Saturday, March 12, 2016

Persamaan Taktik Digunakan PKM Dan DAP.. Raja Petra.

lim-chin pengAwasi Strategi Komunisme Tanpa Senjata
AIDCNews – 12/3/16 –Walaupun Parti Komunis Malaya (PKM) telah meletak senjata pada akhir tahun 1980-an, namun pengaruh fahaman komunis atau komunisme masih bertahan sampai ke hari ini.
Fahaman ini-Komunisme-dikenali sebagai komunis tanpa senjata yang fahamannya telah menyerap masuk dalam parti politik dan pertubuhan-pertubuhan tertentu.
Lim Sian See mendedahkan satu strategi propaganda utama PKM untuk menawan hati dan minda masyarakat Cina adalah melabel pengkhianat kepada kaum itu yang tidak menyokong perjuangan PKM.
“Semasa zaman darurat komunis, salah satu daripada strategi propaganda PKM adalah melabelkan semua orang-orang Cina di Tanah Melayu sebagai “pengkhianat bangsa” atau “Chow Kow / Running Dog”.
“Ini adalah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan mereka yang tidak menyokong Chin Peng dan Parti Komunis pimpinannya.
“Adakah taktik propaganda ini biasa digunakan oleh pihak politik tertentu dan cybertrooper mereka hari ini ?” soalnya.
pkm
Lim Sian See berkata demikian ketika memetik satu keratan (di atas) daripada buku pengkisahan tentang gerakan PKM di Tanah Melayu.



chinpeng1
Chin Peng (Setiausaha Agung PKM) bersama Abdullah CD @Cik Dat bin Anjang Abdullah (Pengerusi PKM)

Dua hari lepas, Raja Petra Kamaruddin yang lebih dikenali RPK, editor Malaysia-Today ketika diwawancara oleh New Straits Times mendedahkan terdapat persamaan di antara taktik yang digunakan PKM dan DAP dalam menawan minda pengundi masyarakat Cina.
“Kami menyokong kerajaan kerana kita ingin memastikan bahawa pembangkang Cina pimpinan DAP tidak akan merebut kuasa dan menubuhkan sebuah kerajaan DAP yang didominasi Cina dengan Melayu dari PAN dan PKR sebagai proksi dan boneka mereka.
“Kumpulan Melayu ini selalunya masyarakat Cina gelarkan sebagai ‘running dogs’. Pergi tanya mana-mana orang daripada kaum Cina apakah maksud sebenar ‘running dogs‘ dan mereka akan memberikan pencerahan kepada anda,” katanya.
RPK mendedahkan, Chin Peng telah memberitahu komuniti kaum Cina bahawa mereka mesti menyokong PKM atau mereka akan menjadi pengkhianat kepada bangsa Cina.
Begitu juga, DAP telah menggunakan taktik sama dengan memberitahu kaum Cina bahawa mereka mesti menyokong Pakatan Harapan jika tidak, mereka adalah pengkhianat kepada bangsa Cina.
“Jadi mengapa saya tidak boleh memberitahu bahawa orang Melayu mesti menyokong UMNO jika tidak anda seorang pengkhianat kepada bangsa Melayu?,” soalnya.
Taktik DAP menggunakan propaganda ‘pengkhianat’ kepada sesiapa yang tidak menyokong parti itu telah didedahkan oleh Jason Chin tahun lalu.
“Nama saya Jason Chin dan saya adalah dari keturunan Cina. Namun, saya secara terbuka mengaku bahawa saya tidak akan menyokong serta membuang undi untuk DAP.
“Biar saya juga memberi jaminan kepada anda bahawa saya bukan satu-satunya orang Cina yang tidak akan menyokong DAP. Terdapat banyak orang lain seperti saya di luar sana yang tidak menyuarakan pendapat mereka, kerana mereka takut mereka akan diejek dan dilabel sebagai ‘Anti-Cina,” katanya dalam artikel bertajuk “Why i wil never support DAP
“Dari 1952-1969 parti pembangkang terkuat di Malaya adalah Parti Buruh yang telah diresapi oleh komunis. Dalam pilihanraya umum 1969 Parti Buruh memulaukan pilihan raya dan telah meninggalkan pakatan pembangkang terdiri daripada DAP, Gerakan, PPP dan PMIP / PAS.
“Dalam tempoh berkempen, Parti Buruh telah memberikan sokongan kepada DAP. Ini dengan sendirinya akan memberitahu anda intipati DAP. DAP mempunyai ideologi komunis di dalam DNA mereka,”katanya lagi.

