WASHINGTON – Pendahulu calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump kelmarin mengumumkan akan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan mengalihkan kedutaan AS ke kota itu sekiranya berjaya menduduki White House.
Israel menganggap bandar purba itu sebagai ibu kotanya tetapi banyak negara lain, termasuk AS sendiri menolak memindahkan kedutaan mereka ke Baitulmuqaddis ekoran status dan sempadannya masih dipertikaikan.
Penduduk Palestin juga melihat Baitulmuqaddis sebagai ibu negara mereka, manakala sebarang proses damai dengan Israel perlu melibatkan pengiktirafan tersebut.
Baitulmuqaddis bukan sahaja dianggap kota suci oleh bangsa Yahudi tetapi juga umat Islam dan penganut Kristian.
Trump yang mendahului pengundian Parti Republikan menjelang Pilihan Raya Presiden AS pada November depan pernah menimbulkan kemarahan pengundi konservatif di AS selepas beliau menggambarkan akan mengambil pendekatan neutral berhubung konflik Palestin-Israel.
Namun kelmarin beliau membuat pusingan U apabila berkata: “Tiada siapa lebih pro-Israel daripada saya. Kita perlu melindungi Israel. Israel sangat penting kepada kita.
“Saya akan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan saya mahu melihat kedutaan AS dipindahkan ke sana,” kata Trump sebelum berucap di hadapan badan pelobi Israel, Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC) di Washington.
Pasukan tentera Israel menawan penempatan penduduk Arab di Baitulmuqaddis Timur selepas tentera Jordan berundur semasa Tel Aviv berperang dengan negara-negara Arab pada 1967.
Palestin tetap berkempen mendesak Israel berundur dari Baitulmuqaddis Timur, sementara Jordan masih diberikan hak pentadbiran ke atas tempat suci orang Islam di Baitulmuqaddis termasuk perkarangan Masjid Al-Aqsa. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah, kekuatan dan kekuasaan menjadi pemilik yang menentukan kebenaran dan keadilan dunia, mengatasi 'keadilan yang sebenar'.
Israel itu sendiri yang tidak ada negara dicipta oleh kuasa barat Eropah, diletakkkan di tengah-tengah jantung Arab di negara Palestin tahun 1948, terus menyebar, meluas, merampas tanah-tanah Arab sejak itu hingga sekarang.
Kini terakhir, Trump calon Presiden AS yang rasis itu mahu iktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel pula. Apakah AS bukan pengganas, negara mengiktiraf 'pengganas Israel' yang asalnya tidak ada negara terus merampas nagara rakyat Palestin?
Jahannam AS! Jahannam AS!!
Jangan lupa ada satu lagi rejim di Malaysia yakni Rejim DAP di Penang yg kerjanya merampas kampung2 macam jadi kat rakyat Palestine.
ReplyDeleteJahanam DAP
Jgn risau gundah gulana..Di Msia kita ada parti penjual bangsa mcm Umno, Parti penjual agama mcm Pas. Mrk akan jaga kepentingan dan harta benda org Melayu msia.
ReplyDeleteHidup meLAYU!!Takbirr!!
Jika di Palestine ada talibarut bernama gerakan Druze. Di Malaysia ada juga talibarut bernama PAN
ReplyDeleteDi Palestine ada rejim Zionist dan talibarut arab mereka Druze
ReplyDeleteDi Penang ada rejim DAP dan talibarut Islam mereka PAN
Zionist dgn DAP sama saja. Mereka adalah anti Islam
DAP dan pendokong hanya dari kalangan orang yang benci melihat Islam tu berkembang subur di Malaysia ni. Perangai tak ubah macam perangai Yahudi!!!
ReplyDeleteKenapa pemakan2 dedak najib dan walaun2 risau sgt?
ReplyDeleteDi Msia kita ada 2 penasihat terhebat utk KERAjaan penyamun. Satu dari APCO YAHUDI dan satu lg Hadi Awang.
Hidup meLAYU!! Takbirr!!!
Bila tuan dia dah mula kantoi tak boleh nak cover makan, umbut pisang kebun org akan cuba dirosakkannyer...siaPAN lagi kalau bukan PAN yg makan umbut pisang
ReplyDelete