Salah seorang cybertrooper utama pro DAP, Farouq Albaloque mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berusaha untuk menghijack gerakan reformasi 2.0.
Kenyataan lengkap Farouq Albaloque adalah seperti berikut :
AZMIN CUBA ‘HIJACK’ GERAKAN REFORMASI 2.0
Agak pelik dua tiga hari kebelakangan ini Azmin tiba tiba boleh pulak menyebut perkataan ‘reformasi’ dan sekarang ini sedang mempamerkan beliau kononnya sebagai juara ‘reformist’, yang umum mengetahui betapa perkataan itu sudah lama tidak diucapkan dan mungkin dia sudah melupakannya.
Satu kepelikan yang amat sangat dan mustahil sekiranya tiada udang di sebalik mee.
Sebenarnya populariti Azmin dikalangan pimpinan Pakatan Harapan telah rosak teruk akibat kedegilan beliau masih mahu mempertahankan keterlibatan PAS bersama PKR. Azmin melihat kelangsungan politik beliau bergantung dengan parti PAS bukan kerana kelangsungan politik PKR semata mata.
Azmin bukan tidak yakin akan keupayaan Amanah mengantikan PAS memperolehi undi dari kalangan kaum melayu tetapi beliau bimbang sekiranya Amanah bertambah kuat akan menghalang cita cita politiknya.
Azmin juga bermasalah dengan pimpinan DAP setelah 2 Adun PKR dilucutkan jawatan sebagai pengarah di anak syarikat Kerajaan Pakatan Harapan P.Pinang baru baru ini.
Keterlanjuran beliau dalam ‘campurtangan’ kerajaan P.Pinang bukan saja dikecam oleh DAP malah ditegur oleh Amanah. Sepatutnya isu tersebut tidak perlu dipanjangkan dalam media, tetapi di atas asakan beliau dan kartel yang mahu menunjukan PKR tidak akan ‘tunduk’ kepada keputusan Lim Guan Eng, Ketua Menteri P.Pinang telah menampakkan kebodohan beliau di mata umum.
Sepatutnya isu tersebut boleh dibincangkan dan diselesaikan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Lim Guan Eng bukanlah ‘dictator’ seperti mana sering diucapkan oleh kumpulan Azmin.
Sekiranya beliau selaku Timbalan Presiden PKR menghantarkan ‘nota bantahan’ terus kepada Sekretariat Pakatan Harapan, nescaya isu tersebut tidaklah akan menjadi begitu besar seolah-olah menampakkan PKR dan DAP sedang mengalami krisis besar dan isu tersebut boleh dielakkan.
Semalam Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah telah mengisytiharkan keluar dari UMNO dan ramai lagi akan mengikut jejak Tun meninggalkan UMNO setelah percubaan untuk menjatuhkan Najib gagal dilakukan sejak tahun lepas.
Kedudukan Najib dalam UMNO semakin kukuh selepas pengantungan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Lebih menduka citakan Tun, Mukhriz juga berjaya dipecat dari kerusi MB Kedah.
Tun sudah dilihat tidak mempunyai pengaruh dan dihormati oleh pimpinan tertinggi UMNO tidak seperti mana semasa beliau menjatuhkan Pak Lah dan digantikan oleh Najib. Bagi Tun imej UMNO sudah parah dan tidak boleh diperbetulkan lagi selain Najib dijatuhkan. Sayang Tun pada UMNO sudah sampai dipenghujung semalam, beliau dan isteri telah mengumumkan keluar dari UMNO.
Apakah kaitan peristiwa Tun keluar UMNO dengan Azmin?
Di majlis persandingan anak lelaki Azmin hujung tahun lepas Tun dan Siti Hasmah dijemput sebagai tetamu khas dan semasa ucapannya Azmin menyatakan kepada umum Tun adalah bapa angkat dan mentornya. Tun dijulang tinggi olehnya tanpa menyebut sepatah pun nama Anwar. Kak Wan tidak hadir dimajlis tersebut atas alasan kesihatan.
