Friday, March 04, 2016

Deklarasi Rakyat Tolak Najib Sebentar Tadi, Termasuk 4 Ahli PAS.



KUALA LUMPUR, Jumaat – Majlis Deklarasi Anti-Najib yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin berbeza fahaman politik hari ini telah bersepakat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya disingkirkan daripada jawatannya.
Antara yang hadir ialah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Seri Azmin Ali, Rafizi Ramli, Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, Lim Kit Siang, Teresa Kok, Maria Chin Abdullah, S Ambiga dan Khairuddin Aman Razali.
Khairuddin Aman Razali
Teks deklarasi yang dibaca oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dan menyokong supaya penyingkiran Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.
Ini juga termasuk menyingkirkan ke semua individu yang terlibat dengan Najib dan memansuhkan semua undang-undang serta perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Deklarasi itu juga menuntut supaya pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan oleh pimpinan Datuk Seri Najib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Persetujuan tersebut telah diambil kira berdasarkan isu skandal yang terpalit ke atas Perdana Menteri itu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang sumbangan politik yang didakwa diterima daripada Putera Raja Arab Saudi berjumlah RM2.6 bilion.
Majlis menandatangani deklarasi yang dihadiri oleh 58 pemimpin dari pelbagai parti dan NGO telah diadakan di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, petang tadi. 

Mereka yang hadir

Dr Siti Hasmah Mohd Ali 
Maria Chin Abdullah 
S Ambiga 
Mustapa Ali 
Zaid Ibrahim 
Lim Kit Siang 
Ling Liong Sik 
Muhyiddin Yassin 
Mahathir Mohamad 
Mohamed Azmin Ali 
Sanusi Junid 
Muhkriz Mahathir 
Mohamad Sabu 
Husam Musa 
Mahfuz Omar 
Khairuddin Aman Razali 
Tamrin Ghafar 
Hishammudin Rais 
Salahuddin Ayub 
A Kadir Jasin 
Muhammad Muhammad Taib 
Elizabeth Wong 
Kamaruddin Jaafar 
Mujahid Yusof Rawa 
Teresa Kok 
Tian Chua 
Anthony Loke 
Hasanuddin Mohd Yunus 
Khairuddin Abu Hassan 

Seramai 58 individu hadir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur untuk menandatangani deklarasi anti-Najib demi 'Selamatkan Malaysia'. 

Deklarasi itu bagi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ia menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang.  (IH)

13 comments:

Anonymous said...

Hj hadi tak datang sbb dah TERMALU akibat tindakkan bodohnya.

Anonymous said...

Puak tu tak mau pengganti najib kalangan parti pembangkang melainkan x umno...parti lain telan jelaaa

Unknown said...

Kan PAS dah keluar tak sertai.. pemimpin2 PAS yg hadir adalah atas kapasiti individu.. jgn risau 9.07 Wan azizah x dtg jgk.. ada kau komen ke??

Anonymous said...

Deklarasi khichiwa he he...nurul ijah pong x nampok..guane.dh xde modal terpaksa bergayut dgn musuh lama madey n yidin la pulok huhu.pakatan yg xde harapan la nmpaknyer heh heh..

Anonymous said...

Umno Bn akan mampoih tk lama lg. Cuba sebot bn dgn lidah yg fasih lg faqih. Beeee Endddd. Maksodnye akan berakhir. Hehe. Takooot

Anonymous said...

Kalu kapasiti peribadi baik tk payah mari. Ngabihkan boreh ajo. Baik masok kopitiam. Kan presideng dah warning jgn mari. Enta tk walak ek??

Anonymous said...

Ko ni bodoh betul la, bila dah ada wakil yg lain xyah pegi lagi satu ramai kapasiti peribadi termasuk ambiga pujaan ko tu

Unknown said...

10:12 ... Mereka masih x puashati dgn PAS selagi x tunduk pd DAP seperti mereka..

Anonymous said...

Ambiga takdak parti. Tu pasal pegi atas kapasiti sendiri. Presideng ko tu bodo n kluk klek. Pas dah jadi lebai malang. Kesian wala unta. Taik goreng pon dikata sodap. Huhu

Anonymous said...

Aku tak puas hati dgn pas. Selagi tak berpadu dgn umno. Dua2 parti islam terbesar di malaysia

Anonymous said...

Kalu kapasiti peribadi baik tk payah mari. Ngabihkan boreh ajo. Baik masok kopitiam. Kan presideng dah warning jgn mari. Enta tk walak ek??

Unknown said...

Kesian Presiden PKR.. mereka lupa agaknya yg dia pun x hadir.. maka segala penghinaan dia terpalit jua..

Anonymous said...

Anwar arah azizah n nurul tk payah pi. Cukup dgn timb presiden azmin. Bodo wala unta. Terus follow like buffalo.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails