GEORGE TOWN – Sepuluh wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) serta tujuh pekerja lelaki rakyat Bangladesh ditahan dalam Op Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam operasi 12.05 tengah malam itu, polis turut menahan seorang lelaki Bangladesh berumur 38 tahun yang mempunyai status Pemastautin Tetap, dipercayai pengurus premis berkenaan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada empat wanita Nepal dan enam wanita Bangladesh. Tujuh lelaki Bangladesh yang ditahan itu pula merupakan pekerja pusat hiburan itu.
“Kesemua wanita warga asing itu berumur 23 hingga 30 tahun. Mereka tiada permit kerja dan hanya mempunyai pas lawatan sosial,” katanya di sini hari ini.
Mior Faridalatrash berkata beberapa pelanggan tempatan dan asing turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk membantu siasatan.
Katanya lesen premis berkenaan dimiliki seorang warga tempatan dan pihaknya akan mengesyorkan kepada pihak berkuasa pelesenan untuk menarik balik lesen yang diberikan bagi mengelak masalah sosial.
Sementara itu, dalam operasi berasingan di Jalan Perak dan Persiaran Paya Terubong 2, polis menahan 35 warga asing atas kesalahan tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.
Mior Faridalatrash berkata dalam Op Rantau itu, mereka yang ditahan di Jalan Perak terdiri daripada empat wanita warga Indonesia serta dua lelaki Bangladesh.
Dalam operasi di Persiaran Paya Terubong 2, dua lelaki dan enam wanita warga Indonesia, 14 lelaki Myanmar, lima lelaki Bangladesh serta dua lelaki Nepal ditahan, katanya.
Beliau berkata kesemua warga asing yang ditahan itu berumur antara 20 dan 40 tahun.
Operasi 9 malam itu disertai tiga pegawai dan 11 anggota polis, empat pegawai dan 28 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan PDRM serta masing-masing empat anggota Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila lagi kerajaan Malaysia akan menghapuskan kegiatan maksiat yang bertopengkan pusat hiburan? Pusat hiburan sepatutnya benar-benar dijadikan pusat untuk mencari ketenangan dan berhibur, bukan tempat berjudi, minum arak, pelacuran, GRO dan segala macam maksiat lain-lain.
3 comments:
Isu ini adalah diantara isu yg patut di tangani dengan segera oleh semua pihak samada kerajaan mahupun pembangkang,, negara dah nak jadi milik warga asing,,bila lah rakyat akan sedar? Memang jahat la kerajaan bn ni.
hadi kata dia nak jadi penasihat kepada najib. apa yang dia nasihat? nasihat najib supaya bagi jawatan dalam kerajaan pada haruan djin? kesian walaunta pas. walaunta pas jadi bodo sebab banyak cium kentut hadi.
Kita akan menasihati apabila berlaku kezaliman, kes ni menurut kitab boleh diampunkan. Kita mengamalkan politik matang
Post a Comment