AIDCNews – 10/3/16 – Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dipertangungjawabkan menyiasat dakwaan DAP menerima dana Israel sebanyak RM1.2 billion pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng yang meminta maklumat terkini berkenaan dakwaan tersebut.
“Pihak polis telah menerima dua laporan berhubung kes itu iaitu dari Menggatal dan Jalan Patani.
“Kes ini telah diklasifikasikan sebagai Rujuk Agensi-Agensi Lain (RLA)… di bawah bidang kuasa SKMM,” kata Ahmad Zahid dalam jawapannya.
Lim dalam soalannya juga turut meminta Kementerian Dalam Negeri menyatakan senarai undang-undang jenayah yang sedia ada untuk membendung budaya fitnah politik.
“Dalam hal fitnah, undang-undang yang boleh digunakan untuk siasatan dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957 (Akta 286) dan menerusi saman awam,” kata Zahid.
Pada 2012, seorang bekas aktivis DAP, Mohamed Razali bin Abdul Rahman, mendedahkan beliau pernah menemani Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menemui wakil Israel di Singapura sebelum Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13).
Dalam pertemuan itu, Razali berkata wakil Israel di Singapura telah bersetuju untuk memberikan dana sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion) kepada DAP bagi menghadapi PRU 13 dan Guan Eng juga turut bersetuju memberikan Port Dickson sebagai pangkalan tentera Israel yang baharu jika Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya pada PRU itu.
“Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.
“Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.
“Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.
“Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.
“Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel,” dedah Razali.
9 comments:
Kalau penipu ... penipu juga.
Nak alih pandang. Maklumlahlah orang Melayu kita amat sensitif dengan isu Israel.
Sedarlah pesanan nabi bahawa jika berita dibawa oleh seorang fasik, maka siasatlah.
Ehe..lawak2..yg nie beriyer nak siasat..sudah2 lah..aku melayu, tp muak dgn mainan umno dan pihak berkuasa..semua dah xder telor..xpyhla nak wayang kat sni..ckpla apa pun..org dah xcaya..turunkan dlu pey em tu..br ckp soal ketelusan...
Melayu yg dah kenyang dengan dedak Dap mcmtulah,, berita melayu perasuah,, belum apa2 dah melompat kata salah, jika berita cina Dap rasuah, kena siasat la dulu. DOK SIASAT LA TU,,sementara tu. P la makan dedak Dap sampai terleleh keluar mulut.
Lawak gile zahid komidi ni. najib pm dah disiasat terima derma rm2.6b. sprm kata ada kes. AG pula kata derma boleh ajer. berapo billion pun tak kisah. jadi pm najib bersih dan tak perlu didakwa. patutnya bicara dulu. biar hakim buat keputusan. apa?? nak bicara pon takot ker?? itu belum lagi nak dakwa AWSJ pada hari selasa. entah selasa bila tak tau. mungkin juga selasa selepas kiamat. kahkahkah
Lawak gile zahid komidi ni. najib pm dah disiasat terima derma rm2.6b. sprm kata ada kes. AG pula kata derma boleh ajer. berapo billion pun tak kisah. jadi pm najib bersih dan tak perlu didakwa. patutnya bicara dulu. biar hakim buat keputusan. apa?? nak bicara pon takot ker?? itu belum lagi nak dakwa AWSJ pada hari selasa. entah selasa bila tak tau. mungkin juga selasa selepas kiamat. kahkahkah
Pak ibnu. Pls hantor sudaryono haramjadah ni ke lubok buaya. Menyemakkkk. Terimakasih tuan
Kalu badan kita penoh kurap jangan pula tuduh badan org lain banyak kurap. Then nak jual ubat kurap pulak. Piiii laaaah. Wak zahid komedi moleklah cermin diri. Kahkahkah
Kalu badan kita penoh kurap jangan pula tuduh badan org lain banyak kurap. Then nak jual ubat kurap pulak. Piiii laaaah. Wak zahid komedi moleklah cermin diri. Kahkahkah
Kalu badan kita penoh kurap jangan pula tuduh badan org lain banyak kurap. Then nak jual ubat kurap pulak. Piiii laaaah. Wak zahid komedi moleklah cermin diri. Kahkahkah
Post a Comment