Syarikat penerbangan Firefly milik Malaysia Airlines perlu memohon maaf kepada orang ramai ekoran iklan kontroversinya yang dikritik kerana memaparkan anggota tubuh wanita, kata seorang wakil rakyat pembangkang.
"Tidak mencukupi bagi Firefly untuk hanya menarik balik 'iklan punggung', dan memberitahu orang ramai yang iklan mereka tidak bertujuan untuk 'menyinggung sesiapa'.
"Sekurang-kurangnya, Firefly perlu memohon maaf kepada wanita di negara ini," kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dalam satu kenyataan hari ini.
Mengapa Punggung?
Strategi tawaran tiket murah yang diiklankan oleh syarikat penerbangan kos rendah Firefly nampaknya tidak membuatkan pengguna teruja.
Sebaliknya potongan harga itu, sehingga 60 peratus, di punggung wanita berpakaian skirt dipertikaikan pengguna Facebook yang melawat laman iklan tersebut.
Susulan reaksi negatif pengguna, iklan itu tidak lagi dimuatkan di Facebook ketika Malay Mail Online menyemaknya.
Iklan yang dimuatkan di laman rasmi Firefly di media sosial itu memaparkan dua bahagian belakang wanita: satunya bertulis 50%, manakala satu lagi 10%.
Di sisi kanan imej punggung wanita itu, tertulis “Oooppss.. We Did It Again”.
Iklan anak syarikat Malaysia Airlines Berhad itu menawarkan potongan bagi semua penerbangan untuk semua destinasi. Tawaran itu terhad tiga hari sehingga 13 Mac ini, bagi penerbangan sehingga Mac 2017.
Grafik iklan itu, yang disertakan tulisan “kami beri lagi tambahan 10 peratus potongan untuk anda”, rata-ratanya mengundang reaksi negatif pengguna Facebook.
Heather Smeaton menyifatkan iklan itu amat seksis dan tidak menghormati wanita.
“Tawaran yang dicetak di punggung pramugari memberi tanggapan buruk tentang bagaimana pandangan anda terhadap kakitangan wanita dan wanita umumnya,” tulisnya. “Saya rasa anda perlu sediakan iklan baru”.
Eroul Ismail: “Saya marah dengan gambar ini, bukan promosi yang ditawarkan. Sila tukar gambar sebelum ia bertukar viral. Alamak!”
Zack Zainu: “Idea siapa ini? Nampak macam salah dan tidak OK.”
Lysa Abdullah: “Kenapa punggung?”
Dilaporkan juga, Malay Mail Online sejak semalam cuba mendapat reaksi daripada pihak pengurusan syarikat penerbangan itu berhubung iklan-iklan tersebut.
Iklan terbaru ini, yang turut dimuatkan di laman web rasmi, kali kedua Firefly menggunakan imej punggung wanita untuk menawarkan potongan harga.
Pada 7 Mac lalu, syarikat itu menawarkan diskaun 50 peratus sempena pameran pelancongan terbesar Matta di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dengan tulisan
“Come grab it real fast”, atau “mari dapatkannya cepat-cepat”.
Angka itu diletakkan di punggung pramugari yang berpakaian oren, warna rasmi Firefly, membayangkan wanita itu terkena cat “50 per cent off” selepas duduk di bangku.
Iklan ini sudah mendapat reaksi-reaksi negatif pengunjung laman tersebut yang menganggapnya seksis dan tidak wajar.
Mengulas iklan-iklan tersebut, Adriene Leong menulis: “Iklan pertama mungkin keputusan yang tidak difikirkan betul-betul, tetapi sengaja menyiarkan iklan kedua, selepas mendapat maklum balas negatif, menunjukkan Firefly benar-benar fikir tidak mengapa menjadikan wanita sebagai objek, terutamanya anak kapal mereka sendiri.
Mengecewakan”.
Pelbagai Sumber.
2 comments:
Kjaan bn mano nk jaga wanita. Dulu menteri wanita shahrizat bkn jago wanita. Dok pi jaga lembu dlm kondo. Loni jd penasihat wanita. Mau gaji rm25000 sebulan. Kerja makan n tidor jer. Bangkrap negara. Kahkah
Kjaan bn mano nk jaga wanita. Dulu menteri wanita shahrizat bkn jago wanita. Dok pi jaga lembu dlm kondo. Loni jd penasihat wanita. Mau gaji rm25000 sebulan. Kerja makan n tidor jer. Bangkrap negara. Kahkah
Post a Comment