Saturday, April 16, 2016

Baru Teman, Artis Rock Sudah Teraniaya Dipukul? Kembalilah!

SHAZIA Mohd Rozaini ketika menjalin hubungan dengan kekasih yang juga seorang penyanyi rock terkenal.

HALAMAN HIBURAN
SEORANG penyanyi rock terkenal dilaporkan ditahan polis seketika selepas bertindak memukul teman wanitanya, pada bulan lalu. Perkara tersebut didedahkan oleh wanita berkenaan, Shazia Mohd. Rozaini, 23, yang juga merupakan ahli kumpulan ZiaBella.
Untitled
Menurut Shazia atau lebih mesra dengan panggilan Zia, tindakan lelaki itu memukulnya memaksa dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya. 
“Benar, dia memukul saya dengan teruk. Saya sudah tidak boleh menerima keadaan ini, menyebabkan saya membuat laporan polis.
“Dia juga ditahan seketika. Bagaimanapun, dia dilepaskan dengan syarat dirinya tidak boleh lagi dekat dengan saya ataupun keluarga.
“Dia juga takkan ada sebarang kaitan lagi dengan saya. Jika tidak, kes ini akan di bawa ke mahkamah,” katanya kepada BH Online.
Tambah Zia lagi, kejadian dipukul ini bukanlah kali pertama yang berlaku terhadap dirinya namun dia enggan bercerita lanjut kerana kes ini masih dalam siasatan polis. Pada yang sama, Zia yang popular menerusi lagu Unfollow Hatiku bersama kumpulan Ziabella, mengakui tidak menyangka hubungan cinta yang terjalin lebih sembilan tahun itu musnah tetapi dia percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.

Sementara itu, penyanyi rock berkenaan dikatakan enggan memberi sebarang komen berhubung kes tersebut.
Sumber: Berita Harian

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kalau betul ceritanya, baru jadi teman wanita artis rock itu sudah teraniaya? Belum lagi jadi isteri? Tiada hubungan keluarga, masih bukan muhrim. Tiada hubungan apa-apa bagai mana boleh berkuasa sampai begitu..
  • 'dia memukul saya dengan teruk'.
  • 'tidak boleh lagi dekat dengan saya ataupun keluarga'
  • 'takkan ada sebarang kaitan lagi dengan saya'
  • 'tidak menyangka hubungan cinta yang terjalin lebih sembilan tahun itu musnah'
Ikut peraturan mana sampai 'teman lelaki' boleh berkuasa begitu, lebih dari kuasa ibubapa atau kaum kerabat? Peraturan agama mana yang mereka pakai?

Maka kembalilah kepada peraturan Islam, ikut Islam sepenuhnya dalam sistem kekeluargaan, Allah janjikan selamat, di dunia dan di akhirat! (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

4 comments:

Anonymous said...

Parti masih baru, miktofon sudah dibaling atas pentas. Rockers tu abang Mat. By the way awat Abang Mat tak tegur Ramasamy. Takkan takut kut

Anonymous said...

Baru Buat Kerjasama, Kepimpinan Sudah Teraniaya berkelahi? Kembalilah

Peserta Forum Pakatan Harapan Hentam Tun Mahathir
APRIL 15, 2016

AIDCNews – 15/4/16 – Seorang peserta forum di Shah Alam semalam tampil mengkritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sesi soal jawab forum mengenai laporan PAC terhadap 1MDB anjuran Pakatan Harapan itu, peserta berkenaan berkata Perdana Menteri yang sedia ada sekarang ini adalah warisan Tun Mahathir.

Menurutnya polisi yang diguna pakai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah polisi yang sama yang pernah dipraktikkan oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Saya tahu saya datang sini saya (akan) kena hentam. Saya berjaga-jaga bila saya bercakap tadi. Ada banyak benda saya nak kata tapi saya tak kata.

“Kerana kalau saya kata, banyak orang tak seronok. Walaupun ada orang lain yang seronok.

“Untuk mendapat sokongan ramai, kita perkecilkan matlamat ataupun perjuangan kita kepada yang boleh diterima oleh semua, dengan itu kita akan berjaya.

“Kalau bangkit soal saya nak itu, saya nak ini, sorry lah, ita akan gagal,” jawab Tun Mahathir kepada lebih kurang 500 hadirin forum.


Seorang peserta lain pula menuntut Tun Mahathir menyatakan pendirian jelas berkenaan Anwar Ibrahim.

Peserta berkenaan menuntut Tun Mahathir membuat satu ‘deklarasi khas’ yang menyatakan bahawa tuduhan bekas perdana menteri terhadap Anwar pada tahun 1988 adalah salah.

“Saya adalah manusia biasa yang tak sunyi dari kesalahan.

“Kalau kita nak buat keputusan tentang Anwar …, hasilnya kita akan berpecah, “jawab Tun Mahathir.


Malaysiakini melaporkan jawapan Tun Mahathir itu sebagai mengelak diri daripada menjawab persoalan Anwar.

“Isnin lalu, Mahathir dipetik dalam temu bual dengan The Australian sebagai berkata bahawa beliau percaya Anwar kini terlalu tua untuk menjadi perdana menteri.

“Beliau juga mengekalkan keputusannya untuk memecat bekas timbalannya itu pada tahun 1998, dengan mengatakan Anwar sebagai “tidak bermoral”,”lapornya.

Selain Tun Mahathir, turut menjadi ahli panel forum berkenaan adalah Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Tony Pua (Setiausaha Publisiti DAP), Rafizi Ramli (Setiausaha Agung PKR), Khalid Samad (Pengarah Komunikasi PAN) dan Cynthia Gabriel (Pengarah Eksekutif pemantau anti rasuah- C4).

Anonymous said...

Ramasamy DAP dah mohon maaf kerrrr

Anonymous said...

PKR Tidak Mahu Mahathir Tentukan Siap PM

APRIL 15, 2016
AIDCNEWS

PETALING JAYA: PKR tidak mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menentukan hala tuju pentadbiran negara, termasuk memutuskan pemimpin yang akan menjadi Perdana Menteri.

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang mahu lebih banyak suara rakyat Malaysia dalam memilih ketua kerajaan.

“Kita tidak mahu mantan diktator (Dr Mahathir) atau diktator terkini (Datuk Seri Najib Razak) menentukan hala tuju masa depan Malaysia.

“Maka, sebab itu saya minta lebih ramai rakyat untuk lebih aktif untuk memastikan diri mereka diwakili dalam pelbagai forum, termasuk Deklarasi Selamatkan Malaysia,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, usaha menggantikan Najib selaku Perdana Menteri akan menjadi sia-sia, sekiranya sistem politik sedia ada dikekalkan.

Katanya, sistem politik negara yang disifatkan bejat itu adalah warisan pentadbiran Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

“Bila sistemnya masih sama, penggantinya takkan mampu mengubah kebejatan yang wujud. Apa bezanya kalau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri?

“Saya lihat yang kita mahu bukan sahaja tukar Perdana Menteri, tetapi menukar sistem yang kita warisi daripada Dr Mahathir,” katanya.

Nurul Izzah berkata, beliau kekal dengan matlamatnya untuk mengubah institusi dan mendidik rakyat Malaysia meneruskan usaha itu – FMT

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails