Sunday, March 06, 2016

Kenapa Wanita Ini DiSeret Sampai Bogel?

SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki bertatu di bahagian belakang dan lengan mengheret seorang wanita dari lif ke apartment menjadi viral di negara jiran.


Dalam video berkenaan, lelaki itu dilihat menarik mangsa yang hanya bertuala dengan  kasar. Apabila wanita tersebut bertindak melawan dengan menendangnya, dia diheret dengan pergelangan kaki.
Lelaki berkenaan turut bertindak menarik rambut dan cuba menghentakkan kepala mangsa ke dinding koridor apabila dia terus melawan.
Menurut laporan The Straits Times, seorang lelaki berumur 43 tahun dan wanita berusia 37 ditahan di premis berkenaan setelah polis yang datang membuat penyiasatan, menemui dadah dalam unit apartmen mereka.
Pihak polis dalam kenyataannya berkata, mereka menerima satu panggilan meminta bantuan di sebuah unit kediaman sekitar Rangoon Road, Singapura pada pukul 9 pagi pada 29 Februari, Isnin lepas.
Individu yang memuat naik kejadian tersebut menerusi laman Facebooknya mendakwa pihak polis meminta video tersebut dikongsi dan mereka yang mempunyai maklumat lanjut boleh memberikannya di bahagian komen.
Difahamkan pihak polis masih menjalankan siasatan berkaitan kejadian berkenaan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia, dadah dan arak sama-sama merbahaya kesihatan dan wajib dijauhi. Mengapa hanya najis dadah saja yang dilarang habis-habisan, sedangkan dadah masih ada yang dibolehkan jika tidak disalahgunakan. 
Mengapa najis arak pula, lagi masih ada kilang memperosesnya, bahkan digalakkan dan tidak dilarang. Apakah dibenarkan kerana ia memberi keuntungan cukai yang tinggi atau kerana peminumnya adalah orang yang berfikiran penjajah, kononnya 'berprestij'?
Dadah, arak, judi, zina tidak akan hapus selagi bukan kerajaan Islam yang memerintah. Ianya akan menjadi-jadi, bila kerajaan sekular memerintah walaupun majoritinyan umat Islam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails