Wednesday, March 09, 2016

Bogel Ini, Dipersembahkan Kepadamu, Mengapa?


INI, gambar tarian bogel dalam penjara. 


Ia adalah penjara yang mempunyai kawalan keselamatan paling maksimum di El Salvador, namun sesuatu yang mengejutkan apabila tiga penari bogel telah dibenarkan membuat persembahan di depan 200 banduan lelaki. Lebih memeranjatkan ialah pertunjukan itu mendapat kebenaran daripada ketua penjara, Jose Abarca.


Permohonan berkenaan yang dihantar kepada Abarca telah didedahkan kepada umum. Video rakaman aksi penari bogel itu telah tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu menyebabkan kerajaan terpaksa menjalankan siasatan. Menteri yang terbabit dalam menjaga penjara, Rodil Hernandez bagaimanapun menyalahkan menteri sebelum ini iaitu Nelson Rauda, dengan mendakwa kontroversi berkenaan berlaku pada 2012. 


Dalam rakaman yang didedahkan itu, kelihatan seorang lelaki yang mempunyai tatu di bahagian muka dan tangan, sekali gus menunjukkan dia adalah anggota kumpulan merbahaya sedang duduk di depan kumpulan penari terbabit. 


Salah seorang banduan lagi kedengaran menjerit: “Menari, menari, mari sini, jangan bimbang, tiada siapa yang akan menyentuh kami’’ ketika ketiga-tiga wanita itu berbogel sambil melakukan tarian di atas riba. 


Lebih malang apabila beberapa warden penjara turut menikmati persembahan lucah itu . Video selama 41 saat itu ditemui dalam telefon bimbit milik salah seorang daripada banduan terbabit, selepas telefon itu dirampas.


Dalam pada itu, pembangkang mahu siasatan dilakukan bagi mengetahui sama ada wanita terbabit dipaksa atau diugut untuk melakukan tarian bogel itu dan berapa banyak parti telah diadakan di situ sebelum ini. -kualalumpurpost- 



GAMBAR menunjukkan peserta berbogel di lokasi penggambaran sebuah rancangan televisyen yang diadakan di Hutan Belum.
GAMBAR menunjukkan peserta berbogel di lokasi penggambaran sebuah rancangan televisyen yang diadakan di Hutan Belum.
Ini pula kisah bogel di Hutan Belum, Gerik, Perak.

San Francisco: Ketika sedang berehat di bilik sebaik tiba dari Denver sambil menonton satu rancangan survival menerusi rangkaian televisyen kabel, saya tertarik apabila dalam rancangan itu salah satu lokasi penggambaran adalah di Hutan Belum, Gerik, Perak.



Namun yang tidak menariknya, rancangan berkonsepkan kelangsungan hidup itu memaparkan dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita yang latar belakang berbeza bersama-sama selama 21 hari dengan bertelanjang bulat.

Rancangan dinamakan ‘Ketakutan dan Bogel’ itu berkonsepkan tiada makanan, tiada minuman dan tiada pakaian.

Kedua-dua individu yang bertelanjang bulat terbabit akan menghabiskan masa bersama selama 21 hari di dalam hutan dan perlu membina tempat tinggal dan mencari makanan sendiri.

Selama itu, mereka akan mengharungi keperitan mencari makanan dan di akhir rancangan, kebanyakan peserta akan kehilangan berat badan kerana tidak makan.

Sebelum ini, rancangan sama pernah diadakan di sebuah pulau di Malaysia beberapa tahun lalu.



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa blog ini menyiarkan berita-berita seks seperti di atas?


Tak perlu jawab panjang, cuba baca hadis Nabi SAW ini.


"Di kemaluan kamu ada sedekah (pahala)." 

Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah ketika kami bersetubuh dengan isteri akan mendapat pahala?" 

Rasulullah saw. menjawab, 


"Ya. Andaikata bersetubuh pada tempat yang dilarang (diharamkan) itu berdosa. Begitu juga dilakukan pada tempat yang halal, pasti mendapat pahala. Kamu hanya menghitung hal-hal yang buruk saja, akan tetapi tidak menghitung hal-hal yang baik."


Mari kita bincangkan secara syar'ie dan berdalil. Ini bukan teori menghalalkan cara, kerana melihat 'gambar aurat' dan 'aurat' terus itu ada bedanya, hanya tertakluk kepada kesan baik
dan kesan buruk dari gambar dan penceritaan serta penerangannya.


Maka sesuailah dengan motto dakwah blog ini, sampaikan.. walau satu ayat. Demi memperjuangkan kebangkitan Islam se dunia, insya Allah! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails