Monday, February 29, 2016

Seorang Wanita Mati Kerana Produk Ini, Hentikan Guna Sementara -FOMCA

PENGGUNA
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihatkan pengguna berhenti buat sementara waktu menggunakan produk Johnson & Johnson sehingga ia benar-benar disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan.
“Pengguna pula dinasihatkan agar berhenti menggunakan produk ini buat sementara waktu sehingga Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa ia benar-benar selamat digunakan,” kata Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman kepada Free Malaysia Today.
Ia susulan kematian seorang wanita di Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan penggunaan produk keluaran syarikat tersebut.
Laporan media antarabangsa menyebut, Johnson & Johnson telah diperintahkan membayar $72 juta (RM294juta) setelah kematian seorang wanita akibat kanser yang dikaitkan dengan produk keluarannya.
Jacqueline Fox mati akibat kanser ovari yang didapati berkait dengan penggunaan produk talkum Baby Powder dan Shower to Showeryang digunakan oleh Fox selama beberapa dekad, lapor Metro.co.uk dipetik FMT.
Keputusan itu dibuat setelah perbincangan yang mengambil masa selama lima jam dan selepas melalui perbicaraan selama tiga minggu.
Juri mendapati Johnson & Johnson bertanggungjawab terhadap penipuan, kecuaian dan konspirasi, kata peguam keluarga Fox.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails