Saturday, February 13, 2016

'lebih pentingkan aurat berbanding berlakon.'. Syabas Pelakon Mia Sara.

HALAMAN HIBURAN
Mia Sara semasa mengerjakan umrah.
PELAKON cilik Mia Sara, 11, reda apabila tawaran berlakon untuknya berkurangan selepas dia memakai tudung pada Disember tahun lalu. Kata Mia, dia tidak kisah dengan perkara itu sebaliknya lebih pentingkan aurat berbanding berlakon.

Mia Sara mengambil keputusan bertudung sejak pulang dari menunaikan ibadah Umrah di Mekah beberap minggu lalu. Bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata, anaknya meluahkan keinginan itu sebelum ke Mekah pada 21 Disember tahun lalu dan hal tersebut mendapat sokongan baik oleh keluarganya.

"Nak diikutkan Mia berhasrat mahu bertudung sejak setahun lalu. Lebih-lebih lagi apabila melihat semua keluarganya menutup aurat, dia seorang sahaja yang tidak. 
"Saya menyokong hasrat itu dan pada masa sama tidak memaksa kerana dia masih lagi belum akil baligh," katanya yang dihubungi mStar Online.  
"Sebelum ini Mia telah mengikat kontrak untuk beberapa siri drama yang memerlukan dia tidak bertudung.
"Oleh itu Mia akan tampil tanpa hijab untuk beberapa buah drama buat masa ini. Saya harap, tiada yang menghentam. Apatah lagi niatnya ingin berubah untuk menjadi seorang Islam yang baik, jadi biarlah dia melalui proses belajar itu," ujarnya.

Dalam pada itu, kata Ridhuan, sekiranya selepas ini Mia kurang mendapat tawaran kerana perubahan imej itu, dia dan anaknya sedia menerima perkara itu dengan hati yang terbuka. Malah Ridhuan yakin, niat baik anaknya mahu bertudung akan memberi rahmat dan mungkin rezeki yang diberi bukan daripada bidang seni lakonan.

"Rezeki kita adalah daripada Allah, bukan manusia yang tentukan. Saya percaya Mia sudah bersedia dengan segala kemungkinan," tuturnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mia bakal muncul menerusi telefilem Supergame Boy pada Mac ini selain menjadi duta kepada produk kesihatan Caliph Supplement. Dalam pada itu Mia juga mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan tudung menerusi label miliknya, MS Couture.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas pelakon Mia Sara. Dia tetap reda apabila tawaran berlakon untuknya berkurangan selepas dia memakai tudung, Dia tidak kisah dengan perkara itu sebaliknya lebih pentingkan aurat berbanding berlakon.

Semoga dia tetap istiqamah dengan pegangannya, dan dilimpahi Allah SWT dengan 'kemanisan iman'. Mari sama-sama berdoa untuknya. Amin.

2 comments:

Unknown said...

Memang terbaek Mia Sara..saya kagum dgn kamu sekeluarga..

Kalau tanya PAN, mereka hanya bergantung pada DAP..kalau DAP kata halal maka halallah bagi PAN..kalau DAP kata haram maka haramlah bagi PAN!!..

Anonymous said...

UMNO JUAL MELAYU. PAS JUAL ISLAM.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails