PENGGUNA
Kini timbul pula “ayam terapi Al Quran” sehingga boleh dijual RM14 untuk satu kg berbanding harga biasa RM7 per kg.
Menurut laporan Harian Metro, ayam terapi dijual sekitar ibu kota serta dipromosikan di media sosial.
“Selepas semua ayam ini siap disembelih dan dibersihkan, kita akan simpan dalam bilik sejuk beku dan ketika ini, ayam berkenaan akan melalui proses terapi dengan alunan bacaan ayat al-Quran dan ruqyah,” kata salah seorang peniaga dipetik HM.
“Ruqyah” merupakan istilah digunakan untuk perubatan alternatif berunsur Islam, antaranya menggunakan ayat al-Quran.
Peniaga ayam terapi tersebut turut mendakwa bahawa elemen ruqyah ayam tersebut boleh mencegah bala dan penyakit.
“Tujuan kita adalah untuk menyelesaikan masalah umat Islam yang sering berdepan dengan unsur syubhah dalam pemakanan dan kita cuba membantu dengan cara yang lebih Islamik,” tambah peniaga tersebut.
Laporan itu juga menyebut, ayam tersebut juga akan menggunakan bahan makanan terkawal dan tidak mengandungi sisa haiwan lain.
Selepas ayam disembelih dengan “semula jadi”, organ dalamannya akan diasingkan sebelum ayam dicelur untuk proses pembersihan.
“Tindakan peniaga yang menggunakan promosi agama semata-mata untuk melariskan perniagaan bertentangan dengan prinsip Islam. Keadaan ini boleh menimbulkan unsur penipuan serta terdapat pihak yang mengambil kesempatan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin kepada HM lagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maka berkatalah Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Serbuk pencuci pun dibacakan 30 juzuk al-Quran – Dr Maza) menyuarakan kebimbangannya terhadap produk-produk di pasaran yang menggunakan agama bagi tujuan melariskan jualan.
Katanya, tindakan itu boleh menyebabkan pandangan umat Islam menjadi sempit selain terlalu bergantung kepada produk seumpamanya.
“Sebagai contoh jika syarikat itu menjual air, orang ramai difahamkan seolah-olah air itu mempunyai kelebihan untuk tujuan perubatan sehingga dijual dengan harga yang mahal, akhirnya orang Islam bergantung kepada air itu kerana mereka faham apa sahaja yang berkait dengan agama adalah betul.
“Agama jadi permainan yang tak munasabah, sebelum ini saya dengar serbuk pencuci pun dibacakan 30 juzuk al-Quran, begitu juga dengan makanan sunnah seperti kurma dan kismis, jangan mendakwa kurma edaran merekalah yang pernah dimakan oleh Nabi Muhammad,” katanya.
Dr Asri berkata, ustaz yang ada juga seharusnya mengelak daripada menjadi duta mengkomersialkan produk tersebut.
“Kita tidak mahu masyarakat cuba menjadikan Islam begitu sempit sebagai contoh perubatan Islam hanya jampi, kismis, sedangkan hospital juga merupakan perubatan Islam.
“Saya tidak nafikan ada jampi dalam Islam tapi ada caranya, jika nak jampi dari orang yang tak pandai kepada pandai, yang jahat jadi baik, itu tak dapat diterima.
yE, KE??“Agama jadi permainan yang tak munasabah, sebelum ini saya dengar serbuk pencuci pun dibacakan 30 juzuk al-Quran, begitu juga dengan makanan sunnah seperti kurma dan kismis, jangan mendakwa kurma edaran merekalah yang pernah dimakan oleh Nabi Muhammad,” katanya.
Dr Asri berkata, ustaz yang ada juga seharusnya mengelak daripada menjadi duta mengkomersialkan produk tersebut.
“Kita tidak mahu masyarakat cuba menjadikan Islam begitu sempit sebagai contoh perubatan Islam hanya jampi, kismis, sedangkan hospital juga merupakan perubatan Islam.
“Saya tidak nafikan ada jampi dalam Islam tapi ada caranya, jika nak jampi dari orang yang tak pandai kepada pandai, yang jahat jadi baik, itu tak dapat diterima.
Ayam hijrah ialah
1.ayam yang diterapi al-Quran..
2. diproses mematuhi syariah 100%
3. konsep proses 9P P1. Pemilihan ayam Terbaik.. P2.
Peringatan untuk golongan orang yang menggadai agama untuk kepentingan dunia
ReplyDeleteManusia biadab dan tidak bermoral sanggup menjual agama untuk mengumpul kekayaan untuk merekanya sendiri. Mereka memutar belitkan ajaran Islam dan dalil dan nas untuk menipu orang ramai dan mengenakan kadar bayaran tahap lintah darat pada manusia yang memerlukan perkhidmatan atau produk mereka.
Maka kita tidak merasa hairan melihat manusia tamak mengenakan bayaran tahap lintah darat untuk mengajar Al-Qur'an, menguruskan jenazah atau membaca Al-Qur'an atau bacaan Talkin di tanah perkuburan pesakit yang memerlukan rawatan Islam atau memberi ceramah agama Islam! Golongan inilah di antara manusia-manusia tidak bermoral yang memberikan gambaran buruk kepada Islam dan umat islam.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia”(Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Pada akhir zaman ini, kita melihat Islam diekspoitasikan. Jika nak cari yang sokong ambil upah memang ada, seperti mana ustaz yang kaki hisap rokok tentu menyatakan rokok makruh, walaupun seluruh fatwa antarabangsa; ulama dan para pakar kesihatan menyatakan ia haram.
Rasulullah saw. bersabda maksudnya: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. (Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).
Memang dah terlalu ramai sekarang ni manusia2 yang berpura-pura sebagai Ustaz & Alim Ulamak. Ujudkan perubatan berkonsep Islam tapi beri ubatan yang sama taraf dengan yang dijual di pasar malam. Berhujjah dengan bersandarkan Quran dan Hadith untuk meyakinkan pelanggan padahal mereka sendiri bersikap Munafiq. Golongan ini sama saja tarafnya dengan Ibrahim Mat Zain dan Bomoh2 Temberang SeMalaysia
ReplyDeleteApa nak heran? Parti yang konon Islam pun biasa jual ugama macam ni. Yang tidur mimpi jumpa Nabi pun ada jugak. Yang buat air "magic" untuk pelajar sekolah nak duduk peperiksaan pun bersepah kat luar tu. Macam2 ada...lepas tu ambil untung menipu orang.
ReplyDeleteParti Islam telah menjadikan Islam sebagai matlamat perjuangan parti Islam sejak dari penubuhan parti Islam tersebut dan kita dapati ulama-ulama Islam dan pemimpin parti Islam tersebut masih berusaha melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah dan menjadikan Islam sebagai cara hidup umat islam di negara ini dari dulu, kini dan selamanya.
ReplyDeleteMusuh-musuh Islam amat benci melihat parti Islam berusaha melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah maka kita tidak merasa hairan melihat musuh-musuh Islam dan barua-barua mereka mencipta pelbagai fitnah untuk menfitnah dan menghina ulama-ulama Islam dan pemimpin parti Islam.
Mengapa sebilangan manusia mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi pada masa yang sama mereka menganut ajaran sesat sekularisme, liberalisme dan pluralisme yang sesat dan menyesatkan dan mendewa-dewakan pemimpin-pemimpin kafir yang memusuhi Allah dan RasulNya? Bukankah itu bererti mereka adalah munafik?
Sepatutnya kita yang mendakwa diri kita beragama Islam menyokong parti Islam mencapai matlamat perjuangan Islam melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah untuk membela hak rakyat dan negara kita diberkati Allah. Selama ini kita telah melihat pemimpin-pemimpin sekular telah gagal membela hak rakyat!
Memperdagangkan agama lebih bahaya drp memperdagangkan manusia
ReplyDeleteAnon 307....apa? Parti Islam melaksanakan ajaran Islam? Ko dah gila ke bhai? Ke dah memang sejak azali bodoh macam baghal?
ReplyDeleteIslam ngajar ke jual ugama? Islam ajar mencarut ke? Islam ajar memfitnah ke?
Sedara...jangan jadi bangang. Cuma menipu diri sendiri je...
Anon 2:43 PM menulis komen yang mengandungi maki hamun dan fitnah jelas menunjukkan Anon 2:43 PM adalah makhluk yang amat tidak bermoral. Maka kita ingin bertanya Anon 2:43 PM beberapa soalan:
ReplyDeleteIslam ngajar ke jual ugama?
Islam ajar mencarut ke?
Islam ajar memfitnah ke?
Makhluk hipokrit tidak bermoral seperti Anon 2:43 PM memberi gambaran buruk kepada Islam dan umat Islam sedangkan agama Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan diredhai oleh Allah.
Anon 2:43 PM adalah penjilat kaki sifu-sifu roket yang suka menghina ajaran Islam dan hukum Allah maka kita semua tidak merasa hairan melihat Anon 2:43 PM menghina ulama-ulama Islam yang berusaha menegakkan ajaran Islam dan hukum Allah.
ReplyDeleteMungkin sekarang Anon 2:43 PM sedang menikmati daging babi salai bersama sifu-sifunya!