AKHBAR terkenal Inggeris, Daily Mail (sebuah harian liberal yang tidak mempercayai Islam) menerbitkan sebuah artikel bertarikh 7 Januari 2013 mengenai kaedah baru terapi penyimpangan seksual dan ketagihan dadah atau arak ...
Iaitu dengan mendera atau memukul si pesakit beberapa kali deraan pada punggungnya, hal ini memberi kesan positif dalam pemulihan ketagihan tersebut.
Para saintis Rusia mengatakan bahawa kaedah ini memberikan hasil yang efektif padahal kebanyakan kaedah-kaedah terapi tradisional lain tidak menunjukkan keberkesanannya. Lalu apa rahsia di sebalik terapi ini?
Dr German Pilipenko menguatkan bahawa ia pernah merawat lebih dari 1000 pesakit dengan kaedah tersebut, bahkan banyak orang yang datang dari negara-negara yang jauh untuk memanfaatkan terapi ini !!
Saintis Siberia ini mengatakan bahawa memukul orang yang mempunyai kelainan seksual bertujuan untuk membebaskannya dari penyakit yang dideritanya, mempunyai andil dalam mengeluarkan kadar Endorphins dari otak, ia adalah sebuah zat yang berpengaruh terhadap rasa bahagia, menjadikan si penagih merasakan kebahagiaan yang akan membantu beliau melepaskan pergantungan daripada seksual menyimpang atau mengambil dadah.
Para ahli psikologi mengatakan: Kaedah ini merupakan salah satu jenis hukuman fizikal atas perilaku menyimpang yang dilakukan oleh para penagih arak atau zina, mereka akan segara menyedari dosanya dan bahawa apa yang mereka lakukan adalah sebuah kesalahan besar yang harus dielakkan dan tidak pernah diulangi lagi. Kaedah ini terbukti berkesan dan telah digunakan oleh para ahli terapi beratus-ratus tahun silam.
Dr Sergey Speransky, pengarah kajian biologi di Novosibirsk Institute of Medicine, mengakui bahawa kaedah sebatan dengan tongkat atau cemeti pada punggung sangat berkesan untuk merawat penyakit kemurungan dan perasaan dihantui dosa.
Terapi cambuk atau sebat pukulan akan memberi kesan kepada tempat-tempat tertentu dalam otak si penagih dadah, sebagai contoh. Dan jika terapi ini dilakukan secara teratur maka dengan mudah si pesakit dapat terbebas dari ketagihan.
Tapi, jom tanya sikit..
Mengapa barat boleh menerima kaedah terapi apa saja walaupun berbentuk sebatan 100 kali bagi si penagih! Mereka mempraktik dan berkempen selagi tidak berkaitan dengan islam? Tetapi mengapa mereka menolak ajaran apapun yang dibawa oleh Islam?
Sepatutnya mereka perlu diketahui bahawa ajaran-ajaran islam lebih berperikemanusiaan, dan tidak menunggu pelaku zina sampai pada tahap ketagihan lebih dahulu? Kita mengetahui bahawa Allah Ta'ala menjangka fenomena penyelewengan seksual dari akarnya sebagaimana disebutkan dalam ayat yang mulia: (Perempuan dan lelaki pezina maka hendaklah setiap orang dari keduanya disebat sebanyak 100 kali sebatan) [An Nuur: 02].
Hukuman ini akan mensucikan penzina, memberi kesan jera bagi yang lain, dan mencabut fenomena pergaulan bebas dari akarnya .. Juga akan menyelamatkan berjuta-juta pemuda dari penyakit yang menyebar luas ini.
Tetapi barat enggan menerima terapi apapun yang datang dari jalan Islam, dan kita dapat melihat hari ini bagaimana mereka menerima terapi yang sama (dengan pukulan atau sebatan) kerana datang dari Rusia yang bukan muslim ... Subhaanallah!
Kesimpulan:
Dengan itu kita boleh mengatakan
1. Terapi permasalahan perzinaan dan arak melalui sebatan pada punggung adalah terapi yang benar dan teruji beribu-ribu kali berdasarkan pengalaman para pakar terapi psikologi dan ketagihan.
2. Adanya hukuman atau had ini dalam Kitabullah Ta'ala (had bagi peminum arak dan zina baik lelaki atau perempuan) ... Menunjukan bahawa ia adalah kitab yang diturunkan dari Allah Ta'ala, tidak sebagaimana yang mereka klaim bahawa Allah memerintahkan untuk melakukan kekerasan dan melanggar hak-hak kemanusiaan.
3. Pelaksanaan had zina akan menyelamatkan berjuta-juta orang dari kematian yang disebabkan oleh penyakit seksual ganas. Ianya akan menjimatkan berbilion-bilion wang yang dikeluarkan untuk merawat penyakit-penyakit ini, serta akan menyelamatkan berjuta-juta keluarga dari keretakan dan kekerasan dalam rumah tangga dan masalah-masalah lain, yang bahkan kadang-kadang boleh menyebabkan pada bunuh diri ..
Manakah yang lebih baik: 100 kali sebatan atau kematian dan penyakit? Perlu diketahui bahawa bayaran "sekali terapi" pada doktor pakar di Rusia adalah 60 USD, padahal Islam memberikan terapi ini secara percuma .. Subhaanallah!
4. Pengakuan para ahli terapi pakar psikiatri bahawa sebatan bagi pesakit penyelewengan seksual memberikan hasil yang baik dalam terapi, menguatkan kemukjizatan Al-Quran dalam hukuman zina! Kemukjizatan Al-Quran tidak terbatas hanya pada bukti-bukti ilmiah atau bahasa sahaja, bahkan kemukjizatan pada penerapan hudud.
Menurut editor lasdipo.co:
"Boleh jadi kita akan segera mencari kajian mereka akan pentingnya potong tangan bagi pencuri untuk mengubati fenomena kecurian dari akar-akarnya .. Kalau kita melihat sebuah negara seperti Amerika Syarikat, sebagai contoh, nescaya kita akan mendapatkan adanya ratusan ribu kes pencuriaan, walaupun berbagai macam bentuk hukuman dilaksanakan akan tetapi kejahatan pencurian tersebut tambah berleluasa.
Dunia tidak akan mendapatkan hukuman yang lebih berperikemanusiaan daripada memotong tangan pencuri untuk menangani penyakit ini dan menumpaskan kerosakan dari akar-akarnya .. Allah Ta'ala berfirman:
- "Pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka hendaklah kedua-dua tangan mereka dipotong sebagai balasan atas apa yang mereka perbuat dan sebagai hukuman dari Allah, dan Allah maha mulia lagi maha bijaksana "[Al Maidah:38].
Inilah hikmah Allah Ta'ala maka di manakah hikmah yang dimiliki manusia?
Sebagai penutup, agama ini hadir sebagai rahmat bagi semesta alam, dan kita tidak akan terkejut ketika perang semakin keras diarahkan kepada islam maka islam akan semakin bertambah merebak terutama di negara-negara barat di mana masyarakat mendapatkan kenikmatan berupa kebebasan berfikir dan berkeyakinan .. Ini adalah bukti nyata bahawa manusia berakal jika diberi kebebasan berkeyakinan nescaya ia akan memilih agama yang lurus ini. (IH/AlKuhail / lasdipo)
Kemunafikan manusia sekular totok amat jelas apabila mereka menerima hukum sekular dan menolak hukum Allah dan ajaran Islam.
ReplyDeleteManusia sekular totok lebih suka melihat manusia dihukum tembak, digantung sehingga lidah terjelir keluar, kerusi elektrik dan suntikan maut yang menyebabkan orang-orang yang menjalani hukuman mati ini menderita lama dan terkecing dan terberak sebelum mereka mati.
Mereka juga lebih suka melihat penjara dipenuhi penjenayah-penjenayah yang melimpah ruah dan ahli politik sekular totok suka membebankan rakyat dengan pelbagai cukai untuk membiayai penjara-penjara. Penjara itu seolah-olah seperti akademi penjenayah di mana si pencuri belajar ilmu merompak dan membunuh dari perompak dan pembunuh dll pada tahap 'diploma', 'ijazah' dll. Bayangkan apa akan berlaku apabila mereka ini keluar dari penjara !
Penjenayah yang kaya dan berpengaruh boleh menggunakan peguam yang mahal dan cerdik dan kelemahan undang-undang sekular untuk melepaskan diri dari hukuman. Simiskin pula tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dalam mahkamah kerana mereka tidak mampu mendapatkan peguam yang cerdik dan hebat!
Apa yang jelas kita lihat hari ini ialah undang-undang sekular gagal mengurangkan kadar jenayah yang sedang meningkat di negara kita dan kita semua merasa takut walaupun berada di dalam rumah sendiri. Maka tidak hairanlah kita melihat rumah kelihatan seperti penjara kerana setiap tingkap dan pintu rumah mempunyai grill besi. Setiap hari kita melihat atau mendengar atau membaca berita manusia dirompak, dirogol atau dibunuh atau barang-barang berharga dan wang dicuri setiap hari di negara ini.
Ini jelas menunjukkan penjenayah-penjenayah tidak takut pada undang-undang sekular di negara ini. Oleh sebab itu marilah kita semua menyokong parti Islam menubuhkan kerajaan Islam untuk melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah yang bersifat mencegah jenayah. Manusia yang tidak bermoral sanagt takut pada hukum Allah maka kita tidak merasa hairan melihat manusia yang tidak bermoral menentang hukum Allah.
sebg org islam kita tak boleh menolak hukum Allah. masalahnya dlm suasana keadilan skrg bolehkah sesiapa memberi jaminan bahawa hukuman sebat, umpamanya, akan dijalankan dgn adil tak kira derajat. jk kerabat VVIP yg sepatutnya dikenakan hukuman sebat adakah ia boleh terlepas krn campurtangan politik. inilah satu sebabnya Bani Israil dilaknat oleh Allah. jk org biasa dikalangan mrk dikenakan hukuman hudud maka hukuman dilaksanakan. jika VVIP yg disabit kesalahan, maka ia dibantu supaya hukuman hudud tidak dilaksanakan terhadapnya. jika perkara spt ini berlaku bila hudud dilaksanakan dlm keadaan skrg, org akan tuding jari mengatakan islam tidak adil. anda yakinkah najib atau hj hadi akan benarkan anak beranak mrk dikenakan hukum sebat jk didapati salah berzina?
ReplyDeletekita yakin hudud akan dijalankan dng adil sekiranya ada yang menolong pesalah maka hanya pada allah kita berserah.
ReplyDelete