerana pelakonnya, Tony dan Teo beragama Kristian, mereka tidak menyedari lakonan parodi mereka telah mempersendakan Tuhan Kemakmuran yang dihormati masyarakat Cina.
Sandiwara kedua dibuat secara tertutup, iaitu majlis makan malam bersempena sambutan hari lahir ke-75 penasihat DAP Lim Kit Siang di Hotel Equatorial, Pulau Pinang.
“Hipokrasi DAP cuba menipu rakyat terutamanya orang Cina dan golongan pencinta sosialisme.
“Patutnya ratusan ribu belanja majlis sambut hari tua Lim Kit Siang tu didermakan kepada Tony Pua,”ulas Azman Haj.
Sebelum ini, Minda AIDCNews mengulas majlis majlis makan malam bersempena sambutan hari lahir ke-75 Kit Siang itu dibuat secara tertutup dan tanpa publisiti meluas kerana bimbang imej kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Lim akan terdedah kepada orang ramai.
“Sebabnya, program itu bertentangan imej DAP yang cuba paparkan kepada rakyat Malaysia. Majlis itu berimejkan bourjois (bangsawan) yang bertentangan dengan imej marhaen yang cuba ditonjolkan kepada umum sebelum ini.
“Meskipun memperjuangkan konsep sama rata, namun sambutan hari jadi ke-75 di hotel lima bintang di Pulau Pinang melambangkan keluarga Lim telah memasuki zon golongan bourjois.
“Kerana hanya golongan yang kaya raya, mempunyai aset peribadi yang banyak sahaja mampu menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk memuja dan mengagungkan hari kelahiran dalam satu malam.
“Golongan marhaen tidak mampu menyewa hotel lima bintang untuk menyambut hari kelahiran, apatah lagi membeli atau menyewa pakaian yang mahal-mahal setaraf dengan majlis itu yang diserikan dengan acara muzik berbayar.
“Belum lagi dikira dengan kos makan-minum percuma kepada tetamu-tetamu terpilih yang diundang.”
Menurut Minda AIDCNews, inilah imej sebenar keluarga Lim yang cuba disembunyikan kepada umum sebelum ini.
Walau bagimanapun, menurut penulis imej sebenar Lim itu sudah mula dikesan oleh inner circle DAP sejak dari awal tahun 1970-an lagi.
Ia didedahkan oleh Goh Hock Guan, salah seorang pengasas DAP dan Setiausaha Agung DAP pada tahun 1969.
Goh ketika itu salah seorang perancang perarakan kemenangan DAP pada PRU 1969 yang turut serta dalam perhimpunan itu yang dianggap pencetus tragedi berdarah rusuhan kaum 13 Mei.
Walau bagaimanapun, Lim yang berjawatan Setiausaha Organisasi DAP enggan bertanggungjawab dengan melarikan diri ke Sabah ketika perarakan DAP diadakan di Kuala Lumpur.
Namun, selepas itu, Lim merampas jawatan Setiausaha Agung DAP daripada Goh dan kekal menguasai parti itu hingga ke hari ini.
“Saya terpaksa keluar daripada lingkaran Kit Siang. Ini kerana, saya tahu apa yang telah berlaku, seorang lelaki (Kit Siang), yang dahulunya memandu kereta fiat lama yang saya beli dengan harga 500 dollar telah (menukar kereta dengan) membeli kereta (mewah) Mercedes Benz.
“Saya telah kritik sikap dia dan yang lain dalam mesyuarat tertinggi parti. Mereka tidak suka dengan kritikan saya itu,”kata Goh ketika diwawacara New Straits Times pada tahun 2013.
Goh berkata selepas DAP menang besar pada PRU 1969, gaya hidup pimpinan parti itu mula berubah dan bertentangan dengan dasar sosialis yang diperjuangkan parti itu.
Menurutnya, gaya hidup Kit Siang mula berubah apabila membeli kereta Mercedes Benz dan mengupah pemandu bertentangan dengan semangat ‘Mahatma Gandhi’ yang dilaungkan parti itu sebelum ini.
(AIDCNEWS)
Sila lihat Pemikiran Pemimpin Bekas DAP
1. Bekas ADUN DAP Masuk PAS, Akan Wujud GHP DAP?
2. Jika Tidak Kerana PAS, DAP Tidak Boleh Jejak Kaki ...
1. Bekas ADUN DAP Masuk PAS, Akan Wujud GHP DAP?
2. Jika Tidak Kerana PAS, DAP Tidak Boleh Jejak Kaki ...
4 comments:
DIHARAP KITA SEMUA JANGAN DITIPU HIDUP2 OLEH PAS SEBUAH PARTI PENJUAL AGAMA DEMI KELANGSUNGAN POLITIK PEMIMPIN2 MEREKA. INILAH SEBUAH PARTI YANG BETUL2 CELAKA DI NEGARA INI. HARAP MAKLUM.
Tak rasa tertipu pon dgn pas... kalau dgn PAN dan DAP yerla rasa tertipu dan ke-bagangan nyer... kihkihkih
Tak rasa tertipu pon dgn pas... kalau dgn PAN dan DAP yerla rasa tertipu dan ke-bagangan nyer... kihkihkih
Boleh tahu tak kenapa dari pru10 sampai ke pru 13,pas kerjasama dengan dap.fakta kat atas haji hadu tak tgk ker,arwah ustaz fadhil noor tak jumpa ker,tgna tak sedar ker?.please dont talk rubbish ibnu hasyim.
Post a Comment