Friday, April 08, 2016

Boleh, Pelajar Lelaki Tidak Jabat Tangan Dengan Guru Wanita..



GENEVA – Sebuah sekolah awam yang terletak di Therwil, utara Switzerland mencipta sejarah tersendiri apabila membenarkan pelajar-pelajar lelaki untuk tidak berjabat tangan dengan guru perempuan.

Keputusan itu dibuat ekoran ada pelajarnya Muslim menyuarakan pandangan bahawa adat berjabat tangan yang diamalkan masyarakat Swiss bertentangan dengan ajaran agama terutama sekali apabila guru terbabit adalah wanita.

Kumpulan pelajar terbabit yang berusia 14 dan 15 tahun itu menjelaskan bahawa Islam melarang bersentuhan kulit dengan individu berlainan jantina kecuali anggota keluarga terdekat sahaja.

Menurut Monika Wiss, jurucakap Lembaga Pendidikan Therwil, pihaknya tidak akan masuk campur dalam urusan itu kerana menjadi tanggung jawab pihak sekolah untuk menentukan sendiri perkara tersebut.

Keputusan itu mencetuskan kemarahan netizen Switzerland. Ketua Suruhanjaya Parlimen Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Felix Mueri menegaskan bahawa berjabat tangan merupakan budaya penduduk Switzerland.

“Perbuatan itu (berjabat tangan) melambangkan rasa hormat dan sopan santun,” jelasnya kepada portal 20Minuten. 

Sementara itu pula, Christoph Eymann yang mengetuai Persidangan Menteri Pendidikan Cantonal Switzerland berkata: “Pengecualian terhadap peraturan itu bukanlah satu penyelesaian”.

“Kami tidak boleh membiarkan sama sekali golongan wanita dalam perkhidmatan awam diberi layanan berbeza dari lelaki,” katanya kepada sebuah stesen televisyen tempatan.

Persekutuan Pertubuhan Islam di Switzerland (FIOS) bagaimanapun menegaskan bahawa berjabat tangan antara lelaki dan wanita diharuskan mengikut sesetengah pandangan dan biasa diamalkan di beberapa negara Islam. (IH) 

1 comment:

Anonymous said...


Sebahagian pemimpin sekular dan barua-barua sekular mendakwa mereka beragama Islam tetapi mereka bersekongkol dengan musuh-musuh Islam menentang ulama-ulama Islam, ajaran Islam dan hukum Allah. Bahkan mereka menggunakan pelbagai undang-undang sekular untuk menindas dan menzalimi ulama Islam, parti Islam dan umat Islam yang berusaha melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah:

Allah telah berfirman:

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).

Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).

(Al-Baqarah 2:8-18)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails