Monday, March 21, 2016

Tubuh NGO Lawan DAP, Sokong Khalid Ibrahim.



CHERAS: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan memecahkan sokongan rakyat terhadap DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Ujar Khalid sikap agresif DAP dalam melebarkan empayar politiknya harus disekat bagi memastikan hak dan kebajikan ummat Islam di negara ini terjamin.

"Saya dan rakan-rakan juga akan menubuhkan satu NGO dimana kita sudah mengumpul beberapa kekuatan dan dana supaya kita tidak akan memberi peluang orang-orang bukan Islam yang bersekongkol dengan DAP menang dalam pilihan raya. 
"Jadi oleh sebab itu, kita akan buat satu kempen setiap kali kita kenal orang mereka (DAP), NGO ini akan berusaha supaya mereka tidak menang (dalam pilihan raya)," katanya ketika hadir pada perasmian Pusat Tarbiyah dan Dakwah Islam Se-Malaysia Bandar Tun Razak oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu juga menyatakan rasa bimbangnya terhadap perkembangan semasa PKR yang dilihat tersepit di antara Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP.

Bukan hanya Khalid, pemerhati politik juga kerap kali menyuarakan betapa PKR kini tersepit di antara dua parti komponennya dalam apa jua isu.

Malah PKR juga pernah diberi kata dua oleh DAP untuk memilih sama ada parti dominasi Cinanya itu atau PAS untuk sama-sama mentadbir Selangor.

Kata dua itu diberikan selepas DAP dan PAS memutuskan hubungan politiknya akibat bercanggah pandangan bersabit isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Saya sangat khuatir dengan keadaan umat Islam, sebab boleh jadi umat Islam ini sentimental atau pun agak sangat tinggi untuk memberi sukaran kepada Umat Islam. Tetapi umat Islam di Malaysia dari segi politiknya bukan berpecah dua tetapi berpecah empat," katanya. 

Justeru, ujar Khalid penubuhan NGO yang bakal diterajuinya akan membantu parti Islam yang lain untuk berdepan dengan DAP dan mengukuhkan lagi politik ummat Islam di negara ini.

"Tapi untuk kita bersaing kita mesti selesaikan bagaimana kita dapat menghapuskan orang yang mengelilingi DAP, kalau tidak, kita tidak akan menang...kita melanggar tembok, kepala kita bengkak, dia masih lagi belum apa-apa, jadi bagaimana kita hendak selesaikan ini," katanya. (Antarapos)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mari kita sokong Khalid Ibrahim beramai-ramai.

19 comments:

  1. Syabas TSKI. Cuma sesiapa yg melawan DAP akan di maki oleh talibarut mereka yakni PANda pimpinan mike selfie d amoy

    ReplyDelete
  2. yg sebenarnya kerajaan sekarang ni BN ke DAP? kenapa nok sokong TSKI wahai blogger lucah? Yang mana 1 kita patut lawan? BN @ DAP???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aloooo bodooo kerajaan Penang DAP

      Delete
  3. http://www.ismaweb.net/2016/03/pemimpin-dap-pkr-pertikai-kedaulatan-islam-di-parlimen/

    Pemimpin DAP, PKR pertikai kedaulatan Islam di Parlimen

    Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

    BANGI, Rabu – Kedaulatan Islam di Malaysia terus menjadi bahan pertikaian oleh pemimpin rasis dan cauvinis DAP dan PKR.

    “Semalam, Ahli Parlimen DAP, Chong Chieng Jen mempersoalkan agenda Islamisasi yang dilaksanakan kerajaan sejak merdeka hingga kini.

    “Hari ini seorang lagi Ahli Parlimen PKR, Ignatius Dorell Leiking bangun seolah-olah mempertikaikan kedudukan Islam dan mendakwa kononnya semua pihak perlu hormat hak agama-agama lain,” tulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebooknya hari ini.

    Asyraf kemudian mempersoalkan bila masa di Malaysia hak agama-agama lain tidak dihormati tatkala agenda mendaulatkan Islam terus diperkasa sebagaimana asas yang terbina dalam Perlembagaan.

    “Malah, Malaysialah yang paling menghormati agama-agama lain seperti perayaan agama-agama lain yang menjadi hari cuti kebangsaan di kala negara lain hanya iktiraf cuti satu-satu agama sahaja.

    “Bahkan di Malaysia kita memiliki pusat-pusat ibadah agama-agama lain yang tersergam besar seperti Patung Hindu terbesar Asia di Batu Caves, patung-patung Budha terbesar Asia bahkan dunia di Kelantan dan gereja terbesar di Asia Tenggara di Bukit Jalil,” tulisnya lagi.

    Terdahulu beliau menyatakan sedang mengikuti perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang merangkap Presiden PAS di Dewan Rakyat.

    “Beliau (Abdul Hadi) bangun menegaskan kepentingan untuk semua kembali kepada Perlembagaan negara yang meletakkan asas yang penting sejak merdeka iaitu Perkara 3 Islam sebagai agama Persekutuan namun agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas.

    “Apa yang penting kata beliau usaha untuk mendaulatkan Islam sebagaimana Titah Tuanku Agong mesti terus diperkukuhkan,” kata beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pan akan kata Dap tentang hudud islam kerana perlembagaan,, teknikal kononnya,,, kah kah,,,pan, pan, bnyk sungguh dedak Dap yg diorang telah,,,sehingga sanggup mengiyakan semua kerja buat Dap, us Ridzwan tee yg cina tu pun pesan kpd kita jgn percaya Dap,, tengok apa jadi pada melayu ppinang

      Delete
  4. http://www.ismaweb.net/2015/09/sisi-rasisme-pada-dap/

    Sisi rasisme pada DAP

    DI sana terdapat satu lagi sisi DAP yang ramai orang tahu dan sedar tetapi jarang sekali dibuat kempen secara besar-besaran, iaitu sudut rasisme yang terdapat di dalam parti sosialis evangelis ekstremis tersebut.

    Apa sahaja perkara yang bersangkut paut dengan Islam atau Melayu pasti akan ada kenyataan-kenyataan melampau daripada pimpinan atau pengikut mereka dari semasa ke semasa. Sama ada perkara itu melibatkan isu agama Islam, kepentingan umat Islam atau bangsa Melayu, mereka akan gunakan berbagai-bagai alasan untuk menunjukkan kedengkian, ketidakpuasan hati, kecaman, tuduhan seolah-olah ia melanggar hak asasi mereka, melanggar Perlembagaan, pencabulan terhadap agama lain, tidak sama adil atau sama rata dan seumpamanya.

    Apabila sebahagian masyarakat malaysia mempertikaikan agenda rasis dan anti-patriotisme yang terdapat pada sekolah-sekolah vernakular Cina (SRJKC), mereka akan segera melenting, melompat dan berteriak sakan, seolah-olah satu penghapusan etnik secara terancang sedang berlaku dan dipaksakan ke atas mereka! Isu diskriminasi terhadap etnik dan kaum akan dimainkan kembali.

    Apabila melihat bibit-bibit kesepakatan dan persefahaman mula terjalin di antara parti-parti politik Islam dan Melayu (yang melibatkan keahlian dan penyokong yang jutaan), DAP sudah gelabah dan umpama dirasuk Syaitan. Maka bermulalah racun-racun syak wasangka disuntik pada suasana kesepakatan atau persefahaman ini. Atau mereka (DAP) akan mengadu-domba sesama umat Islam dan bangsa Melayu.

    Sekiranya beberapa usaha ini gagal, mereka akan menggunakan taktik dan strategi lain pula. Antaranya dengan memperlembukan kumpulan-kumpulan penyokong atau sahabat mereka di kalangan NGO-NGO (termasuk NGO Islam) atau tokoh-tokoh masyarakat secara selektif sebagai jurucakap tidak rasmi mereka.

    Kumpulan pemain-pemain selamat (play safe) dan pak turut ini kadang-kadang lebih bersemangat pula dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Barangkali kerana mereka merasakan berkhidmat kepada DAP merupakan satu AMANAH yang tidak sanggup dipikul oleh makhluk lain.

    Ataupun mereka (DAP) akan menonjolkan anak-anak muda Melayu yang bengap sebagai Cover Girls dan Poster Boys mereka sebagai testimoni kononnya parti mereka bukan rasis sebab sudah diminati dan dianggotai oleh semakin ramai orang-orang Melayu. (Ramai yang tidak sedar bahawa insan-insan malang ini hanya ditugaskan untuk membancuh teh atau menjadi peon pejabat sahaja).

    Parti rasis yang melampau ini juga gigih merekrut para penulis atau anak-anak muda dari latar belakang pendidikan Islam (khususnya dari Asia Barat) untuk diserapkan ke dalam takungan penulis harapan mereka. Ini kerana perangkap mereka akan lebih berkesan kalau agenda dan ideologi DAP dipromosi dan dikembangkan sendiri oleh graduan-graduan “Islamik” ini.

    Kenapa kita harus benarkan “penjajahan minda” dan penyakit rendah diri ini berkubang di dalam batang tubuh kita?

    Mengapa kita selalu beralasan untuk menjaga hati dan perasaan DAP (termasuk MCA dan Gerakan) lalu kita membiarkan kehormatan, ketinggian, kedaulatan, izzah dan kemuliaan harga diri dengan mudah sahaja dipijak dan dilanyak?

