TEMERLOH – Gelombang haba yang melanda negara ketika ini bukan sahaja meresahkan orang ramai malah turut menyebabkan 27 ekor gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah di sini buat perangai jika ia terasa panas melampau.
Ketua unit gajah di pusat itu, Nasaruddin Othman berkata, sejak cuaca panas lebih sebulan lalu, haiwan berkenaan dimandikan 10 kali sehari berbanding empat hingga lima kali sebelum ini bagi mengelakkan haiwan-haiwan itu bertindak di luar jangkaan.
“Nasib baik kami menggunakan air terjun berhampiran sebagai sumber air mandi dan minum gajah-gajah ini. Jika tidak, bil air sudah pasti naik mendadak,” kata beliau di sini semalam.
2 comments:
Badak putrajaye mandi brapo kali satu hari?? Huhu. Jgn mareehh. Bil rakyat bayarr tauu. Hihi
Badak putrajaye mandi brapo kali satu hari?? Huhu. Jgn mareehh. Bil rakyat bayarr tauu. Hihi
Post a Comment