Wednesday, February 24, 2016

RM800 Juta Hilang Lagi, K'jaan Perlu Serius -N/Presiden PAS.


Menurut  Menteri  Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin negara kehilangan RM 800 juta pada tahun lalu,  akibat penyelewengan subsidi gas petroleum cecair (LPG) di seluruh negara.



Bukan sedikit wang negara lesap. Persoalannya apakah usaha kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Kebal sangatkah mereka ini. Tentu ada sesuatu yang tidak kena. Apakah negara tidak cukup tenaga untuk penguatkuasa, atau tidak mempunyai kelengkapan yang canggih untuk memburu penjenayah ini, atau kerana rasuah atau penglibatan pihak tertinggi sehingga begitu mudah mereka melakukan perbuatan durjana ini.

Kerajaan perlu serius menanggani perkara ini. Kerajaan wajib melabur di bidang ini untuk membeli alat kelengkapan canggih bertujuan menangkap penjenayah negara dan tidak boleh berkompromi dengan mereka yang khianat kepada wang negara. Tangkap dan dakwa walau pun apa pangkat sekali pun. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Wang RM800 juta boleh membina 16,000 unit rumah rakyat secara percuma dengan anggaran kos RM50,000 seunit. Wang sebanyak ini boleh membiayai pelajar IPTA seramai 20,000 pelajar dengan setiap pelajar diberi RM40,000 seorang. 
Ketika rakyat disuruh berjimat, bajet di semua sektor dipotong, sehingga ada kakitangan kerajaan yang hadir mesyuarat  daripada pagi hingga tengahari tidak diberi setitik air kerana tidak ada bajet. Anak-anak kita yang pinjam PTPTN diburu hingga ke lubang cacing sedangkan mereka masih penganggur terhormat. Tiba-tiba Menteri memaklumkan kerajaan hilang RM800 juta kerana penyelewingan subsidi. Sedih,  inilah nasib negaraku.
Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
23/2/16

1 comment:

anak jawa johor said...

Tak habis2 kes penyelewengan berlaku. selagi penyelewengan yang lepas tidak diambil tindakan, ianya akan terus berleluasa dan berturutan:
a. Saham bumiputra 50 billion
b. Bank Bumiputra - tak selesai memuaskan
c. Kilang Keluli - kena bail out, yang kaya dan BOD terlepas
d. Kapal selam - yang kaya terlepas dapat komisyen, rakyat tanggung
e. FGV - Pengerusi dan BOD kaya raya dapat syer percuma - rakyat dan peneroka kena bayar hutang pinjaman beli syer yang dipaksa
f. Tabung Haji - banyak teres - BOD dan Pengerusi menjadi kaya, duit hilang tapi tiada ketanggungjawaban
g. 1MDB - rugi dan tiada akauntabiliti oleh Menteri, BOD dahulu dan sekarang.
h. Derma 2.6 billion - no moral courage
i. Feedlot - tiada ketanggungjawaban dan moral courage oleh menteri
j. Menteri menggunakan kemiudahan dan berbelanja macam duit derma mak bapa sendiri tapi rakyat kena tanggung melalui GST - no moral courage

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails