Friday, March 18, 2016

Rumah KM P/Pg: Perlu Diadakan Forum Terbuka Guan Eng/Datuk Shabuddin Yahaya...


Beginikah cara hidup pemimpin demokratik sosialis rakyat?

GEORGE TOWN – Adakah Ketua Menteri Pulau Pinang yang mencabar Datuk Shabuddin Yahaya bersemuka di Komtar pada Ahad ini bagi membuktikan apa diucapkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Parlimen pada Khamis itu, hanya dalih untuk melarikan isu sahaja?
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, setelah tujuh tahun menjadi Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya sudah lama menggugurkan budaya politik jalanan samseng.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu pada Jumaat yang membuat cabaran dan mendakwa konon pembelian banglo daripada ahli perniagaan dibuat secara sah, bebas dan rela hati pada harga dipersetujui.
Setiausaha Agung DAP itu berdalih, transaksi dilakukan oleh kedua-dua pihak; ‘willing buyer willing seller’ tanpa sebarang paksaan atau tekanan sehingga mampu memperoleh harga jauh lebih rendah daripada pasaran semasa.
pindahmilik
“Oleh itu, saya gesa pihak berwajib buat siasatan teliti ke atas laporan yang dibuat dan ambil tindakan selanjutnya jika didapati ada bukti salah laku atau penyalahgunaan kuasa dalam pembelian banglo oleh Guan Eng,” katanya.
Zainal Abidin berkata, pembelian banglo di kawasan elit Jalan Pinhorn di sini oleh Guan Eng daripada seseorang yang jauh lebih murah memang perlu disiasat segera Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.
Ini berikutan sejumlah laporan kepada polis dan SPRM telah dibuat oleh beberapa individu dan NGO pada Jumaa malah kata beliau lagi, sejak 2009 memang sudah ada laporan kepada SPRM dibuat berhubung isu banglo ini.
Shabuddin dalam ucapan di Parlimen bertanyakan hubung kait penjual banglo itu kepada Guan Eng menerusi tender tanah kerajaan negeri di Jalan Zainal Abidin kepada satu syarikat swasta untuk bina hotel mewah dan hospital pada 2012.
bungalowguaneng
Dalam pada itu kata Zainal Abidin, rakyat Pulau Pinang seharusnya berasa bangga dan gembira setelah tujuh tahun menjadi Ketua Menteri, Guan Eng dapat membeli sebuah banglo pada harga amat istimewa di negeri itu.
Kata beliau, adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri yang dianggap idola itu terus menjadi seorang penyewa rumah sahaja dan tidak memiliki sebarang kediaman sendiri di George Town yang mahal kos hartanahnya.
“Saya turut gesa Kerajaan Pulau Pinang mempertingkatkan usaha menyediakan kediaman yang mampu dimiliki rakyat Pulau Pinang yang belum memiliki rumah sendiri. Rumah tanpa kolam renang pun tak apa,” sindirnya. 
Menurut weblog Ibnu Hasyim, 
"Adalah lebih baik diadakan forum bagi membincangkan hal ini, samada di pentas terbuka Pulau Pinang atau di tv Malaysia, supaya rakyat boleh tahu keadaan sebenarnya." Kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim. (IH)

14 comments:

Anonymous said...

Semalam, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Datuk Shabudin Yahaya yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor telah meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta (JPPH) untuk membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli oleh Lim di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah tersebut dikatakan lebih RM3 juta.

Lim yang enggan menerima sebarang soalan berhubung isu itu, hanya membaca kenyataan dan turut mencabar Shabudin untuk bersemuka secara satu-sama-satu di hadapan media massa di pejabatnya untuk berbincang berhubung isu berkenaan.

"Saya akan menunggu Shabudin di pejabat pada Ahad ini 20 Mac, 11 pagi untuk berbincang dan mencari kebenaran daripada fakta, di hadapan semua media," katanya.

Katanya, adalah tidak benar untuk mengaitkan pembelian rumahnya pada tahun 2015 dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijual pada tahun 2012 apabila penjualan tanah itu dijalankan melalui tender terbuka yang kompetitif.

Shabudin turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Ibnu Hasyim said...

T.kasih, maklumat tambahan.

Anonymous said...

Guan Eng dah jemput bersemuka tu jgn tak datang pulak ye..

Anonymous said...

Kah kah kah ...... khalifah umar abd aziz punya penangan ....... membuatkan barua2 Dap walakontol terpana dan kagum sampai mati ! Teruskan ratib memuji terhadap tuan galu tokong kerana dia sudah sampai ke tahap maksum ...... apa yg dilakukannya hanya debu2 kecil berterbangan ..... sekiranya singgah dibadan tuan galu tokong tak menjadi kudis pun mahupun menjadi dosa !

Anonymous said...

untung juga ada cerita rumah Guan Eng, cerita RM2.6 boleh rehat selama 2 minit.

Anonymous said...

yang lagi untung, cerita mengenai seorang ulamak yang terpaksa memikul biawak hidup. Cerita panas boleh direhatkan 30 minit.

orang lama said...

siapa yang terbukti bertindak samseng? Semua orang tau.

Ali said...

Yg 2.6 juta nampak yg 2.6 bilion tak nampak ke?baru adik.

Ali said...

Yg 2.6 juta nampak yg 2.6 bilion tak nampak ke?baru adik.

Ali said...

Yg 2.6juta nampak,yg 2.6 bilion tak nampak ke? Baru adil.

Anonymous said...

Bila keadilan takda dalam pemweintahan negara tunggulah kehancuran,
Mana lebih utama keadilan atau Hudud yg PAS heboh hebohkan
Kalau takda keadilan Hudud akan jadi suatu kezaliman pada manusia
Tunjukkan lah wahai PAS Keadilan keihsanan mengikut kehendak Islam barulah Hukum.Hudud dan lain dituntut agama mencapai kejayaan

SuJeng said...

Kalu pasal beli rumah pun nk buat forum x cukup masa la bodoh. Berapa ramai menteri dan menteri besar kena buat.KO jgn x tau berapa bijik umah setiap org ada

Anonymous said...

Shabudin ni kokok jauh boleh ler. Bila mai berdepan tak berani. Kecoot teloqqqq. Huhuhu. Umngok biasa ler. Nk perhatian. Moga najib lantik jd menteri. Sbb dlm kabinet now. Ramai menteri cap hasan malek @ ayam. Hihihihihi

Anonymous said...

Umngok shabudin. Rm2.8j dgn rm3j tk byk beza pon. Diskaun skit biasa ler. Rumah rosak kena repair. Hidop umngok. Phui phui

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails