Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan pakatan pembangkang berpecah dakwa akhbar Singapura, The Straits Times.
Sumber memberitahu akhbar itu perpecahan itu berlaku dalam satu parti komponen Pakatan Harapan, iaitu PKR.
Menurut sumber itu, walaupun Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Tian Chua hadir dalam sidang media bersama Tun Mahathir pada Jumaat lalu, namun Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah tidak hadir.
Salah satu punca ketidakhadiran Wan Azizah dan Nurul Izzah kerana Deklarasi Mahathir yang ditandatangi 45 individu Jumaat lalu tidak meletakkan secara jelas pembebasan Anwar Ibrahim daripada kesalahan liwat sebagai salah satu reformasi utama yang diperjuangkan.
Namun begitu sumber daripada kem Wan Azizah memberitahu akhbar Singapura itu bahawa langkah Tun Mahathir perlu dimanfaat untuk strategi jangka panjang.
“Ia sangat tidak mungkin untuk mendapatkan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk mengundi Najib keluar (daripada jawatan PM).
“Jadi ia adalah penting untuk menunjukkan Mahathir bersama kita, dan bukan sebaliknya. Untuk kita mendapatkan 4 hingga 5 peratus peningkatan undi Melayu yang boleh mencukupi untuk memenangi pilihan raya, “kata sumber itu.
Akhbar itu juga melihat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempunyai agendanya yang tersendiri dalam isu tersebut.
“Spekulasi telah bertiup kencang sejak tahun lepas bahawa jika Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin – yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun lalu – jika pembangkang mengambil alih kerajaan persekutuan, Azmin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.
“Walau bagaimanapun, beberapa segmen daripada DAP yang mempunyai blok Ahli Parlimen terbesar di kalangan pembangkang sedang memerhatikan kebangkitan Azmin di peringkat pusat sejak dua tahun lalu,” lapornya. (IH)
2 comments:
Aikkkk. Bior betol. Asal pecah jer mahathir salahh. Bukan salah senduri ker??? Haha
Aikkkk. Bior betol. Asal pecah jer mahathir salahh. Bukan salah senduri ker??? Haha
Post a Comment