Sunday, March 20, 2016

Ini, Londeh Payudara Peminat Di Konsert, Teknik Tarik Perhatian..

Tindakan Madonna menarik korset dipakai Josephine Georgiou secara tiba-tiba di atas pentas ketika konsertnya berlangsung di Brisbane, Australia pada malam Khamis membuatkan payudara kiri remaja tersebut terbuka di hadapan ribuan pengunjung yang lain.  

HALAMAN HIBURAN
Selepas buat hal apabila lewat berjam-jam bagi memulakan konsert jelajahnya di beberapa lokasi di Australia yang sedang berlangsung, kini “Material Girl” itu melakukan pula sesuatu yang sukar dipercayai di atas pentas konsertnya di Brisbane, pada malam Khamis. 
Inikah teknik untuk menarik perhatian?
Kononnya mahu mengusik, Madonna telah menarik korset yang dipakai oleh seorang peminatnya yang berusia 17 tahun, membuatkan payudara remaja berkenaan terdedah di hadapan ribuan penonton konsert yang lain.
Remaja berkenaan merupakan peminat yang dipanggil Madonna secara rawak untuk diusik di atas pentas ketika konsert jelajahnya, “Unapologetic B***h” berlangsung.
Sambil memuji Josephine Georgiou kerana seksi dan memiliki bentuk badan menawan dengan berkata,  “She’s the kind of girl you just want to slap … the a** and pull — (dia jenis wanita yang dicemburui wanita lain hingga terasa macam nak tampar punggung dan tarik –)” Madonna secara tiba-tiba menarik korset dipakai remaja tersebut hingga mendedahkan keseluruhan payudara kirinya.
Madonna kemudiannya segera mengucapkan, “Oh, s**t! I’m sorry. Sexual harassment. You can do the same to me (Alamak! Maaf, gangguan seksual. Silakan buat perkara sama pada saya)” namun remaja berkenaan hanya tersenyum dan memeluknya.
JOSEPHINE GEORGIOU
JOSEPHINE GEORGIOU
Susulan itu ramai menganggap Madonna telah memalukan Georgiou dan dia boleh disaman namun remaja itu  memberitahu agensi berita Courier Mail dia tidak akan berbuat demikian.
Georgiou yang bercita-cita menjadi model berkata, dia tidak berasa malu langsung dengan insiden tersebut malah berterima kasih kepada Madonna kerana memberikan pengalaman paling indah dalam hidupnya.
Inilah bentuk budaya barat yang sedang diimport masuk ke negara-negara umat Islam, termasuk Malaysia.  Nampaknya di Malaysia, tidak ada persiapan untuk menghalang penjajahan budaya bentuk baru ini.. 
Bagaimana mengatasinya? Fikir-fikir sendiri le, kewajipan sebagai seorang Islam. (IH)

9 comments:

Anonymous said...

Berita begini membuatkan orang tua nak mampos tak sedar diri anak si hashim terasa segar dan bertenaga semula!

Anonymous said...

baguih laa untuk tuaa nak mampuihh.. pada dok buat pitnah..lebeh bbaik mai habak ceritaa dalam kkain ibnu hashim yang dah dok layu kuyu & tak pancuit2 ..

Ibnu Hasyim said...

T.kasih kerana komen. Bahasa kamu melambangkan keperibadian kamu. Semoga Allah berikan hidayah kepada kamu.

Anonymous said...

Sabar Ibnu Hasyim, itulah cabaran dalam berdakwah. Nabi dihina lebih teruk lagi.

Anonymous said...

lega aku ibnu buat cerita seks. nih asik nak belasah pr ph je...

teruskn dgn melapor hanya cerita seks. rating pun naik.

Anonymous said...

Dua anon di atas sekali,

Hinanya dia, dia fikir kepala otak orang lain busuk macam dia. Jenis tak kenal agama agaknya. Anjing sekali makan tahi, tak dapat makan, cium pun mahu juga. Itu sebab suka mencarut. Buang saja tulisan najis tu.

Tak perlu jawab. Maaf kasar sikit Tuan Ibnu Hasyim.

Anonymous said...

Pasal londeh melondeh ni, otak PAN akan berusaha untuk melondeh apa jua terhadap PAS walaupun tak da apa salah pun. Tiba time DAP mereka senyap. Itu menunjukkan PAN adalah talibarut DAP


Dakwaan rasuah pemimpin kerajaan Kelantan sudah senyap, LGE pula menyusul.......
Posted on Saturday, March 19 @ 08:16:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Analisis Isu "Assalamualaikum,

Beberapa bulan dulu, kumpulan anak muda progresif tampil dengan gahnya membuat lapuran SPRM mengenai rasuah pemimpin kerajaan kelantan dari PAS dan seketika isu rasuah ini hangat diputarkan oleh macai macai PAN.Kemudian isu ini terhenti sehingga SPRM sendiripun tidak mengambil apa apa tindakan dan didiamkan begitu saja, entah di mana anak muda yang mendakwa sekarang ini.Tiba tiba tanpa angin, tanpa ribut muncul pula isu yang lebih menarik, kali ini melibatkan pemimpin tertinggi PH dari DAP yang memimpin kerajaan Penang.Dakwaan rasuah LGE pula memenuhi ruang udara negara sekarang ini dan dihangatkan dengan lapuran polis , kemudiannya SPRM sesudah isu itu dibangkitkan di Parlimen.Tidak ada lagi anak muda yang progresif yang sentiasa berusaha membenteras jenayah pimpinan Chegu Bard yang terlibat dengan kes terbaru LGE ini, begitu juga macai macai PAN terkunci mulut mereka tidak seperti ketika isu rasuah pemimpin kerajaan Kelantan dari PAS dulu.

Anonymous said...

Alaaa pas chai ni. Hudud bila hhududdddd? Sejak bila hadi awe pandai tangguhkan hududddd? Kalo mati sblm bentang guano gamok? Maso bentang ponteng pi jepun. Bolehh jawab dlm kubor nanti?? Hihihu

Anonymous said...

pakcik, awak tu dah tua, cari dan sebarlah berita berita baik yang boleh menjadi sbg amal jariah kita di alam kubur nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails