Tidak gentar dikecam, gabenor Jakarta akui simpan banyak arak
JAKARTA: Tidak tunduk pada ejekan musuhnya di media sosial, gabenor Jakarta berterus terang beliau menghidangkan minuman keras untuk tetamu di rumahnya.
Basuki Tjahaja Purnama, yang popular dipanggil Ahok, mengaku menyimpan pelbagai jenis minuman beralkohol di dalam peti sejuk di rumahnya di Jakarta Utara.
Beliau menjawab kecaman pengguna Internet susulan tersebar foto-foto beliau menyediakan minuman keras untuk penggiat-penggiat media sosial ketika diundang ke rumahnya, Jumaat lalu.
Ahok, gabenor pertama berketurunan Cina dan beragama Kristian, sebelum ini pembantu Joko Widodo, atau Jokowi, kini presiden Indonesia.
Jelasnya lagi, minuman itu bukan untuk kegunaan sendiri tetapi untuk tetamu, termasuk warga asing, lapor portal akhbar berpengaruh Kompas kelmarin.
"Anda mahu wain, mahu bir, mahu sirap, mahu jus, peti ais saya penuh. Jadi, anda kalau mahu bir, mahu apa, silakan kalau datang bertamu di rumah saya," katanya kelmarin.
Arak Chivas Regal dikeluarkan pada tahun 1953 sempena pertabalan Queen Elizabeth II. Hanya terdapat 255 botol je kat dunia nie.
Mempertahankan hidangan itu, Ahok berkata bir yang banyak tersimpan di kediamannya jenama Anker, yang dikeluarkan PT Delta Jakarta, sahamnya turut dikuasai pentadbiran kota itu.
"Saya juga tahu [majlis itu] dirakam foto. Saya letak saja bir. Baguslah, mempromosi bir Anker," katanya lagi, mengulas kempen musuh politiknya, antaranya dengan label “teman mabuk”.
Namun beliau menegaskan tetamu-tetamunya tidak boleh mengambil alkohol berlebihan sehingga mabuk.
"Kalau anda mabuk, ya tentu saya akan tempeleng anda. Kalau cuma sebotol, silakan. Satu tin, silakan," katanya lagi.
Sementara itu, mengkritik majlis pada malam itu, bekas menteri sukan Roy Suryo berkata pertemuan itu melibatkan kira-kira 20 pendukung Ahok yang berpengaruh di media sosial.
Beliau membuat spekulasi penggiat media sosial itu sedang merancang strategi menjelang pemilihan gabenor Jakarta tahun depan, lapor OkeZone.com.
Namun Poltak Hotradero, yang turut hadir di majlis itu, tidak selesa dengan kritikan Roy Suryo.
"Saya minum bir, sementara Ahok minum susu. Roy Suryo menyatakan kita mabuk-mabuk dan beliau lapor kepada [badan pencegah rasuah] Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK).
“Jadi siapa yang cuba buat kacau?," jawabnya di Twitter, sehari selepas acara tersebut.
Ahok yang dulu popular kini menjadi sasaran serangan penentangnya dalam dua isu utama, tambakan laut untuk dijadikan 17 pulau buatan di pantai Jakarta Utara sejauh 32 kilometer.
Satu lagi, dakwaan rasuah melibatkan dirinya dalam pembelian tanah untuk projek hospital Sumber Waras di Jakarta Barat yang dikatakan merugikan wang negara.
Semalam gabenor itu memberikan keterangan, dan menyerahkan dokumen-dokumen projek tersebut, kepada KPK, badan bebas yang pernah juga dilanda kontroversi rasuah. (Antarapos)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkah Gabenor Jakarta, ibukota negara umat Islam terbesar di dunia menyimpan banyak arak untuk menyambut tetamunya? Apa pandangan anda?
