Kedutaan AS di KL mengeluarkan nasihat perjalanan di Jalan Alor berikutan kemungkinan ancaman pengganas. Ia menasihatkan rakyat AS supaya mengelakkan daripada berada di Jalan Alor, KL dan kawasan sekitar pada Khamis.
SYDNEY – Australia semalam mengeluarkan amaran bahawa kumpulan-kumpulan pengganas dipercayai berada “di peringkat akhir untuk melancarkan serangan” di Indonesia dan menasihati pelancong supaya berwaspada, beberapa hari selepas amaran serupa dikeluarkan terhadap Malaysia.
“Beberapa petunjuk baru-baru ini mendapati kumpulan pengganas melakukan persiapan terakhir untuk melancarkan serangan di Indonesia.
“Kami menasihati anda agar berwaspada ketika berada di Indonesia termasuk Jakarta, Bali dan Lombok berikutan ancaman serangan pengganas,” kata Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan (DFAT) dalam satu nasihat perjalanan yang dikemas kini.
Amaran itu tidak meningkatkan tahap ancaman keseluruhan kekal di peringkat “waspada.” DFAT berterusan menerima maklumat yang menunjukkan pengganas sememangnya berniat untuk menyerang Indonesia. Serangan itu, kata DFAT, boleh berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa di negara itu.
Notis tersebut mengingatkan pelancong agar lebih berhati-hati khususnya di kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan rendah dan lokasi yang pernah menjadi sasaran pengganas sebelum ini seperti kelab malam,
bar, kafe, restoran, hotel antarabangsa, lapangan terbang dan rumah ibadat.
“Kerajaan Indonesia baru-baru ini telah meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara itu. Langkah tersebut membayangkan kemungkinan besar serangan pengganas,” tambah DFAT.
Pada Ahad lalu, DFAT mengeluarkan amaran kemungkinan serangan pengganas di sekitar Kuala Lumpur yang mungkin dilakukan secara rambang atau menyasarkan kepentingan Barat atau lokasi sering dilawati oleh warga Barat. – AFP
No comments:
Post a Comment