Azmin bukan saja telah menguriskan hati Kak Wan tetapi Anwar juga. Ramai ahli pimpinan tertinggi PKR yang hadir juga terkejut pada majlis tersebut dengan kehadiran bukan saja dengan kehadiran Tun malah ramai lagi pemimpin UMNO. Ramai juga pimpinan PKR yang hadir pada majlis tersebut pulang awal disebabkan meluat dengan perangai Azmin pada majlis itu.
Tun telah menyatakan kesediaan untuk mengenepikan perbezaan politik dan bersetuju untuk bersama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Najib.
Apa yang difahami, sebelum ini Tun berkeras cuma untuk menjatuhkan Najib tapi tidak untuk menumbangkan UMNO. Bagi Tun, Najib adalah punca permasalah UMNO dan Najib perlu dijatuhkan dan digantikan oleh pemimpin UMNO lain.
Pimpinan Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan cadangan Tun itu. Tetapi kali ini Tun sudah tiada pilihan lagi melainkan bergabung dengan Pakatan Harapan yang mahukan bukan saja menjatuhkan Najib dan UMNO juga mahukan perubahan total dalam struktur kerajaan Malaysia.
Salah satu terma Pakatan Harapan adalah pembebasan Anwar.
Azmin tidak sedar sebenarnya beberapa pimpinan PH telah menjalankan usaha berunding dengan Tun agar bersama Pakatan Harapan menumbangkan Najib dan BN sejak tahun lepas lagi.
Masakan sebagai Timbalan Presiden PKR dan juga anak angkat Tun dia tidak ada dalam kumpulan perunding PH dengan Tun. Azmin cuma dimaklumkan pertemuan Tun dengan pimpinan PH tersebut oleh Tun sendiri. Dia terkejut kerana tidak pernah dimaklumkan oleh pucuk pimpinan PH.
Selepas mengetahui adanya usaha pimpinan PH dengan Tun, barulah beliau sedar dia bukanlah dihormati dan dipercayai oleh pimpinan PH untuk melakukan perundingan dengan Tun.
Sebab itu untuk mengalihkan pelbagai masalah yang diciptanya di Selangor seperti yang dilaporkan oleh Chegu Bard seperti kes pembaziran projek pintu gerbang, kubah masjid Shah Alam, kes balak dan juga isu perlucutan 2 Adun dari jawatan pengarah anak syarikat kerajaan P.Pinang, Azmin sekarang ini cuba untuk memulihkan imejnya dengan memaparkan seolah olah beliau sebagai juara ‘reformasi’ dan akan menyambung perjuangan refomasi Anwar bersama kumpulan Tun bertujuan untuk mengambil kredit dari pimpinan PH yang telah lama berusaha berunding dengan Tun.
Jangan terkejut sekiranya dia berkata kerana dialah Tun bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Inilah sebenar karektor Azmin Ali. Bila sudah tersepit dan perlukan halatuju baru dalam memulihkan imej politiknya , tanpa segan dan malu Azmin akan meng’hijack’ ‘reformasi 2.0’ tanpa mempedulikan mereka yang menghabiskan waktu dan usaha berunding dengan Tun.
Jangan percaya dengan permainan politik Azmin. Jadi janganlah terkejut sekiranya Azmin mengambil langkah drastik meminggirkan Hadi dan PAS semata mata mahu menyelamatkan imejnya dan seterusnya menjadi pemain penting menjatuhkan Najib dan BN.
Azmin tahu sekiranya dia berjaya memainkan peranan penting dalam menjatuhkan Najib dan BN, jalan menduduki kerusi PM semakin hampir dengan bantuan Tun.
Farouq Albaloque
1-3-2016
1-3-2016
1 comment:
azmin kena ingat jgn komen dap nanti pan marah.
Post a Comment