    Kenapa kita terlampau melebih-lebihkan kehendak para cuavinis ekstremis itu mengatasi setiakawan dan persaudaraan sesama Muslim yang memiliki lebih banyak persamaan dan yang lebih utama untuk diperjuangkan?

    Saya tidak terkejut apabila terbaca satu petikan dan komen ramai Netizen bahawa bangsa not-yet-Muslim dan bukan Melayu ini perangai mereka tidak ubah seperti karektor penjajah dan penindas Yahudi Zionis. Bukan semua, akan tetapi segelintir daripada mereka yang begitu tebal jiwa cauvinis dan kiasu mereka. Yang menduduki tangga teratas dalam kategori spesis ini adalah di kalangan pemimpin-pemimpin parti politik mereka (dan disokong oleh ahli-ahli parti dan para penyokong secara membuta tuli).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn saudara. Kita kena insan lah, tak kira umno,pas, pkr, pan ka, semua kita lama sudah terpedaya dgn permainan org cina. Punca dua parti melayu utama pas dan umno tidak boleh bersatu ialah kerana mca,gerakan dan Dap memainkan peranan melaga-lagakan kita. Sungguh,, umno ada perkara yg tak betul,,pas pun sama,bukan semua pas betul. Tapi cina pandai exploit,, bergaduh la kita sesungguhnya. Cina nampak mcm bergaduh jugak, tapi berlakon ja. Dalam persatuan cina,,semua dok sekali dgn begitu mesra. Sekarang, bunga perpaduan pas dan umno seakan berputik,, walaupun belum pasti lagi,,mca dan Gerakan serta Dap bagai cacing kepanasan. Mcm2 plan taktikal akan digunakan utk menghalang perpaduan ini. Antaranya, mereka menggunakan pan utk canang seraya dunia mengatakan pas nak bersatu dgn umno yg zalim. Apa salah bersatu demi perpaduan dan dlm masa yg sama menegur kesalahan umno? Itu lebih baik drpd berkelahi sesama umat islam dan lebih baik drpd berpakat dgn kafir utk melawan saudara seagama sepertimana sebelum ini. SUDAHLAH, JGN TERBODOH DGN ORG CINA LAGI.

      Delete
  5. Dah ler khalid. Pi masok balik umno tu. Mesti najib suka. Tubuh ngo buang duit jer. Huhu. Anjing dah biaso makan taik. Kalo tk makan akan dihidu jugak. Huhu

    ReplyDelete
  6. Pas + ikatan = pasik = jahat = barua = jebon = umngok = walaunta

    Kahkah

    ReplyDelete
  7. Kuda tunggangan DAP sudah mari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai PASIK penjual agama..kuda tunggangan Ikatan 79 ahli sudah meroyan. kikiki

      Delete
  8. Dah ler khalid. Pi masok balik umno tu. Mesti najib suka. Tubuh ngo buang duit jer. Huhu. Anjing dah biaso makan taik. Kalo tk makan akan dihidu jugak. Huhu

    ReplyDelete
  9. Dah ler khalid. Pi masok balik umno tu. Mesti najib suka. Tubuh ngo buang duit jer. Huhu. Anjing dah biaso makan taik. Kalo tk makan akan dihidu jugak. Huhu

    ReplyDelete
  10. Pas + ikatan = pasik = jahat = barua = jebon = umngok = walaunta

    Kahkah

    ReplyDelete
  11. alhamdulilah moga cahaya islam akan menyinari bumi malaysia.

    ReplyDelete
  12. Hanya pabila kuda tunggangannya lumpuh barulah DAP mudah dijinakkan.. saya tak tuduh dan x sebut pun nama mana2 parti yea.. cuma yg disyaki ialah parti yg x de perlembagaan..

    ReplyDelete
  13. dap dn pencacainya perlu ditolak dlm pru14 nanti.

    ReplyDelete
  14. Dah ler khalid. Pi masok balik umno tu. Mesti najib suka. Tubuh ngo buang duit jer. Huhu. Anjing dah biaso makan taik. Kalo tk makan akan dihidu jugak. Huhu

    ReplyDelete
  15. Molek benar khalid join pas now. Pas tiado pakar ekonomi now. Ada pakar pon habihh dihalau keluar dtuduh jadi kudo dap. Yang tinggal lebai jebon barua broker umno. Tantowi n nik bedoh kemarin dah mesra betol najib dlm 20ribu tahfiz. Itu barua ler. Lebai ngok. Ulamak dulu mengelak diri hadir majlis pemerintah zalim. Kalo hadir pon mereka akan tegur hingga pemerintah nangis dan insaf. Umngok n paschai sgt serasi. Huhuhu

    ReplyDelete