Tuesday, February 02, 2016

Kristianisasi: Belia Islam Asia Sokong Kenyataan Presiden PAS..

Ustaz Iman Budiman dan Dr. Abdul Muntaqim Abu Bakar

Persekutuan Belia Islam Asia (AFMY) menyokong kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan serangan Kristianisasi di Malaysia.
Presiden AFMY, Ustaz Iman Budiman berkata missionari Kristianisasi di Malaysia yang menumpukan di Sabah dan Sarawak hampir sama dengan Indonesia menyerang kawasan-kawasan luar bandar.
“Saya bersetuju dengan pendapat dan kenyataan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa wang atau pun ekonomi menjadi tarikan utama, ia adalah benar,
“Mereka dibiayai melalui pendanaan atau pembiayaan ekonomi yang cukup banyak untuk menarik golongan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan yang dilaporkan buletinonline.nethari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena lawatannya ke Malaysia yang diadakan di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman di Terengganu pada Isnin.
Turut sama dalam sidang tersebut ialah Setiausaha Agung AFMY, Dr. Abdul Muntaqim Abu Bakar.
Iman Budiman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Umat Islam Indonesia (PUI) menceritakan pengalaman Indonesia diserang gerakan Kristianisasi.
Menurutnya, pembangunan gereja paling banyak dibuat di Indonesia oleh gerakan kristianisasi yang disokong pihak barat.
Katanya, gerakan kristianisasi di Indonesia dibendung oleh gerakan NGO Islam dengan mengambil langkah dakwah melawan dakyah golongan terbabit.
Justeru beliau mencadangkan agar, para aktivis NGO Islam di Malaysia menyenaraikan bukti-bukti da mengambil pengakuan mangsa yang pernah ‘dikristiankan’ dan mendedahkannya kepada masyarakat umum.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Mustafa Ali berpendapat kenyataan Abdul Hadi berkaitan Kristianisasi tidak akan memberi kesan terhadap peluang parti itu untuk mendapat undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Malahan, parti Islam itu yakin dapat memenangi sekurang-kurangnya satu daripada 11 kerusi yang bakal ditandingi.
“Kami tahu isu ini akan digembar gemburkan menjelang kempen pilihan raya negeri itu nanti walaupun sebenarnya ia bukannya satu isu,” katanya.
Mustafa berkata, walaupun parti itu mungkin tidak akan memenangi semua kerusi yang ditandingi, ia yakin dapat menguasai sekurang-kurangnya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kami mungkin akan menang satu atau dua kerusi, ia bakal menjadi ‘anak’ pertama kami tapi siapa tahun mungkin kami dapat ‘kembar’,” katanya lagi.
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian (bertanda bulat)

Sebelum ini, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menyelar Abdul Hadi dengan menyifatkan sebagai “contoh klasik penduduk Malaysia Barat yang tiada pengetahuan mengenai sejarah rakyat Sarawak dan tiada minat untuk belajar.

“Saya tidak faham apa yang akan beliau (Presiden PAS) dapat dengan buat komen jahat dan taksub sedemikian rupa,” kata ADUN PKR kawasan Ba’Kelalan itu.
Menurut Baru Bian, dengan membuat kenyataan jahil itu, Abdul Hadi menunjukkan beliau tidak mempunyai kebijaksanaan dan wawasan untuk bergelar seorang pemimpin, tidak kira dalam politik ataupun agama.
“Pemimpin sebenar akan berusaha untuk menyatukan semua rakyat, manakala oportunis kejam dan tidak berprinsip akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat kita.
“Saya tidak kata saya pakar mengenai Islam, tetapi kata-kata Abdul Hadi adalah perbuatan keji terhadap agamanya sendiri dan ia hanya boleh dimaafkan jika beliau terbukti nyanyuk atau tidak waras,” tambahnya.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Abdul Hadi hanya mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.
Abdul Hadi sebelum ini dipetik Harakahdaily sebagai berkata: “Kristian tidak lagi menarik di negara-negara yang mempunyai tahap pendidikan tinggi, seperti Jerman, Perancis, Britain malah di benua Eropah.
“Jadi, pendakwah mereka (mubaligh Kristian) cuba membawa pengajaran agama tersebut kepada masyarakat miskin di kawasan pedalaman di negara kita pula, seperti Sabah dan Sarawak,”katanya. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

berhentilah menipu diri sendiri. tak habis2 dgn asabiyah. lu org tak buat kerja dakwah pastu cuba salahkan org lain.

korg cuba tengok hadi. kalau perangai mcm tu, korg rasa berapa ramai akan masuk Islam krn usaha dia? perangai dia boleh jadi bukti pd org kapir bahwa Islam ni pemfitnah, rasis, penipu, khianat dan tak boleh dipercayai!

bacalah cerita2 betapa mudahnya dpt bantuan dr gereja dan betapa susahanya nak mohon bantuan dr baitul mal pusat zakat! brp ramai mualaf yg dpt bantuan zakat?

dinegara kristian yg bergelumang dgn pelbagai dosa pun Islam boleh berkembang dgn pesat. di UK, umat Islam dah tawan Bandar Bradford dan mayor dia org Islam. padri Russia pun menjangkakan bahwa rusia satu hari nanti akan didominasi oleh Islam!

move on! berhenti fitnah padri kristian. sibuk pasal kerja org lain, dia lupa nak buat kerja dia.

Unknown said...

Dua dua agama ni...

jangan cuba nak tunjuk pandai n hero cuba Convert orang 2 kafir untuk masuk kat antara 2 agama mu ni... kamu ckp kamu yg benar... kami pun ckp kami yang benar...dan korang yang sesat...

Bole ker ??

Pot calling kettle black...

Unknown said...

Marah kononnya ada org fitnah padri kristian. Tapi dia terang2 fitnah ulamak Islam dia x rasa apa2 salah pun..betul tak?

Anonymous said...

mmg la rasa tk bersalah sebabnya org yg bercakap tu belum tentu org islam.. ramai penyamar dlm ni... berhati2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails