Portal berita Saudi Gazzette Isnin, (14/03/2016) melaporkan, kerja-kerja pemasangan payung berlipat itu turut melibatkan 54 payung kecil yang akan dipasang di lokasi sama.
Menurut portal berkenaan, payung raksasa itu dihasilkan di Jerman dan setiap satunya mempunyai ketinggian 45 meter, berat 16 tan, dan mampu melindungi orang dari panas dan hujan dalam kawasan seluas 2,400 meter persegi apabila dibuka.
Struktur tersebut turut dilengkapi jam besar, skrin memaparkan garis panduan haji dan umrah untuk kemudahan jemaah, penyaman udara, dan kamera pengintai.
Payung-payung kecil lain yang turut dipasang pula akan memayungi kawasan seluas 19,200 meter persegi.
Selain itu, sejumlah 122 bangku untuk kemudahan jemaah bersantai akan ditempatkan.
Laman utara kompleks Masjidil Haram itu meliputi kawasan dari Zon Baharu Raja Fahd sehingga Zon Baharu Raja Abdullah itu.
Lokasi itu yang dilengkapi payung-payung tersebut boleh menampung sebanyak 400,000 jemaah pada satu masa. (IH)
3 comments:
Kerja pemasangan melibatkan sebanyak 25 jurutera, ahli teknikal, dan pakar keselamatan dari Jerman yang akan memantau mekanisme operasi elektroniknya.
org2 jerman tu Islam ke?
Bro. Masalahnya hanya ore kapiak yg pandai buat benda tu. Ore Isle sekadar tengok2 je.
Bro. Masalahnya hanya ore kapiak yg pandai buat benda tu. Ore Isle sekadar tengok2 je.
Post a Comment