3 comments:
ISU SEMASA:
Kita telah lihat bagaimana parti-parti kafir yang telah diundi dan disokong oleh umat Islam yang bersifat naif (naive) dalam PRU13 telah menindas umat Islam dan menafikan hak umat Islam sebagai penduduk majoriti negara ini untuk mengamalkan ajaran Islam. Bahkan pemimpin-pemimpin kafir telah berani mempertikai ajaran Islam dan menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini.
Pemimpin-pemimpin kafir telah menunjukkan kebiadapan mereka terhadap umat Islam dan agama Islam apabila mereka cuba menghalang Dr Zakir dari melaksanakan program dakwah Islam untuk umat Islam. Bahkan seekor iblis telah menfitnah dan menghina Dr Zakir dan memberi gelaran 'satan' kepada ulama Islam yang terkenal di seluruh dunia tersebut kerana iblis itu amat bencikan kebaikan dan amat cintakan kemungkaran dan kesesatan.
Kita amat bersetuju dengan kenyataan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM):
PUM kesal dengan tindakan segelintir pihak di negara ini yang cuba menimbulkan polemik mengenai kehadiran Dr Zakir Naik tokoh pendakwah antarabangsa yang merupakan tokoh Maal Hijrah Kebangsaan (Malaysia) 2013.
Pihak yang cuba menimbulkan ketegangan dan keresahan masyarakat itu sepatutnya disiasat kerana telah menyebabkan rakyat tidak tenteram.
Umum mengetahui metod dakwah Dr Zakir Naik yang sentiasa menggunakan hikmah dan rasional dalam berbicara.
Adalah satu tuduhan liar untuk mengatakan Dr Zakir Naik mengancam ketenteraman serta melabelkan beliau dengan gelaran yang tidak selayaknya; sedangkan golongan yang menuduh beliau itulah sebenarnya yang cuba mengancam ketenteraman rakyat.
Oleh itu PUM meminta pihak keselamatan untuk menyiasat golongan yang cuba menimbulkan polemik ini kerana mereka jelas tidak menghormati prinsip perlembagaan Malaysia.
PERSOALAN UNTUK DIFIKIRKAN:
ADAKAH WAJAR UMAT ISLAM MENGUNDI DAN MELANTIK ORANG KAFIR MENJADI PEMIMPIN BAGI UMAT ISLAM? CUBA FIKIR BERDASARKAN AJARAN ISLAM:
(1) Umat Islam wajib mentaati Allah dan RasulNya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya)."(Al-Anfaal 8:20)
(2) Sesungguhnya Allah telah memberitahu kita di dalam Al-Qur'an bahawa orang-orang kafir tidak pernah redha terhadap umat Islam:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."(Al-Baqarah 2:120)
(3) Sesungguhnya Allah dan RasulNya melarang umat Islam mengundi orang-orang kafir menjadi pemimpin bagi umat Islam:
"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."
(A-li'Imraan 3:28)
BERDASARKAN FIRMAN-FIRMAN ALLAH TERSEBUT DI ATAS, ALLAH DAN RASULNYA AMAT JELAS MELARANG UMAT ISLAM MENGUNDI DAN MELANTIK ORANG KAFIR MENJADI PEMIMPIN UMAT ISLAM.
Golongan liberal menyokong orang-orang kafir seperti Basuki Tjahaja Purnama@Ahok menjadi pemimpin bagi umat Islam. Golongan liberal menghalalkan semua kemungkaran dan kesesatan melalui pelbagai bentuk kebebasan seperti kebebasan untuk murtad, kebebasan untuk berzina, minum arak, berjudi, kebebasan untuk LGBT dll.
Sesungguhnya golongan liberal adalah musang berbulu ayam @ pengkhianat @ munafik yang cuba memusnahkan Islam dari dalam. Mereka bekerjasama dengan musuh Islam untuk memusnahkan Islam dan menyesatkan umat Islam.
kembali kepada islam yg sebenar umat islam wajib tentang pemimpin kafir dari jadi pemimpin kerana dah terbukti mereka akan bersatu menentang Islam.
Post a Comment