Wednesday, February 17, 2016

Kolumnis Sinchew Yit Poh Pun Kritik Keras DAP PP.

akhbar cinaKolumnis akhbar Sinchew Yit Poh, Ang Tong Kai mengkritik pemerintahan Ketua Menteri Lim Guan Eng

Kolumnis akhbar berbahasa Cina, Ang Tong Kai yang sebelum ini pro pembangkang telah menukar pendirian mengkritik keras pemerintahan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng, lapor Tan Khai Beng.
Menurutnya, Ang adalah kolumnis Sinchew Yit Poh yang berpangkalan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kritikan kolumnis Sinchew Yit Poh itu berpandukan ucapan Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Ahad lalu yang berkata ” … hanya orang yang buta, pekak dan hati yang mati sahaja tidak nampak pencapaian yang dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang..”
Kenyataan Guan Eng itu diperluas kolumnis itu dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang berkaitan dengan penjualan tanah, penggondolan bukit, projek tambakan laut dan pembunuhan anjing terbiar dan sebagainya.
“Betul, orang Pulau Pinang memang buta, kerana mereka tidak nampak kerajaan negeri jual tanah, tidak nampak kerajaan negeri tidak ambil tindakan tegas terhadap pemaju yang menggondolkan bukit secara haram, dan juga tidak nampak kerajaan sedia menjalankan projek tambakan laut yang boleh merosakan ekosistem di laut.”
“Betul, orang Pulau Pinang pekak, kerana orang Pulau Pinang tidak boleh mendengar suara dan rintihan nelayan yang membantah dan merayu kerajaan Pulau Pinang tidak menjalankan projek tambakan laut; tidak dapat mendengar para pencinta anjing menyeru kerajaan negeri berhenti bunuh anjing, dan juga bantahan orang Pulau Pinang dalam isu penggondolan bukit.”
“Betul, hati orang Pulau Pinang sudah mati, sudah jadi “mayat yang hidup”, kerana kerajaan Pulau Pinang tidak dapat membantu mereka membeli rumah kos sederhana rendah, tambahan lagi beri peluang kepada pemaju tamak buli pembeli rumah, membeli rumah yang berkeluasan 700 kaki persegi dengan harga yang satu kali ganda lebih daripada RM72,500, ” kata kolumnis Sinchew Yit Poh yang diterjemahkan penangkini.com.
Secara menyindir, kolumnis itu juga berpendapat, memandangkan ramai orang Pulau Pinang telah buta, pekak dan hati sudah mati, maka kerajaan Pulau Pinang harus menyediakan lebih banyak tempat letak kereta untuk masyarakat OKU. (AIDCNews)

4 comments:

Anonymous said...

Jaga2 nanti budak2 PAN akan maki Sin Chew Jit Poh. INI kerana PAN adalah talibarut DAP

Anonymous said...

Pas terbelakang, ahli akademik pilih Amanah

Tidak dapat menerima kepincangan pendirian politik Pas mutakhir ini yang hanya merencatkan keampuhan blok pembangkang, bekas pensyarah di universiti awam, Dr Sulaiman Mohd Nor mengambil keputusan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurutnya, tindakan Pas keluar dari Pakatan Rakyat pada tahun lalu sehingga memusnahkan gabungan parti pembangkang itu akan menyukarkan usaha rakyat untuk mencapai sistem dwi-parti.


“Kajian yang dibuat Umcedel (Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya)selepas PRU13 mendapati bahawa suara rakyat bertambah kuat dengan peningkatan jumlah MP (Ahli Parlimen) atau Adun Pakatan Rakyat ketika itu.

“Saya amat percaya negara memerlukan sistem dwi-parti agar yang betul-betul mendapat faedah adalah rakyat. Pemerintah hanya dipilih mengurus, bukan menjadi tuan.

“Namun apabila Pas keluar dari PR (Pakatan Rakyat), itu adalah tindakan ke belakang. Saya bersama Amanah kerana ingin mengukuh PH (Pakatan Harapan) agar sistem dwi-parti betul-betul dapat tercapai demi faedah dan nikmat sebenar kepada generasi akan datang,” ujar bekas pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai itu ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Menafikan tohmahan kononnya Amanah yang ditubuhkan pada 16 September tahun lalu itu mengkhianati perjuangan Islam, beliau berkata, Amanah ialah sebuah parti politik yang berusaha memartabatkan Islam sebagai dasar perjuangan.

“Amanah tidak khianati perjuangan Islam. Konsep biar Melayu Islam memerintah, walaupun rasuah, kita tentang. Budaya menakut-nakutkan Melayu kononnya Cina akan memerintah, juga kita tak terima.

“Islam menyeru kita menegakkan keadilan, walaupun terhadap musuh kita,” tambahnya lagi yang berkhidmat selama 32 tahun dalam dunia akademik sebelum bersara pada Disember 2014.

Kelmarin, Dr Sulaiman antara lima ahli akademik serta seorang lagi bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) secara rasmi mengumumkan menyertai Amanah. -MD

Anonymous said...

Setuju dgn pasklate... Kunci perpaduan berada pada perletakkan jawatan sebilangan pembesar pas yg xda tujuan berpolitik... Tujuan mereka cuma utk kepentingan diri dan balak bukan utk rakyat.. Penyatuan mungkin boleh berlaku melatu TITM...

Anonymous said...

maki2 kerja ulamak pas

klu takat penyokong amanah maki dlm ni boleh jd agen pasporno.

dap tk kata dia xblh dikritik jauh sekali penyokong dap taksum dn wala melampau pd kepimpinan
yg dianggap maksum

SCJP kritik tidak guna agama tp klu ada hujah its ok.

SCJP tidak menkafirkn lge dn anggap halal darahnya.

SCJP tidak ada perjanjian yg dikianati dgn dap

SCJP tidak kelihatan sokong dap tp tikam belakang dap

jauh beza kianat pas dgn kritikan SCJP

memang layak pas dimaki rakyat.

dan..dan..dan... belum ada kes wartawan berkenaan kantoi kerana tgk porno tp tkde duit nk bayar.

hik hik hik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails