PUTRAJAYA: Motif serangan Tun Dr Mahathir Mohamad menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak adalah kerana mahukan anaknya Datuk Seri Mukhriz menjadi perdana menteri, dakwa ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata sebab itulah bekas perdana menteri berkenaan tidak menyebut siapa pengganti, jika Najib meletakkan jawatan.
Beliau berkata Dr Mahathir terlalu taksub dengan agenda Mukhriz menjadi perdana menteri sehingga sanggup melempar fitnah terhadap Najib dan duduk semeja dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Puad turut mengingatkan Mukhriz tidak ada jalan pintas untuk menjadi presiden Umno dan perdana menteri.
“Ternyata Mukhriz dan Dr Mahathir gagal faham Umno akhirnya akan tolak pemimpin yang rakus takhta dan kuasa sehingga sanggup menjatuhkan presiden Umno menggunakan musuh orang Melayu dan Islam,” katanya ketika dihubungi di Putrajaya, hari ini.
Jumaat lepas, Dr Mahathir, yang keluar daripada Umno untuk kali ke-2 pada 29 Februari, mengetuai tindakan menandatangani apa yang dinamakan mereka Deklarasi Rakyat, menyokong penyingkiran Najib daripada jawatan perdana menteri – Antarapos
No comments:
Post a Comment