Sunday, February 07, 2016

TH Muflis, Tapi Dalam Akaun Ada RM464,372. Rafizi/PKR, Sila Jawab..

Auta Rafizi Konon TH Muflis, Tapi Dalam Akaun Ada RM464,372

BAGI sesiapa yang perasan, sesuatu aneh cuba disembunyikan malah disenyapkan ramai pemimpin pembangkang ialah kisah kejayaan Tabung Haji (TH) mampu mengumumkan bonus pada 4 Februari tanpa apa-apa masalah.


Bayangkanlah sebelum tarikh itu, pihak pembangkang dengan angkuh hebat menyeru umat Islam di negara ini yang menyimpan di institusi tersebut segera mengeluarkan simpanan mereka konon TH bakal hancur muflis.
Begitulah hebat jentera siber mereka aktif menyebarkan dakyah jahat dan maklumat palsu mengenai keupayaan sebenar TH menyebabkan ramai orang tua di kampung dlaporkan sanggup menutup akaun masing-masing.
Sebenarnya isu ini sudah bermula awal tahun lalu apabila ada pegawai TH yang tidak amanah mendedahkan rancangan agensi itu membeli hartanah di Tun Razak Exchange yang bernilai RM177 juta terus daripada 1MDB.
Sebenarnya pembelian itu lebih bersifat strategi perniagaan bahkan segala transaksi dibuat cukup telus, patuh syariah dan beraudit, namun kerana ia melibatkan 1MDB yang dimomok bermasalah, maka TH dituduh GILA!
Ketika itu pemimpin terkenal PKR, Rafizi Ramli jadi juara rakyat sehinggakan segala pencerahan diberi Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Rahim dianggap sebagai tipu, temberang, bodoh, tiada otak dan apa sahaja yang buruk.
Rafizi malah dengan bongkak pada 21 Mei 2015 berkata dia akan saman TH kerana cuba gadai deposit penyimpan dan menjadikan duit simpanan ‘orang miskin’ berbilion ringgit itu sebagai cagaran untuk menyelamatkan 1MDB.
Terbaharu bulan lalu, pemimpin DAP, Nga Kor Ming dedah konon satu surat rahsia Bank Negara Malaysia kepada TH menyatakan rizab institusi itu sudah sifar dan dipercayai jutaan umat Islam khasnya yang tegar antikerajaan.
Malang sungguh apabila propaganda fitnah pembangkang menyaksikan semua pejabat TH di seluruh negara diserbu umat Islam yang marah dengan kerajaan dan segera mengeluarkan simpanan mereka tanpa fikir panjang.
th-tanah
Ada buat kempen menerusi media sosial selain pasang sepanduk kecam TH atau bergambar depan pejabat TH beramai-ramai menunjukkan isyarat ibu jari terbalik sebagai tanda mereka hilang kepercayaan kepada agensi itu.
Maka gembiralah pembangkang yang memang diketahui ada agenda tersirat mahu tutup institusi ternama umat Islam dengan cara pembunuhan karakter melalui pelbagai label jahat secara berterusan tanpa henti 24 jam sehari.
Ironi, rancangan busuk pembangkang akhirnya terbukti tidak benar, bukan kerana pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang pada 3 Februari yang tidak dilaporkan secara luas oleh portal propembangkang.
Sebaliknya keesokan hari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan bonus sebanyak lapan peratus hasil perolehan tertinggi dicatatkan dalam tempoh 52 tahun TH ditubuhkan.
Siapakah yang untung? Untuk rekod, berdasarkan akuan bersumpah Rafizi pada 10 Mei 2015, beliau memang menyimpan RM464,372 dalam akaun TH miliknya sendiri sekali gus memperoleh dividen berjumlah RM23,690.
Sekali lagi, mana pemimpin pembangkang yang selama ini beria-ia benar dakwa TH akan muflis? Sanggupkah mereka pergi berdiri di depan pejabat TH berkempen: “Ayuh Tutup Akaun Anda – TH Bakal Hancur Bankrap!
Apa yang pasti, kisah TH memberi pengajaran kepada ramai pentaksub pembangkang yang sanggup berbuat apa sahaja waima tindakan mereka sebenarnya bakal menjahanamkan diri sendiri dan menguntungkan musuh Islam.
Sekadar renungan, Rafizi pernah disaman banyak pihak kerana fitnah dan tentu ramai masih ingat apa jawapan selamba beliau apabila diberitahu dakwaan dalam kes cincin isteri Perdana Menteri itu adalah nyata tidak benar.
Tanpa rasa malu dan bersalah, Rafizi hanya berkata: “Saya hanya bergurau” dan kini mungkin kita dapat agak apakah jawapan tipikal beliau sekali lagi dalam isu TH: “Saya pun hanya bergurau”. – Mynewshub.cc/HAA


25 comments:

  1. Sudahlah tuuuu.
    Jangna salahkan si Rafijik ni. Dia pun macam kami. Bila Jamil Khir
    istihar TH takda dividen tapi cuma 'bonos' yang sebenarnya adalah
    HIBAH atau HADIAH - bergantung kepada budibicara TH nak beri atau
    tak kepada penyimpan, tentulah semuanya merasa tertipu dan pindahkan
    wang masing-masing.
    Siapa nak simpan duit bawah bantal, tak mengeluarkan hasil....??
    Dahlah takda hasil, lepas tu duit simpanan kami digunakan untuk
    pelaboran merugikan macam beli tanah Trxx dan lain-lain projek yang
    tidak menguntungkan.
    Elok pindahkan saja.
    Cuma, ada orang terburu0buru pindah ikut emosi marah.
    Aku akan pindah selepas dapat hebah 5% sebab tak tahu, tahun
    depan mungkin dah takda hebah lagi.

    ReplyDelete
  2. Janagn lah bodoh sangat dan janganlh dengki .itu duit simpanan dia.dia akan susah hati sebab apa kata TH muflis dan duit simpanan hilang .apa? kau nak ganti ? otak bloger Pas ni bodoh ketahap bangang .aku pun risau juga kalau TH muflis.simpanan akau tak banyak tapi adalah RM 40 ribu.aku tunggu dapat dividen dulu baru aku keluarkan ,Rafizi bimbng juga duit dia hilang nanti .kau tak apalah ,duit simpanan dalam ZTH tak ada.kalau hasad tu simpanlah sikit2 untuk kau dekat nak maut nanti.perkara ayng berlaku dalam negara kau tak hirau pun ,mana ada ulamk2 pas yang ambil kisah tentang kerisuan rakyat .kau pun sama .cerita seks pulanglah pada kau.buanglak nama Ibn tu .buat malu je.

    ReplyDelete
  3. dah makin melalut blog nie.

    ReplyDelete
  4. Kah kah kah ............ semuanya kerana terlajak PANdustaaaaaa ! terlajak PANdiiiiiir ! terlajak PANtaiiiiiik ! PKR sama bangang dgn PAN !

    ReplyDelete
  5. Kalau dia tak bising,silap2 takde bonus..duit dia bkn hasil mencuri kut..mcm pak pandir tu..

    ReplyDelete
  6. Kalau dia tak bising,silap2 takde bonus..duit dia bkn hasil mencuri kut..mcm pak pandir tu..

    ReplyDelete
  7. Apa yang rafizi cakap tu betul berdasarkan penyata kewangan 2014. Orang yang faham baca penyata kewangan akan faham apa yang nak dinasihatkan Bank Negara pada Tabung Haji. Penyata kewangan 2015 rakyat belum dapat tengok lagi. Untung 2015 tu dari mana datangnya. Untung operasi ke, untung jual bangunan ke, untung pelaburan saham dan bon ke atau untung yang luarbiasa. Itulah pentingnya orang Islam memahami istilah tunai, keuntungan dan rizab dari perspektif perakaunan macam orang Cina. Kalau ada keuntungan tapi tak ada cukup tunai pun tak guna juga. Itu yang mungkin aset syarikat yang menjadi "cash cow" pun dijual dengan pulangan yang rendah bagi mencukupkan tunai untuk bayar dividen dan bonus kerana tunai yang ada telah komited untuk digunakan bagi perbelanjaan operasi atau komitmen-komitmen lain. Buat apa nak kutuk Rafizi yang tahu apa yang difahaminya dari penyata kewangan TH tu dan faham maksud nasihat yang disampaikan oleh Bank Negara. Patut yang bertanya tu berterima kasih pada Bank Negara dan Rafizi yang membuat mereka yang bertanggungjawab lebih berhati-hati dan tidak cuba mengelirukan rakyat terutama pendeposit TH.
    Kalau ikut bunyi ucapan Menteri dan sekiranya keadaan ekonomi dan pasaran saham berada di paras sekarang, rasanya hasrat untuk terus melegakan hati rakyat terutama pendeposit TH dengan memberi dividen dan bonus pada paras yang sama mungkin tidak kesampaian. Ibarat kata menteri, dividen dan bonus tu HIBAH. Maksudnya, sepatutnya rakyat dan pendeposit TH jangan tanya apa sebab TH tak boleh bayar dividen dan bonus bagi tahun 2016 nanti. Ada faham ke cakap menteri kita tu pada rakyat dan pendeposit TH, maksudnya ikut suka hati dia oranglah apa nak dibuat nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibnuhashim mana nk faham istilah2 tu

      yg penting sokong umnu terus demi takutkn dap

      kesiannnn

      Delete
  8. bank negara dah warning th. mmg patut penyimpan rasa susah hati. duit tu duit titik peluh org ramai. bukan duit derma. dah check ke mana th dapat duit bayar bonus??

