Tuesday, March 01, 2016

Pembaca Berita 1/2 Bogel. Akan Berlaku Begini Di M'sia...

Greta Hoxhaj

AKIBAT berhadapan saingan sengit untuk memenangi hati penonton, sebuah saluran televisyen Albania mengambil pendekatan luar biasa iaitu memberikan ‘maklumat telus’ melalui pembaca berita separuh bogel.

Tampil hanya memakai jaket tanpa baju di bahagian dalam, penampilan pembaca berita di kalangan wanita muda memberikan pemandangan yang belum pernah berlaku di Balkan sejak stesen berkenaan mula ke udara di kaca TV dan Internet tahun lepas.

Pemilik saluran itu berkata, jumlah penonton sentiasa berkembang sejak itu.


“Di Albania, di mana beritanya dimanipulasi oleh kuasa politik, penonton memerlukan satu medium yang akan memberikan maklumat dengan telus seperti ‘telanjang’,” kata pemilik TV Zjarr, Ismet Drishti kepada AFP.
“Kami tidak menjual seks, kami menyiarkan semula berita. Ia adalah sebagai simbolik dan kaedah publisiti yang baik,” kata Drishti, yang merancang untuk melancarkan buletin bahasa Perancis dan Inggeris dengan “maklumat kosong” menggunakan konsep yang sama.

Bagi penyampai berusia 24 tahun, Greta Hoxhaj, bekerja dalam keadaan hampir telanjang telah terbukti menjadi jalan pintas kepadanya untuk mencapai kegemilangan.

“Saya bekerja keras selama lima tahun di televisyen tempatan, namun saya tetap tidak dikenali.
“Saya tidak menyesal, dalam tempoh tiga bulan saya menjadi seorang bintang,” kata Hoxhaj. 
-suara.tv


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak mustahil hal seperti ini akan berlaku di Malaysia, kerana Malaysia adalah negara sekular bukan negara agama. Asal dapat wang tidak peduli halal-haram dan moral lagi. Contohnya kerajaan ambil cukai judi seperti judi bola sepak, TOTO, hotel-hotel berpelacurn dan lain-lain. 

Apa lagi penganjur-penganjur tv sedang sesak nafas  dan hampir nazak sekarang. Orang yang akan hanyut tenggelam, ia sanggup terjelapak bergantung dibangkai babi sekalipun asal selamat.  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails