Friday, April 15, 2016

2 Pelancong Jerman Berbogel Di Pantai Aceh. Apa Jadi Kepada Mereka?

Pelancong ini berbogel (berbikini termasuk bogel) di pantai Aceh.

Lhokseumawe - Dua pelancong asal Jerman melanggar syariat Islam kerana berbikini (termasuk dalam katogori berbogel) di Pantai Ujung Blang, Kota Lhokseumawe, Aceh. Kedua-dua pelancong itu diketahui bernama Andre Bun dan Dominican Lzastkova.

Kepala Satuan Polisi Pamong Praja dan Wilayatul Hisbah (polisi syariah / WH) Kota Lhokseumawe M Irsyadi berkata kejadian itu berpunca daripada laporan warga melihat sepasang pelancong asing yang mandi di Pantai Ujung Blang pada petang Selasa, 12 April 2016.

"Dari laporan warga, kami terus ke lokasi, namun dua wisman itu udah memakai pakaian biasa. Memakai bikini pada saat mandi di pantai jelas melanggar Qanun No 11 Tahun 2002 tentang Syiar, Ibadah dan Akidah," ujar dia, seperti dilansir Antara.

Petugas membawa kedua-dua pelancong itu ke Pejabat Satpol PP dan WH. "Untuk diingatkan supaya jika mandi di tempat terbuka di Aceh, agar tidak memakai pakaian dalam, kerana di Aceh berlaku syariat Islam," ucap Irsyadi.

Dalam keterangannya kepada petugas, kedua-dua pelancong itu mengatakan tidak tahu bahawa di Aceh berlaku syariat Islam. Mereka berjanji mentaati apa yang berlaku di Aceh, terutama masalah berpakaian.

Irsyadi juga menambah, pemandangan wanita yang mandi dengan hanya memakai pakaian dalam di tempat terbuka tentu saja janggal dan pantang larang di Aceh. Tanpa ragu-ragu, tingkah mereka tersebut menjadi tontonan warga.

Irsyadi berkata setelah diingatkan dan diberi tahu tentang keadaan daerah setempat, kedua WN Jerman kembali ke penginapan. (IH/Liputan6.com)

Di Negara Bukan Islam Pun Dibenci Berbogel..

IMEJ kontroversi seorang wanita berbogel di tepi sebuah tasik suci di wilayah Tibet, China membuatkan ramai penduduk Tibet kecewa dengan perkara itu. Gambar-gambar bertelanjang itu diambil di sebuah tasik berhampiran Lake Yamdrok yang merupakan antara salah sebuah daripada tiga tasik suci yang terletak di Tibet.
Melalui satu posting yang dimuat naik oleh jurugambar itu berkata, wanita atau model yang berbogel itu mahu mengabadikan kenangan terindah sewaktu berada di sana berlatarbelakangkan tasik suci itu. Namun tindakan itu dikeji oleh pengguna laman sosial Weibo kerana tidak mempunyai sensitiviti dan tidak menghormati budaya masyarakat Tibet. 
“Seorang jurugambar dan model yang bagus tetapi ternyata tidak mempunyai kefahaman terhadap budaya dan moral,” tulis seorang wanita tempatan melalui laman sosial itu.
Selain YouchumDolkar, ramai netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh model tersebut dengan menayangkan aksi bogelnya di tempat suci itu. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah ........Dr Zakir Naik Islamkan Remaja Kristian Di Padang Astaka Kemaman April 15, 2016

Seorang remaja Kristian berumur 19 tahun, Nina Grace berbangsa Philippines telah memeluk islam di Program Grand Finale Dr Zakir di Padang Astaka Kemaman.

Beliau merupakan pelajar daripada Kolej Ranaco, offshore engineering Ranaco


Sumber: http://www.pru14.tv/2016/04/15/dr-zakir-naik-islamkan-remaja-kristian-di-padang-astaka-kemaman/.

Anonymous said...

Bila dah boring keluarlah foto bogel ya Ibnu Hsyim.Beginilah situasi blogger kemaruk seks,cuba memperalatkan agama demi keinginan nafsu serakah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails