Tuesday, March 01, 2016

Adakah Guan Eng & Kit Siang Restui Jumpa Tun Mahathir? -Ronnie Klassen

dr mahathir
Adakah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang merestui Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR menemui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, soal penganalisis politik Ronnie Klassen
Penganalisis politik yang bergiat aktif dalam NGO Demokrasi Sabah itu membuat pertanyaan itu berdasarkan ketangkasan rombongan PAN yang diketuai Naib Presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menemui Tun Mahathir sejurus bekas Perdana Menteri itu mengumumkan keluar UMNO hari ini.
“Adakah Mahathir pergi begitu rendah, hanya untuk mencapai agenda peribadinya dengan “menerima jemputan untuk menyertai pembangkang”?,” soalnya.
mujahid
Mujahid memberitahu rombongan PAN menemui Tun Mahathir dan Tun Dr Hasmah Ali petang tadi adalah dalam rangka perjuangan “Selamatkan Malaysia” yang merentasi kepentingan parti dan kaum.
“Sekurangnya ada titik pertemuan awal iaitu “Selamatkan Malaysia”.
“Saya sempat menghadiahkan buku terbaru saya iaitu Islam dan Kepelbagaian untuk tatapan Tun Dr Mahathir, negarawan yang dihormati kawan dan lawan,” katanya dalam Facebook.
Turut bersama Mujahid adalah Ketua Wanita PAN, Dr Siti Mariah Mahmud, Pengarah Pilihan Raya PAN pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Jawatankuasa PAN pusat, Mohamed Hanipa Maidin dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.
ronnie
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PKR mengalu-alukan keputusan Tun Mahathir keluar daripada UMNO kerana ia boleh merubah politik negara
“Kita sedang menyaksikan perubahan politik Malaysia. Bahagian dinding yang dibina bertahun-tahun lamanya melalui politik akhirnya runtuh.
“Pengumuman Dr Mahathir hari ini bermakna beliau akhirnya berpaling daripada partinya.
“Kesan daripada langkah drastik tetapi berani belum difahami sepenuhnya. Bagaimanapun, tidak ada keraguan ia akan menjadi lebih luas dan memberi kesan jangka panjang pada landskap politik kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
azmin1
Blogger pro reformasi, Omak Kau menyifatkan tindakan PAN dan Tian Chua menemui Tun Mahathir telah membelakangkan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim yang kini berada di Penjara Sungai Buloh.
“Semasa penubuhan secara gelojoh dan terburu-buru Pakatan Harapan tanpa PAS tahun lepas bukan main lagi buat deklarasi betapa Anwar Ibrahim tetap calon tunggal Perdana Menteri bagi PH.
“Dalam diam-diam rombongan PAN termasuk Tian Chua pergi jumpa Mahathir pemimpin yang pernah pecat Anwar dulu … mudah sangat lupa dek kerana pelahap kuasa …
“Kesian sungguh Anwar Ibrahim yang kini merengkuk di dalam penjara,”katanya. (AIDCNews – 29/2/16)

4 comments:

Anonymous said...

Sapo lwn najib maka dio kawan kito. Mudah jer. Kito pakat tumbang najib. Bila tumbang kita pilih pm sementara. Mcm Bj habibie ganti suharto dulu. Bukan kito ulamok pi berpakat dgn penyamoon perompak. Pertahan penyamoon pulak. Ni kaedah fekah mana?? Wallahuaklam

Unknown said...

Org mengaku islam mana yg bodoh tolak hudud jika DAP tolak hudud!!

INGAT PAN INGAT DAP..
SEHATI SEJIWA SEFIKRAH SEHA---JA---!!

Anonymous said...

Sapo lawan isle dio musuh kito lah mengongggggggggggg..... Budo bertingkat-tingkat mu nih

Anonymous said...

Isle tu menatang apo? Islam aku tau ler. Bodoh mcm pandir. Hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails