Fanomena Kafe Kucing yang popular di Jepun turut menarik perhatian di Malaysia kebelakangan ini. Beberapa pengusaha kafe men’ciplak’ idea tersebut dengan mengkomersialkan idea tersebut di negara ini pula.
Ia malah boleh dikunjungi di beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Kini, usahawan Jepun mula mempopularkan satu lagi spesies haiwan lain pula di kafe-kafe hipster mereka, iaitu kafe burung hantu.
Ini sekali gus memberi peluang kepada penduduk-penduduk Jepun yang mempunyai masalah kesihatan pernafasan atau alahan terhadap bulu daripada kucing boleh berkunjung pula ke kafe ini.
Kafe unik tersebut diberi nama “Ikefukurou Café”(Kafe Ikefukurou). Ia buat masa ini hanya terdapat di Tokyo dan Osaka.
Pengunjung-pengunjung yang ingin ke kafe tersebut, hendaklah terlebih dahulu membuat tempahan di samping memenuhi beberapa peaturan yang telah ditetapkan dan digariskan oleh pihak kafe.
Pengunjung turut diingatkan supaya mengendalikan burung hantu dengan lemah lembut dan bersedia untuk perkara yang tidak dapat dielakkan, iaitu tahi burung!
Berbeza dengan kucing, burung hantu adalah haiwan pemalu. Oleh sebab itu, pengunjung dilarang menyentuh burung hantu tanpa ditemani pekerja yang terlatih.
Sebelum menyentuh burung hantu, para pengunjung disarankan memakai atau menyapu krim bebas bakteria agar terbebas daripada kuman yang terdapat pada burung hantu.
Antara peraturan lain yang digariskan adalah, pengunjung dilarang untuk rakam gambar menggunakan “flash” dan tidak cakap dengan nada yang kuat semasa berada di dalam kafe agar tidak mengejutkan burung hantu itu.
Jom lihat burung-burung hantu yang comel ini.
Kalau anda berkesempatan ke Jepun, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi kafe tersebut dan mengabadikan memori bersama burung-burung hantu yang comel-comel ini. Kalau boleh diperkenalkan di Malaysia pula. Jom kreatif... (IH)
No comments:
Post a Comment