    ReplyDelete
  9. Bukankah th jual aset di london nak bayar dividen dan bonos.

    ReplyDelete
  10. IH sendiri paham ka dgn isu TH ni? cuba la bg komen sikit. nak jgk tahu tahap pemikiran penyokong tegar PAS mcm IH ni....

    ReplyDelete
  11. laaaa...

    mcm baca blog umno pulak aku rasa.
    kalau takde orang cam rapiji yg nak tegur hal2 ekonomi ni, sapa agaknye geng pas yg nak tegur?

    dia tegur pun based on facts. yg ko bising di simpan ratus2 ribu tu aphal? dia tak boleh ada duit ratus2 ribu cam umno ka?

    ReplyDelete
  12. Heran dgn telatah hj hashim

    Tag atas kononnya: SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT KONON...

    Tapi semenjak dua menjak ni dah copy and paste dari blog UMNO yg penuh fitnah dan bahasa kesat

    Akhirnya blog ni dah jadi blog fitnah dan kata mengata

    Inikah yg dimaksudkan dgn :SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT?.. ini blog dah jadi penyampai fitnah

    Seruan saya.. kalau tak ada satu benda bermanfaat yg nak disampaikan lebih baik jgn sampaikan.. tambah dosa

    ReplyDelete
  13. Blog macai umno nie..teserlah suda org tua nie penyambung lidah umnu..dlm blog umno kata simpanan rafizi byk tp xmau pg haji sdgkn dia pg bt haji dh

    ReplyDelete
  14. Padahal rafizi pg dh thn 2013 dlu..tuan blog nie bkn fhm pn isu tabung haji nie..tp sbb hati busuk pd PH..apa yg umno bt smuanya dibela dh

    ReplyDelete
  15. Padahal rafizi pg dh thn 2013 dlu..tuan blog nie bkn fhm pn isu tabung haji nie..tp sbb hati busuk pd PH..apa yg umno bt smuanya dibela dh

    ReplyDelete
  16. punye la banyak kes2 terkait th, pasal rafizi jugak yg nak kau sembang.

    baik sembang separa seks je lah...

    ReplyDelete
  17. Jgn meroyan, rilek, bincang fasal TH.

    ReplyDelete
  18. Ibnu hasyim ni dah tak rasional dah loni...

    Kutip berita tepi longkang...

    Macai ostad PAS dah jadinya.... Yg tolol yg bangang punya pun IB ambik wat artikel

    ReplyDelete
  19. tiap2 hari ada berita pasal duit derma jib. tak minat plak ko nak ulas?

    tapi boleh pulak ko ulas bende kecik cam kes rafizi nih? ntah apa barang la blog umno samaran nih... baik bukak dan sembang lucah je lah...

    ReplyDelete
  20. blog ni ingt rafizi mcm mat maslan kot..

    ReplyDelete
  21. rafizi tu kelulusan CHARTERED ACCOUNTANTS ENGLAND & WALES. bila dia kata bab kewangan, itu memang bidang kepakaran dia.

    ibnu kelulusan apa? ada kepakaran ke nak sanggah rafizi?

    entiti adalah muflis apabila harta tidak dpt menampung tangunggan hutang. kalau djual semua harta tak akan dpt membayar semua hutang yg ada.

    muflis tak semestinya tak ada duit. sbb simuflis masih lg dibenarkan berurusan dan berniaga.

    th jual harta di London utk byr bonus. jadi bonus bukan dr keuntungan tp dr harta th. ini bermakna harta th tlh berkurang.

    ReplyDelete
  22. yg betina nama blog omakau

    yg jantan nama ibnuhashim

    dulu semasa pro pr nampak bijak

    bila dh termakan dakyah perkaumam bahaya sgt dap dh jd kurang bijak

    nk caya bnm atau nk caya TH dan mamak azeeez

    bangkrup adalh istilah ekonomi bila mana ketidakmampuan bayar hutang berlaku... rujuk pakar ekonomilah

    .. bukan 400ribu tu jd sandaran xbangkrup

    ramai org kaya bankrup bkn makna dh jadi papa kedana.

    ibnuhashim... jgn kerana terperangkap dgn dakyah perkauman anda membutakn hati melihat kebenaran..

    kecualilah dpt cikittt 2.6b tu.. kalah pru pun tkde jnji masyyuuk

    ReplyDelete
  23. Geng JJlge meroyan lagi..

    ReplyDelete
  24. Nasihat buat Admin.. fokuskan berita seks shj. Senang faham, mudah baca. UNDERSTAND??

    ReplyDelete