22 comments:

Anonymous said...

Raja petra kalu berani balik msia ler. Najib n zahid dah suka kamu. Ini dok gentel teloq kat london wat apa? Gerenti tk kena sosma. Kena rosmah mungkinn. Kahkah

Ali said...

Rpk pakai tektik mafia..peras ugut.elok diluar busuk didlm..

Poor Indon said...

Gang Pakatan nampak semakin kelam kabut! Orang Islam dah tahu PAN Imayam dan PKR dah jadi kuli DAPigs!

Anonymous said...

Jadi geng JJlge. ha ha ha

Anonymous said...

Suma pemimpin PANdir Imayam sudah kechutt teloq pasal title yb akan terlucut x lma lgi...itu yg terpaksa menyembah DAPig sungguh2.

Anonymous said...

Tapi x per, kerja 3 D byk menanti jd jgn le risau sgt bro hehe...

Anonymous said...

Raja petra kalu berani balik msia ler. Najib n zahid dah suka kamu. Ini dok gentel teloq kat london wat apa? Gerenti tk kena sosma. Kena rosmah mungkinn. Kahkah

Anonymous said...

Ako heran Rpk ni. Dulu bkn main lwn umno. Agaknye byk dapat dedak najib kot? Ye ler dok manchester jadi apo. Najib is billioner man. Ingat rm2.6billion. Haha

Anonymous said...

Aku pon heran. Walaun pas n macai umngok takot sangat dgn dap. Dap hanya bole menang jika mca gerakan kalah. Maksimum dap menang 50seat drp 222seat. Pas n umngok tau ker ni?

Anonymous said...

PANdir Imayam tu yg bengong,dh tau DAPig x cukup kerusi nk perintah msia maseh dok sokong lgi,dh kena mandrem ngan tglge agaknya atau pasal dana kot!

Anonymous said...

KENAPA PEMAKAN2 DEDAK NAJIB DAN WALAUN2 HADI TAKUT PADA LIM KIT SIANG?

Seorang veteran parti tampil mempertahankan gandingan pemimpin Umno dan pembangkang dalam menentang presiden Datuk Seri Najib Razak, mengatakan beliau melakukannya kerana tidak mahu melihat Umno dan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Tan Sri berkata, beliau menandatangani Deklarasi Rakyat yang menuntut supaya Najib meletak jawatan kerana beliau sayangkan Umno dan tidak mahu melihat ia digulingkan daripada kuasanya.

"Bukan duduk dalam Umno tapi mengkhianati Umno. Yang itu kita kata sayang pada Umno?

"Sayang pada Umno adalah membuat supaya Umno ini dihormati orang, negara ini dihormati orang. Itu makna sayang pada Umno.

"Sayang pada Umno ini bukan bermakna semua pemimpin yang dah berjasa kita maki, pasal menegur kesalahan kita," katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di bloghttp://dinturtleoriginal.blogspot.my.

Video itu adalah rakaman wawancara antara penulis blog itu dan Sanusi Junid, bekas ahli Majlis Tertinggi Umno dan menteri besar Kedah.

Sanusi Junid merupakan antara beberapa orang pemimpin Umno yang menandatangani Deklarasi Rakyat bersama-sama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Mac lalu.

Pemimpin lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Media Umno ketika ini menyerang pemimpin dan ahli parti yang menandatangani deklarasi itu, menuduh mereka bekerjasama dengan pembangkang menjatuhkan parti pemerintah BN.

Kumpulan pro-Umno menumpukan pada kehadiran Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang di majlis itu dalam menyokong kecaman terhadap Sanusi dan ahli Umno lain.

Dalam video tersebut, Sanusi Junid juga mempertahankan Lim yang didakwanya tidak pernah membuat rakyat sengsara.

Katanya, veteran DAP itu tidak pernah membuatkan Malaysia menanggung hutang besar, dipercayai merujuk kepada skandal hutang RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat yang diilhamkan Najib.

"Hebat sangatkah Lim Kit Siang itu? Saya tak pernah nampak Lim Kit Siang itu hebat. Saya pun hairan macam mana satu parti Melayu takut kat seorang manusia Cina.

"Dan manusia Cina ini yang menjadi pembangkang dah berpuluh tahun tak pernah boleh duduk dalam kerajaan.

"Dia tak pernah bagi susah kita. Tak pernah dia suruh cadang supaya kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan).

"Tak pernah dia cadangkan dalam Parlimen supaya berhutang tak payah bayar. Tak pernah dia suruh dalam Parlimen buat yang bukan-bukan," katanya.

Beliau kemudiannya menyindir layanan yang diberikan kepada ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low walaupun hakikatnya terpalit dengan pelbagai skandal.

"Tapi, Cina yang patut kita meluat, ini, Cina macam Jho Low tu dan penyangak-penyangak dan kawan-kawan dia yang lain. Itu yang kita patut benci (tapi) yang itu pulak jadi macam orang baik.

"Kalau dia kena datang ke Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), hak dia bercakap itu kena rahsia. Tak boleh beritahu kat orang, takut nampak buruk dia," katanya.

Anonymous said...

Ada dua khurafat politik yang membelenggu pemikiran umat melayu/islam dalam negara kita menyebabkan amat sukar untuk mereka menerima wawasan politik baru yang melintasi sempadan politik kepartian perkauman;

Khurafat 1 - hanya parti UMNO yang layak dan pandai memerintah negara.
Khurafat 2 - hanya parti PAS sahaja yg memperjuangkan islam.

Macamana nak atasi kedua dua khurafat ini? Fikir fikirkan lah.....

Anonymous said...

PARTI PENJUAL AGAMA PAS DITIPU PARTI PENYAMUN UMNO

Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dalam konteks negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, UMNO selaku sebahagian komponen parti pemerintah bersikap jujur dalam perkara berkenaan sejak isu hudud ditimbulkan oleh Kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS.

“Untuk kuasa, satu parti memainkan isu pelaksanaan hudud seolah-olah ia teramat penting dalam Islam berbanding mempromosikan konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik yang lebih penting daripada hukuman hudud.

“Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam membabitkan enam jenayah iaitu zina, mencuri, bersekedudukan, rompakan, minum arak dan murtad,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Kebangsaan, di sini, hari ini.

Asyraf berkata, keperluan untuk mendapatkan bukti yang disyaratkan terlalu sukar untuk tujuan pendakwaan, seperti bilangan saksi dan keperibadian saksi itu. Katanya, tiada mana-mana pihak boleh mengatakan hukum Allah SWT tidak relevan, tetapi apa yang diperdebatkan ialah perkara yang ditekankan dalam sistem keadilan.

“Jika kita tidak boleh mendapatkan keadilan dalam pelaksanaan hudud, maka lebih baik kita mengambil pendekatan berbeza. Islam bukan hanya hukuman tetapi menegakkan keadilan,” katanya lapor Free Malaysia Today.

Anonymous said...

Walaun bila nak insaf, bila pegi mengaji kat surau masjid jgn tido ayam dengar betul dan balik fahamkan jgn telan aje,
Yang pegi mengaji belajar jauh jauh tu betul kan niat jgn niat nak jadi glamour dan cari makan dgn ilmu tu kan dah jadi mcm Tuan Guru Haji Hadi, ego degil sombong dgn ilmu dia bila di tegur di bantah melatah sampai boleh cakap orang dgn orang ramai mesti wala dgn dia dan disokong oleh ostad ostad belajar dulu entah apa niat diorang
Orang melayu yg yg tak berapa cerdik ni pulak keluar mulut dari ostad betul ajee
Lepas siap boleh ugut walaun walaun ni
Kalau kau mati nanti suruh LGE sembahyangkan mati mayat kalau nak ikut 50 peratus orang melayu kat malaysia tak perlu disembahyang kalau mati pasal tengok perangai dan bercakap asyik membantah hukum peraturan islam
Pasal adanya fardu kifayah kena juga selesai nasalah diorang
Walaun walaun berlagak alim mcm sial perbodohkan diri dgn ketaksuban semua kerana kebodohan tak pakai akal untuk fikir pakai percayai aje pemimpinan katakan
Istiqamah kepala hotak korang , dulu cakap lain kini cakap lain dan selamanya cakap lain
Sebiji dulu kini dan selamanya celaka nya walaun walaun bodoh ni dan pemimpinan nya

Anonymous said...

Aku pon heran. Walaun pas n macai umngok takot sangat dgn dap. Dap hanya bole menang jika mca gerakan kalah. Maksimum dap menang 50seat drp 222seat. Pas n umngok tau ker ni?

Anonymous said...

Susahnye nk ajar org tolol n bahalol. Ajar org bodoh senang dio terima. Ekonomi n rm jatoh krn dap?? Rasuah bilion dap ke umno najib?? Ag pencen awal dap ker? Bunuh altantuya dap ke? Masuk akaun sendiri rm2.6b dap ke? Pas tk laksana hudud dikelantan salah dap ke? Ke sendiri bangangg??

Anonymous said...

Kerajaan malaysia beri satu taman satu kampong pd KOMUNIS tanah melayu.... Beri ganjaran.... Beri penghurmatan.... Tp pd askar prebet ape yg dpt....? Pd pejuang pejuang dulu nk dpt 2300 pon di nafikan.... Betapa celakanya kerajaan umno.

Anonymous said...

Susahnye nk ajar org tolol n bahalol. Ajar org bodoh senang dio terima. Ekonomi n rm jatoh krn dap?? Rasuah bilion dap ke umno najib?? Ag pencen awal dap ker? Bunuh altantuya dap ke? Masuk akaun sendiri rm2.6b dap ke? Pas tk laksana hudud dikelantan salah dap ke? Ke sendiri bangangg??

Anonymous said...

Komunis tanpa senjata tiada makna. Mcm jantan tiada kontol. Mcm najib tiada wang. Kehkeh

Anonymous said...

Nk tambah. Gst semua kaya miskin kena. Sapo yg kutip Gst? Najib ke Dap?? Jahatnye Dap nih. Hihihi

Unknown said...

Sampai hati nak bubarkan PAS.. nanti dah x de parti islam lagi kat malaysia nih...

Nak harapkan PAN, perlembagaan pun belum siap lagi.. ini kerana DEWAN HARIAN ULAMAK DAP masih belum meluluskan perlembagaan PAN.. mungkin selain dari mengikut al quran dan al sunnah (sekadar bersangka baik - ini pun kalau mat sabu x membantah kerana dia dah ngaku x berjiwa islam), DEWAN HARIAN ULAMAK DAP turut menambah syarat agar PAN perlu taat pd TOK2 GURU LGE dan LKS tapi dlm masa yg sama cukuplah sekadar mengalu2kan kewujudan Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsudin yg setakat ini berjaya disenyapkan (tanda setuju) dalam isu Oktoberfest..

Sebaliknya tambah menarik, PAN pula hendaklah bersikap anti ulamak2 muktabar di Malaysia terutamanya Mufti Negeri Pahang.. selain dari itu, PAN perlu juga kecualikan hudud dari perjuangan PAN, baru lah perlembagaan PAN boleh diendorsekan oleh MAJLIS SYURA ULAMAK DAP..

Sekian adanya..

Unknown said...

Pantang DAP dicuit terus PAN mengamok giler.. lepas tu meroyan nak hapuskan PAS..

Sampai hati nak bubarkan PAS.. nanti dah x de parti islam lagi kat malaysia nih...

Nak harapkan PAN, perlembagaan pun belum siap lagi.. ini kerana DEWAN HARIAN ULAMAK DAP masih belum meluluskan perlembagaan PAN.. mungkin selain dari mengikut al quran dan al sunnah (sekadar bersangka baik - ini pun kalau mat sabu x membantah kerana dia dah ngaku x berjiwa islam), DEWAN HARIAN ULAMAK DAP turut menambah syarat agar PAN perlu taat pd TOK2 GURU LGE dan LKS tapi dlm masa yg sama cukuplah sekadar mengalu2kan kewujudan Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsudin yg setakat ini berjaya disenyapkan (tanda setuju) dalam isu Oktoberfest..

Sebaliknya tambah menarik, PAN pula hendaklah bersikap anti ulamak2 muktabar di Malaysia terutamanya Mufti Negeri Pahang kerana memandai je mencabar DAP agar menyaman beliau dlm isu khutbah jumaat. Selain dari itu, PAN perlu juga kecualikan hudud dari perjuangan PAN, barulah perlembagaan PAN boleh diendorsekan oleh MAJLIS SYURA ULAMAK DAP..

Sekian adanya..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails