Monday, April 18, 2016

4 Peluk Islam Di Ceramah Dr Zakir Naik, Al-hamdulillah.

KUALA LUMPUR — Selepas seorang gadis bukan Islam memeluk Islam pada ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di Kemaman Khamis lepas, empat lagi mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah ilmuan Islam itu di Stadium Hoki Bukit Jalil di sini malam tadi.

Seorang daripada mereka ialah Hurender Bal Singh, 23, dari India yang membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan penjelasan diberikan Dr Zakir berhubung bukan Islam memeluk agama Islam untuk berkahwin.

Sebelum membimbing lelaki itu mengucapkan dua kalimah syahadah, Dr Zakir berulang kali bertanyakan kepadanya jika ada sesiapa yang memaksanya memeluk agama Islam.

“Tidak, tiada siapa yang paksa saya. Saya percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan saya dengan rela hati mahu menjadi seorang Muslim,” kata lelaki Punjabi itu dalam sesi soal-jawab pada ceramah yang dihadiri lebih 30,000 orang.

Sejurus selepas Hurender Bal Singh mengucapkan dua kalimah syahadah, seorang wanita yang memakai jubah dan skaf hitam, tanpa menyatakan nama dan dari mana, telah menyatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam.

Dr Zakir kemudian bertanya kepada wanita itu sekiranya beliau percayakan Allah dan Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah, dan dijawab wanita itu “ya” dan terus membimbingnya mengucapkan dua kalimah syahadah dengan disusuli sorakan pengunjung sebagai memberi semangat dan ada antara mereka dilihat menitiskan air mata.

Selepas bertanyakan beberapa soalan, seorang lagi wanita yang mahu dikenali sebagai Muchelle mengumumkan ingin mengucapkan dua kalimah syahadah dan dibimbing oleh pendakwah itu untuk berbuat demikian.

Seorang lelaki dari Sarawak, Joel anak Along, 26, berasal dari Miri yang menyatakan telah mempelajari tentang agama Islam sejak beberapa tahun lepas turut memutuskan untuk memeluk Islam selepas bertanyakan kepada Dr Zakir tentang hikmah syahadah.

Khamis lepas, Wu Nina Grace, 19, memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah Dr Zakir dengan disaksikan hampir 40,000 orang di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu.

Dr Zakir sedang dalam rangka mengadakan syarahan di seluruh negara yang telah menarik kedatangan ribuan orang untuk mendengar ceramahnya.

Beliau dijadual mengadakan syarahan di Melaka hari ini. — Bernama

13 comments:

  1. Inilah yg Ramasamy DAP benci sangat dgn Dr Zakir Naik. Beliau membawa dakwah yg dibenci oleh DAP. Buktinya DAP panggil Dr Zakir Naik SATAN.

    PAN imayam pula senyap macam kerang busuk. Mentang2 PAN tu khadam DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ironinya, puak liberal jugalah yang – pada bulan yang sama sebelum insiden ini berlaku – menghalang penganjuran satu forum di UiTM dengan tajuk ‘Ancaman Gerakan Kristianisasi’ dan mereka berlebih-lebih dalam memberi reaksi seolah-olah orang Islam mahu menimbulkan prejudis terhadap orang Kristian yang menjadi rakan karib, rakan sekerja mahupun jiran tetangga. Di sini mereka mengabaikan perkataan ‘ancaman gerakan’ dan selepas dari itu menimbulkan persepsi yang salah terhadap orang awam yang akhirnya agama Islam dan orang Islam yang terkena tempiasnya.

      Ini belum kita mengambil kira insiden-insiden sebelum ini yang berlaku yang tidak langsung mencerminkan sensitiviti terhadap agama Islam dan Perlembagaan seperti tuntutan COMANGO, mencabar enakmen negeri yang mengawal perilaku orang Islam dalam hal pemakaian dan perbuatan menyamai wanita, mencampur tangan urusan penukaran agama ke dalam Islam dan mempertahankan pendirian untuk menukar agama keluar dari Islam, mencabar kedaulatan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah, mempersoalkan tindakan kerajaan menghalang penerbitan buku-buku yang bercanggah dengan cara fikir Islam seperti terbitan oleh pemikir liberal dan Syiah dan lain-lain insiden yang boleh dibangkitkan kembali.

      Walaupun insiden-insiden ini berlaku, tanpa segan silu dan tanda hormat puak liberal terus mencabar dan memperlekeh nilai dan garis panduan yang ingin dipertahankan.

      Baru-baru ini, forum berkenaan ‘Persamaan diantara Hindu dan Islam’ yang dijadualkan berlangsung di Melaka telah digantikan dengan tajuk yang lain, yang dikira kurang menyentuh sensitiviti agama. Namun, adakah persoalan menyentuh sensitiviti agama atau menimbulkan kacau bilau dan mengganggu gugat kestabilan awam timbul pada awalnya? Pada saya, dan mengambil kira tajuk itu sendiri secara jelas, tidak sama sekali!

      Sekali lagi, hanya dengan tajuk program sahaja puak liberal berlebih-lebih dalam memberikan reaksi dan kritikan mereka.

      Ironinya, puak liberal juga yang duduk bersama dengan golongan Islamis yang kononnya memperjuangkan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin dengan sesi-sesi seperti projek dialog dan lepak maqasid demi mencari konsensus bersama antara agama, satu nilai dan usaha yang dinafikan terhadap Dr. Zakir Naik dan forum mencari persamaan yang dibatalkan tersebut.

      Dan sekiranya mereka mahu menjatuhkan kredibiliti Dr. Zakir Naik sekalipun, sekiranya betul jalan yang mereka pilih itu, puak liberal sentiasa dialukan untuk hadir ke sesi bersama Dr. Zakir Naik dan ajukan soalan-soalan secara berdepan. Namun, tiada satu pun penulis artikel berfikiran liberal dan tokoh-tokoh liberal yang sanggup hadir, mendengar dan bertanyakan soalan, dan menceritakan pengalaman berdepan dengan Dr. Zakir Naik. Tidak, itu semua retorik sahaja!

      Delete
  2. Mana pergi Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid, Din Pudu Wan Rahim bila DAP memaki hamun Dr Zakir Naik sebagai Satan.PAN hanya talibarut DAP, itu sebab PAN Senyap.


    http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

    Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


    APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

    Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

    Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

    BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

    Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

    Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

    Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

    Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

    Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

    Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

    Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

    Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

    Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

    DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  3. DAP terbakorrrr.. PAN imayam terbakorrrre... bakorrrrrrr bakorrrrrr

    ReplyDelete
  4. Rujukan:
    http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad

    Kalau PAN rujuk link tu pasti PAN tetap tak percaya kerana apa2 pun tokong tetap di hati PAN..

    ReplyDelete
  5. Yg KAPIR anti Islam ko marah... yg Islam taknak laksanakan hukum Islam ko tak kisah pun..... BODOH!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adaaaaa Mat Sabu kata tolak hukum Islam mengikut konsensus PH

      Delete
  6. Alhamdulillah Lima orang telah memeluk Islam melalui program Dr Zakir dengan izin Allah.

    Terima kasih Hindraf Makkal Sakthi - Zakir Naik


    Pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik berterima kasih kepada gerakan hak asasi manusia Hindu, Hindraf Makkal Sakthi serta pihak-pihak yang melakukan bantahan ke atasnya.

    Beliau berkata, meskipun kehadirannya tidak disenangi pihak berkenaan, tindakan itu, walau bagaimanapun, telah memberi publisiti percuma kepadanya serta berjaya menyatukan umat Islam khususnya di negara ini.


    Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/337618

    Apakah perasaan pelampau Hindu dan penyokong dan ahli dan penyokong gerombolan pengganas Tamil LTTE selepas menerima ucapan terima kasih dari Dr Zakir.... meroyan sakan, menangis bergolek-golek atau mahu menjerit seperti Tarzan dalam hutan ?

    எதைப் பரிந்துரைக்கிறீர்கள்?

    ReplyDelete
  7. MUSA HASSAN BERSUARA, TERKENCING RAMASAMY!!!

    Hehehe!!! Nampak gayanya, gerun jugak Si Ramasamy tu bila ada pihak yang mendesak agar Polis mengambil tindakan terhadap kenyataan BIADAP yang telah dilakukannya sebelum ini.

    Kalau hari tu, Si Ramasamy tu dengan lagak SOMBONG dan ANGKUHnya telah menghina Dr. Zakir Naik yang dijemput khusus untuk menyampaikan ceramah di beberapa kawasan di Malaysia.

    Ke-SOMBONG-an dan ke-ANGKUH-an Si Ramasamy tu cukup jelas apabila dia melemparkan pernghinaan dan melabelkan Dr. Zakir Naik sebagai 'Satan' yang perlu dihalau keluar dari Negara ini.

    Ekoran kenyataan BIADAP yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, dia telah dikecam dan mendapat kritikan oleh pengguna dilaman media sosial. Temasuk ahli - ahli Pakatan sendiri.

    Yang tak bersuara hanya dua orang mahkluk yang selama ini hanya sekadar dijadikan BONEKA Geli - Geli DAPigs iaitu Dyana dan Rara. Dua - dua jadi Bisu belaka bila Dr. Zakir Naik dihina sedemikian rupa.

    Dek kerana ke-BIADAP-an yang ditonjolkan oleh Si Ramasamy itu juga membuatkan Mantan Ketua Polis Negara mendesak agar Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu didakwa.

    Kata Tan Sri Musa Hassan, tindakan yang dilakukan oleh Si Ramasamy itu merupakan satu jenayah dan dia boleh disiasat dibawah Akta Hasutan kerana menggugat keselamatan awam.
    KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) digesa mengambil tindakan undang-undang ke atas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy kerana penghinaannya terhadap ulama merupakan satu jenayah.

    Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, panggilan syaitan kepada pendakwah, Dr Zakir Naik itu perlu disiasat di bawah Akta Hasutan.

    "Itu adalah satu kesalahan jenayah kerana menghasut orang untuk menguggat keselamatan. Itu satu jenayah, pihak polis kena siasat. Dia boleh disiasat di bawah Akta Hasutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Khidmat Nasihat Guaman Percuma Parlimen Pandan, di Pandan Indah, di sini, hari ini.

    Mengulas lanjut, Musa juga berkata, tindakan tegas wajar diambil kerana ia boleh membahayakan nyawanya sendiri, akibat perbuatannya itu telah menimbulkan kemarahan golongan ekstremis.


    "Mana boleh dia panggil ulama syaitan. Itu menghasut orang supaya membenci ulama tersebut. Kerana dalam agama lain pun ada orang ekstremis. Itu membahayakan nyawa dia," ujarnya.
    Sehingga hari ini, pelbagai pihak telah tampil dan membuat laporan Polis terhadap kenyataan yang dibuat oleh Si Ramasamy tu. Dan sekarang, kita tunggu apa pulak tindakan Polis.

    Maka persoalannya, berani ke pihak yang berkenaan nak ambik tindakan terhadap Si Ramasamy ni walaupun mereka mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian? Kalau setakat tau nak bagi arahan je pada orang lain, baik tak payah!!!

    Semut Hitam at Ahad, April 17, 2016

    ReplyDelete
  8. Allah htr zN ke msia dia dh islamkan 5 org... Tok peti....tok mufti....perdana menteri... Dshh dh islamkan berapa ramai....jk pm ...wsj imfo ada 4.2 bilion kt acc dia... Nk jaga islam kee nk jaga perot...sepatutnya kerajaan arab....raja arab beri sumbangan derma rm 2.6 bilion tuu pada zakir naik....dia yg layak dpt derma byk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elehhhhhhhhhh

      PAN Imayam pilih dan hormat siapa?

      A. Ramasamy DAP
      B. Zakir Naik

      Berpeluh Mat Sabu nak jawab soalan

      Delete
  9. Anon 5:07 PM,

    Sebenarnya ramai orang bukan Islam termasuk orang-orang professional telah memeluk agama Islam di negara ini dengan izin Allah melalui badan-badan dakwah Islam seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dll dan pelbagai media massa seperti TV AlHijrah dan Astro Oasis dll. Kedatangan Dr Zakir Naik dan program dakwah Islamnya ke negara ini telah membantu menambah bilangan saudara baru Islam. Alhamdulillah.

    Pelbagai program dakwah Islam melalui pelbagai media massa dan NGO Islam dan jabatan agama Islam dll oleh pelbagai ulama Islam telah memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman yang betul tentang Islam kepada umat Islam dan orang kafir dan mendorong sebahagian orang kafir memeluk Islam dengan izin Allah.

    Bilangan Mualaf Di Malaysia Lebih Ramai Daripada Catatan Rasmi

    BANGI, 25 Mei 2015 – Bilangan Mualaf atau Saudara Baru di Malaysia sebenarnya lebih besar daripada perangkaan rasmi Jabatan Agama Islam.

    Hasil penyelidikan oleh Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (JPDK), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati ramai mualaf tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam kerana beberapa sebab, kata Ketua Jabatan JPDK, Prof Madya Dr Razaleigh Muhamad@Kawangit.


    Sumber: http://www.ukm.my/news/Latest_News/bilangan-mualaf-di-malaysia-lebih-ramai-daripada-catatan-rasmi/

    ReplyDelete
  10. ya allah tuhan yang maha esa yang maha pengasih lagi maha penyayang kurniakanlah kesejahteraan pada negara kami dari sebarang bencana dan berikanlah hidayah kepada semua rakyat malaysia agar hidup dengan mengamalkan agama islam dari segala sudut kehidupan bukakanlah hati rakan2 kami yang belum islam agar menerima dan mengamalkan islam dan bantulah perjuang2 islam dalam usaha untuk menegakkan islam di negara ini sesungguhnya apalah daya kami hamba yang lemah melainkan dengan bantuanmu ya allah. ameeen

    ReplyDelete