Saturday, March 12, 2016

AS Perkauman: Tidak Suka 2 Muslimah Pakai Jubah Diusir Dari Pesawat.



337

LOS ANGELES – Dua wanita Muslimah terpaksa diiringi keluar daripada sebuah pesawat syarikat penerbangan tambang murah, JetBlue di sini setelah seorang pramugari “tidak suka dengan cara mereka merenung matanya.”
Menurut laporan portal Russia Today (RT), video insiden aneh itu turut disiarkan dan dimuat naik ke YouTube oleh Mark Frauenfelder pada Isnin lalu, yang menunjukkan suspek dibawa keluar oleh seorang pegawai polis.
Frauenfelder yang juga seorang wartawan dan bekas editor Wired, menulis keterangan mengenai video itu, bahawa “rakannya, Sharon Kessler sedang menaiki pesawat JetBlue penerbangan 487 dari Boston ke Los Angeles”.
Kessler dilaporkan terdengar “salah seorang pramugari memberitahu rakan kerjanya, bahawa dia tidak suka dengan cara dua wanita beragama Islam yang memakai jubah warna hitam itu merenung tajam mata dirinya.”
jetblue
RT melaporkan, Frauenfelder berkata rakannya itu menulis menerusi laman Facebook bahawa pramugari tersebut “tidak kelihatan takut atau gementar – hanya sombong”, dan menyifatkan reaksi beliau itu sebagai “keterlaluan.”
Portal berita itu melaporkan, sebaik sahaja pesawat syarikat kos rendah itu mendarat di Los Angeles, penumpang diminta kekal di tempat duduk mereka sementara polis mengiringi kedua-dua wanita itu keluar dari kapal terbang.
JetBlue namun menafikan dua wanita itu diusir keluar atas sebab tersebut sebaliknya menyatakan, mereka dilihat membuat rakaman video tentang prosedur keselamatan dalam pesawat, yang boleh menjadi isu keselamatan.
Jurucakap operator udara tersebut menambah dalam kenyataannya: “Jika seorang anak kapal percaya seorang pelanggan mungkin merakamkan prosedur keselamatan, dia boleh melaporkannya untuk proses siasatan lanjut.
LAX (1)
“Dalam kejadian ini, anak kapal kami bertindak menurut prosedur operasi standard keselamatan lazim. Kami menghargai kesabaran dan kerjasama setiap pelanggan kami, dan meminta maaf atas sebarang ketidakselesaan.”
Jetblue merupakan syarikat penerbangan kelima terbesar di Amerika Syarikat itu ditubuhkan pada 2000 berpusat di New York dengan memiliki 216 buah pesawat serta menawarkan 97 destinasi domestik dan antarabangsa.
Kedua-dua wanita tersebut dilaporkan disoal siasat oleh polis, namun kemudian dibebaskan tidak lama selepas itu selepas pegawai penyiasat amat berpuas hati dengan keterangan mereka berdua. 

Lagi bukti AS negara antara negara paling perkauman di dunia. (IH)

Lihat.. 
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..


2 comments:

Anonymous said...

Negara Amerika Syarikat (US) adalah musuh Islam yang amat jelas kerana US menyokong rejim pengganas Israel menzalimi, menindas, menyiksa, merogol dan membunuh orang-orang Islam Palestin kerana pengganas Zionis mahu merompak tanah orang Palestine.

US juga menyokong rejim pengganas Israel menyerang negara-negara umat Islam dan US bekerjasama dengan Israel menyerang dan membinasakan negara-negara umat Islam seperti Iraq, Somalia, Sudan, Afghanistan, Libya, Yaman dll kerana negara-negara ini berani menentang rejim pengganas Israel. Serangan US dan sekutunya telah menyebabkan berjuta-juta umat Islam mati terbunuh atau disiksa dalam penjara US dan sekutunya.

Setelah US dan sekutunya menyerang dan memusnahkan ssaran awam seperti masjid, , rumah kediaman, pusat perlindungan orang awam, sekolah, pasar, penjana kuasa elektrik, pusat bekalan air, jambatan dll dan merompak sumber asli dalam negara-negara umat Islam dan mencederakan dan membunuh umat Islam menyebabkan orang-orang Islam mendai miskin atau fakir.

Selepas itu, US dan sekutunya membawa masuk paderi dan mubaligh Kristian untuk menawarkan bantuan dan agama Kristian kepada orang-orang Islam. Pihak US dan sekutunya juga membawa masuk budaya lucah untuk memusnahkan akhlak umat Islam dan sendiket US memaksa perempuan Islam menjadi pelacur!

Anonymous said...

Setuju seratus peratus,,,komentar yg sangat baik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails