MEMANG kedengaran sangat janggal apabila seseorang yang sangat disegani oleh anak murid tergamak melakonkan aksi lucah dan porno sebagai pekerjaan sampingannya.
Itulah yang berlaku apabila seorang pensyarah, Profesor Nicholas Goddard yang mengajar jurusan kejuruteraan kimia di Universiti of Manchester, United Kingdom turut bergelar bintang video porno.
Nicholas sudah 10 tahun menceburi kancah penerbitan video lucah secara serius dan separuh masa malah dia mempunyai nama samaran Old Nick.
Walau bagaimanapun, Profesor itu difahamkan sudah ‘cuci tangan’ daripada arena video lucah sejak Januari lalu.
Mengulas mengenai kegiatannya itu, Old Nick berkata: “Saya tak tahu apa pelajar dan ibu bapa mereka fikirkan mengenai pekerjaan sampingan saya.
“Tetapi kalau anak saya diajar oleh seorang bintang filem lucah, sudah tentu saya tidak kisah sama sekali”.
Begitulah yang terjadi kepada pendidik di negara barat atau penjajah barat. Dalam tradisi ilmu Islam dan tarbiah, perkara seperti itu tidak mungkin terjadi. (IH)
1 comment:
re: "Begitulah yang terjadi kepada pendidik di negara barat atau penjajah barat. Dalam tradisi ilmu Islam dan tarbiah, perkara seperti itu tidak mungkin terjadi."
Prof. ini seorang hilang kewarasan tidak bererti ramai lagi penididik2 disana bersetujui kegiatan lucahnya. Sama dengan kekejaman ISIS dan al-Qaedah tidak bererti ramai lagi orang mukmin menyetujui tindakan fasiq mereka.
Post a Comment