Sunday, March 13, 2016

Walaupun Bogel, Ini Tidak Lucah, Wakili Negara Umat Islam..

SUKAN  

Siri Terjun Dunia: Pandelela-Mun Yee Sumbang Gangsa

KUALA LUMPUR: Penerjun elit negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee memenangi pingat gangsa acara 10 meter platform wanita seirama Siri Terjun Dunia di Beijing, Jumaat. 

Pandelela, yang berganding dengan Mun Yee untuk kali pertama sejak Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia, Jun lepas mengumpulkan 311.70 mata untuk mengatasi Meaghan Benfeito-Roseline Filion dari Kanada untuk kedudukan podium dalam acara akhir yang disertai enam gandigan itu.

Pasangan dari Britain, Tonia Couch-Lois Toulson memperoleh perak dengan 317.46 mata manakala emas milik Si Yajie-Liu Huixia dari China yang mengumpulkan 334.68 mata.



Kejohanan di Beijing adalah yang pertama dalam siri itu yang akan diikuti siri seterusnya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (17-19 Mac); Windsor, Kanada (15-17 April); dan Kazan, Rusia (22-24 April).
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Walaupun berpakaian seperti di atas, bogel atau 1/2 bogel, ianya tetap dibanggakan kerana mereka adalah 'penerjun elit negara'. 'Islam agama bagi Persekutuan', pada mereka persetankan, konon menghambat kemajuan?

5 comments:

Anonymous said...

Hahahahaha.. nakal tul.. nak jugak selit.. tak leh selit 100% bogel.. pakai baju renang pun jadi lah..
Pak aji..len kali ambik lah yg atlet dia yg muslim.. 2 org tu kan bukan islam..suka ati diaorg la nk masuk sukan baju renang ke or bolasepak.. ape kaitan ngn kita?? Pak aji pak aji....

Anonymous said...

Bodoh. Kata kita kerajaan Islam? Pakaian mewakili kerajaan Islam atau kerajaan orang Islam begitu?

Jahil sangat!

din teksi said...

Gitulah cara fikir kepala otak sekular, dari si bahlul di atas (March 13, 2016 at 6:35 AM) sampai ke menteri belianya.

Cara fikir penjajah yang tidak Islamik. Astaghfirullah, bertaubatlah.. Merdeka tapi otak dijajah. Itulah perangai puak-puak UMNO/BN dan yang sekandang (sekular) dengannya.

SepatahDuaKata said...

Anon 6.35am...ko tak faham konteks...nampak sgt kebodohan & kejahilan ko tak bertepi...kesian kesian kesian....dah tau bodo, gi lah belajar, gila!

Anonymous said...

kalau pak aji x control, lg sasau jadinya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails