Saturday, April 16, 2016

Batalkan Rancangan Debat Rahman VS Guan Eng. -K/Polis Negara.


Kalau ikut rancangan terkini debat antara Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sudah set untuk disiarkan secara langsung di TV3 pada 19 April ini.
Memang ramai yang tertunggu-tunggu untuk dengar sendiri hujah kedua mereka mengenai isu tanah kontroversi Taman Manggis dan banglo ‘murah’ Guan Eng yang mencuri perhatian ramai.
Namun dicelah itu ada polimek samaada wajar atau tidak wajar debat itu diadakan.
Ada yang rasa ia harus diadakan untuk membolehkan orangramai menilai sendiri siapa betul siapa salah.
Sebaliknya ada yang rasa isu ini melibatkan dakwaan salah laku dalam urus tabir serta rasuah maka ia harus ditangani secara langsung menerusi siasatan penguatkuasa undang-undang yakni Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mereka berpendapat debat itu tidak akan bawa ke mana dan sebaliknya proses undang-undang hanya boleh diambil menerusi siasatan rasmi SRPM atau PDRM dan kemudiannya ke Jabatan Peguam Negara jika ada pendakwaan hendak dibuat.
Jumaat malam,Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri bersuara menerusi twitter beliau mengenai isu ini.
Dalam tiga rangkaian twitter,katanya beliau bersetuju dengan SPRM agar debat antara Rahman VS Guan Eng dibatalkan.
Katanya debat ini boleh akibatkan prejudis atas saksi dan kes.
Khalid memberitahu siasatan polis keatas kes ini masih berjalan dan saksi-saksi utama termasuk Guan Eng belum lagi dipanggil.
Menurutnya jika Rahman ada bukti lanjut serahkan secepat mungkin kepada SPRM atau PDRM untuk disiasat.
Ketua Polis Negara juga minta semua stesen televisyen hentikan rancangan nak siar debat itu sebelum kes selesai.- 16/4/2016
Sudah set... debat Rahman-Guan Eng live di TV3 19 April
   Debat antara Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Setiausaha Agung DAp Lim Guan Eng sudah set untuk disiarkan secara langsung di TV3 pada 19 April ini. Hanya tinggal hendak tentukan siapa moderator dan format debat yang akan diadakan itu.
Wakil Guan Eng, Anthony Loke berkata beberapa pegawai Rahman memberitahunya bahawa mereka telah membincangkan mengenai perkara itu dengan TV3 dan menetapkan tarikh 19 April ini untuk debat diadakan.
"Kami bersetuju dengan tarikh itu tetapi menetapkan syarat bahawa debat perlu disiarkan secara langsung," kata Loke, menyatakan bahawa TV3 telah menawarkan untuk menjadi tuan rumah kepada perbahasan itu pada slot waktu perdana di studionya, pukul 9 malam.
"Satu-satunya perkara yang kita belum bincang ialah tentang siapa yang akan menjadi moderator dan juga format perbahasan," katanya.
Beliau menambah, sekurang-kurangnya slot masa satu jam diperlukan untuk menjawab semua soalan, sambil menambah ia akan menjadi baik jika lebih banyak masa boleh diperuntukkan.-13/4/2016
(AD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails