Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak menyelar sikap kesombongan PKR dalam membolot agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Publisiti DAPSY Petra Jaya, Abdul Aziz Isa hari ini menggambarkan PKR hanya mementingkan diri sendiri tanpa merujuk kepada rakan kompenan Pakatan Harapan khususnya DAP
“PKR adalah sama sekali mementingkan diri sendiri dan hanya mementingkan kerja mereka sendiri sahaja. Jika kejayaan mereka begitu muram, minta tolong dengan rakan kongsi anda dalam DAP untuk mengatasi kelemahan anda,” katanya dalam satu kenyataan.
PKR secara bersendiri telah mengumumkan calon yang begitu banyak, tanpa sebarang perbincangan dengan Pakatan Harapan, kritik Aziz, sambil menambah PKR juga enggan melepaskan mana-mana kerusi di Sarawak, ‘walaupun tewas’ pada PRN 2011.
“(Ini) menunjukkan bagaimana sombong dan sikap tidak bekerjasama.
“Mungkin dari awal lagi, PKR langsung tidak mempunyai niat untuk berunding, ia hanya rempuh secara membuta tuli kerana ia begitu terdesak.
“Jadi, pertandingan tiga penjuru akan berlaku,”kata Aziz.
Tambahnya, PKR juga sukar untuk didekati kerana “otak bodoh dan ego”
Aziz yang juga pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, mencabar PKR untuk membiarkan DAP bertanding di beberapa kerusi yang secara tradisinya ditandingi PKR, sambil menambah bermungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya ‘untuk membuktikan siapa yang layak’.
Ini kerana, katanya, DAP mempunyai peluang yang lebih baik daripada PKR untuk menang, kerana DAP telah turun padang sejak pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013 lagi.
Aziz juga berkata, PKR hanya mula turun padang dalam tempoh dua hingga tiga bulan yang lalu sahaja.
“Sangat sedih, yang PKR tidak belajar untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.
Abdul Aziz (kiri) bersama bosnya, Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak
Aziz juga berhujah bahawa PKR akan kemungkinan besar tidak diterima dengan baik di Malaysia Barat jika parti itu terus menjadi mesra PAS, yang menjauhkan lagi hubungan dengan DAP berhubung isu hudud. Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Publisiti DAPSY Petra Jaya, Abdul Aziz Isa hari ini menggambarkan PKR hanya mementingkan diri sendiri tanpa merujuk kepada rakan kompenan Pakatan Harapan khususnya DAP
“PKR adalah sama sekali mementingkan diri sendiri dan hanya mementingkan kerja mereka sendiri sahaja. Jika kejayaan mereka begitu muram, minta tolong dengan rakan kongsi anda dalam DAP untuk mengatasi kelemahan anda,” katanya dalam satu kenyataan.
PKR secara bersendiri telah mengumumkan calon yang begitu banyak, tanpa sebarang perbincangan dengan Pakatan Harapan, kritik Aziz, sambil menambah PKR juga enggan melepaskan mana-mana kerusi di Sarawak, ‘walaupun tewas’ pada PRN 2011.
“(Ini) menunjukkan bagaimana sombong dan sikap tidak bekerjasama.
“Mungkin dari awal lagi, PKR langsung tidak mempunyai niat untuk berunding, ia hanya rempuh secara membuta tuli kerana ia begitu terdesak.
“Jadi, pertandingan tiga penjuru akan berlaku,”kata Aziz.
Tambahnya, PKR juga sukar untuk didekati kerana “otak bodoh dan ego”
Aziz yang juga pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, mencabar PKR untuk membiarkan DAP bertanding di beberapa kerusi yang secara tradisinya ditandingi PKR, sambil menambah bermungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya ‘untuk membuktikan siapa yang layak’.
Ini kerana, katanya, DAP mempunyai peluang yang lebih baik daripada PKR untuk menang, kerana DAP telah turun padang sejak pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013 lagi.
Aziz juga berkata, PKR hanya mula turun padang dalam tempoh dua hingga tiga bulan yang lalu sahaja.
“Sangat sedih, yang PKR tidak belajar untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.
Abdul Aziz (kiri) bersama bosnya, Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak
"PKR bukan parti yang tegas, pemimpinnya tidak boleh membuat keputusan mereka … PKR tanpa kepala, tanpa arah dan keliru dengan konsep,” kritiknya lagi.
Beliau berkata, jika pemimpin-pemimpin PKR yang bukan berasal dari Sarawak dan tidak memahami keadaan di sini, mereka perlu berundur dan menahan diri daripada bergaul dalam hal ehwal tempatan.
“Seperti yang semua orang lihat, ia akan sentiasa menjadi sukar bagi DAP, tetapi kami adalah konsisten dan mempunyai integriti,” katanya.
Baru-baru ini, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dalam satu sidang media yang turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan 22 calon yang akan bertanding di Zon Selatan pada PRN 2016 pada April ini.
22 calon PKR itu termasuk tiga DUN yang diminati Abdul Aziz iaitu Tupong, Samariang ataupun Satok yang bersesuaian dengan pelantikan DAP terhadapnya sebagai Penyelaras DUN Tupong.
Calon PKR yang diumumkan di DUN Tupong adalah Nurhanim Hanna Mokhsen dan Mohd Salleh di DUN Satok.
Calon-calon PKR yang turut diumumkan adalah Francis Teron (Opar), Boniface Willie Tumek (Tasik Biru), Jajol Numan (Tanjung Datu), See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Athina Sim (Serumbu), Willie Mongin (Mambong), Musa Ngog (Tarat) dan Cyril Langin (Kedup), Regional Abell (Bukit Semuja), Jamilah Baharuddin (Simunjan), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Lingga), Nicholas Mujah (Balai Ringin) Norina Utot (Simanggang), Kolien Liong (Batang Ai), Yukub Daud (Saribas), Vernon Kedit (Layar), Neol Bucking (Bukit Saban), Jemat Panjang (Kalaka), Ali Biju (Krian) dan Baru Bian (Ba’Kelalan).
Sebelum ini, PKR turut mengumumkan George Chen (Machan), Abdul Raafidin Majid (Nangka), Abun Sui Angit (Murum), Elia Bit (Marudi), Ronald Engan (Telang Usan) dan Paul Baya (Mulu).
Abdul Aziz disifatkan blog siemens-melayumaju sudah makin gelabah apabila kerusi yang diminatinya dirampas oleh PKR, hinggakan pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak itu telah membuat pengumuman mahu bertanding di DUN Kota Sentosa (milik bosnya) atau Batu Kitang (milik musuh ketatnya dari PKR).
“Pada minggu lepas, Aziz, yang juga Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Ching Chieng Jen dengan konfidennya mengumumkan beliau akan bertanding sama ada di Kota Sentosa atau Batu Kitang.
“Umum tahu Kota Sentosa yang disandang oleh Chong adalah kubu kuat DAP manakan Chong hendak menyerah bulat-bulat kerusi tersebut kepada Aziz, sedangkan Batu Kitang adalah kawasan DUN baharu dan kekuatan serta sokongan DAP di sana masih belum dapat dipastikan lagi.
“Takkan Chong berani mengambil risiko untuk kalah pada PRN kelak? Takkan Chong nak duduk di luar sedangkan Aziz enak-enak saja duduk di dalam DUN waktu persidangan DUN Sarawak kelak?
“Penamaan Voon Shiak Ni sebagai calon PKR di Batu Kitang bagaikan paku terakhir menutup segala peluang bagi Aziz yang selama ini terkapai-kapai mencari kawasan untuk bertanding kerana sebelum ini beliau kelihatan “aktif berkempen” di Tupong dan Satok namun kedua-duanya telah di”cop” oleh PKR – Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong) dan Mohd Salleh (Satok).
“Hubungan Aziz dan Voon sebenarnya tidak mesra kerana mempunyai sejarah hitam mereka sendiri dan sudah tentunya Voon tidak akan memberi sebarang muka kepada Aziz.
“Aziz hampir-hampir disaman oleh Voon kerana menyelarnya (Voon) dalam status FBnya sebagai “jalang” dan perkataan kesat tidak berapa lama dulu namun difahamkan selepas Aziz memohon maaf secara terbuka maka kes tersebut dilupakan begitu saja,” dedah blog itu. (AIDCNews- 05/2/16)
5 comments:
Perang sudah mula.pan diam diam sj sokong dap ya nanti dimarah org pkr.dap vs pkr vs umno.tentulah senang senang umno bleh menang.bg empat penjuru pas pasti akan muncul dr kemelut sekali ini.ayuh serawak bangkit jgn terus ketiduran spt badsyah.kuasanya mungkin tak akan lama.sedang bosnya sendiri sedang meminta nyawa.padahal dap yg tamak haloba ingin bolot semua pandailah mengata org bodoh srgala utk menutup perlakuan tak bermoral spt najib
KAH KAH KAH!!
Pak ibnu bila nak tunjuk ceramah Pas berkempen di Sarawak. Asyik2 cerita PKR dgn DAP. Promote lah parti sendiri perjuangkn hudud utk rakyat Sarawak pulak.
Pas buat ceramah kat sana mesti berjuta2 lemon yg dtg dgr. Ye lah parti ahli sorga lah katakan. kah kah kah
Dulu jaja cerita seks sekarang jual batu api pulak - berapa BNatang bayar agaknya ya...
yang paling penting pas tak pernah mendapat tempat di hati rakyat sarawak. tak siapa yang mahukan parti penjual agama seperti pas.
Post a Comment