PETALING JAYA : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disenarai antara 500 muslim paling berpengaruh di dunia oleh sebuah pusat kajian Islam antarabangsa.
The Royal Islamic Strategic Studies yang berpangkalan di Amman, Jordan, menerusi penerbitan edisi ketujuh, The Muslim 500 2016 memberi pengiktirafan kepada Hadi bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani.
Hadi antara tiga muka baharu yang diberi penghormatan menduduki senarai dalam kategori itu. Pemilihan individu termasuk Hadi berdasarkan pengaruh kepada dunia dan masyarakat Islam.
Seorang lagi wakil Malaysia, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim telahpun berada dalam senarai itu. The Muslim 500 diterbitkan setiap tahun dengan kerjasama Pusat Pemahaman Muslim-Kristian Putera Al-Waleed bin Talal di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Penerbitan itu mengiktiraf 50 muslim paling berpengaruh di dunia manakala 450 muslim lain dipecahkan dalam 15 kategori.
Raja Jordan, Raja Abdullah ll diiktiraf muslim paling berpengaruh di dunia, diikuti Imam Masjid Al-Azhar, Sheikh Ahmad Muhammad Al-Tayed dan ketiga, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz. (kedah lanie)
7 comments:
Mahu neroyan tahap nak gila kalau geng pan baca ni.lge bila nak keluar majalah ni bleh satu kump dgn najib.kump lanun yg nak memporakperandakan negara satu tukang bina 1mdb satu tukang halau org melayu dr kgnya
Nama najis tk kann tk tersenarai.... Kann dia penerima derma terbanyak....!
Terkenal kerana selalu ponteng sidang parlimen. Haram tak elaun MP dibayar guna duit rakyat tu.
Berpengaruh sbb walaun2 yg taksub.
Komen2 di atas ikhlas dtg dari mereka2 yg sakit ulu hati.. mana taknya.. kan aku dah ckp dulu.. makin ditohmah makin org syg pd TGHH.. makin ditohmah dlm negara makin TGHH disayangi di dalam dan luar negara..x tahu macammana cara lagi PAN nak buat.. diharap ada lagi dugaan2 yg perlu TGHH harungi sbb kita nak tgk respon positif lagi yg dtg.. alhamdulillah.. syukran3x..
Sebagai pendakwah...yelah kot. Sebagai ahli politik...nehi..zero. Sanggup diri kena tipu. Level ustaz jer ni.
Sebagai pendakwah...yelah kot. Sebagai ahli politik...nehi..zero. Sanggup diri kena tipu. Level ustaz jer ni.
Nak sakit hati buat apa dgn Hadi Awang ni. Org Terengganu sendiri tolak dia jd pemimpin negeri.
Hanya walaun2 tolol yg jd penyembah dia.
Post a Comment