Monday, April 11, 2016

Ceramah Dr Zakir Naik Di UTeM 17 April Ini Dibatalkan. K'jaan Tidak Demokratik?


KUALA LUMPUR: Penceramah agama terkenal dunia, Dr Zakir Naik, yang dijadualkan akan memberikan ucapan dan ceramah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 17 April ini terpaksa dibatalkan, Lapor Astro Awani.

Ketua Polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan arahan pembatalan itu kerana menurutnya pihak polis merasakan majlis itu tidak boleh diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

Arahan berkenaan turut dimuatnaik oleh Khalid di laman Twitternya.


KUALA LUMPUR: Penceramah agama terkenal dunia, Dr Zakir Naik, yang dijadualkan akan memberikan ucapan dan ceramah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 17 April ini terpaksa dibatalkan, Lapor Astro Awani.

Ketua Polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan arahan pembatalan itu kerana menurutnya pihak polis merasakan majlis itu tidak boleh diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

Arahan berkenaan turut dimuatnaik oleh Khalid di laman Twitternya.


Dr Zakir yang memiliki penilaian kritis dalam soal perbandingan agama, dijangka menyampaikan ceramah berjudul ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam) di UteM.

Sebelum ini Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) telah meminta pihak berkuasa untuk menghalang Tokoh perbandingan agama ini datang ke Malaysia kerana kata mereka Dr Zakir Naik adalah virus kepada masyarakat berbilang kaum.

Selain itu, Pemuda MIC Malaysia telah membuat laporan polis di seluruh negara untuk menghalang Dr Zakir daripada menyampaikan ceramahnya di Malaysia.

Selain itu, menurut Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh, mereka juga kini mempertimbang untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi tujuan itu.

“Zakir Naik 
terkenal dengan taktik merendah-rendahkan agama lain yang mungkin mencetus rasa kurang senang tanpa mengambil kira sensitiviti pihak lain,” ujarnya.

Semalam, Dr Zakir Naik telah menghadiri ceramah di Terengganu dengan menyampaikan ceramah bertajuk 'The Importance of Unity Among Muslim Ummah' di Stadium Tertutup Gong Badak yang dihadikir kira-kira 30,000 orang.


Belum dibuktikan dimana salahnya, telah diharamkan, di mana demokratiknnya Malaysia? (IH)

Lihat sebelum ini..
1 hari yang lalu ... SIAPA yang tidak kenal DrZakir Naik? Seorang ulama India, penulis dan da'i ahli perbandingan agama yang kerap menyampaikan dakwah ...
www.ibnuhasyim.com
21 jam yang lalu ... APA motif hindraf menentang kehadiran Dr zakir naik ke Malaysia kalau bukan ... antara Hindraf dengan Dr Zaki Naik, atau PAS dengan DAP!
www.ibnuhasyim.com
28 Feb 2016 ... Ceramah Dr Zakir Naik selalu memukau ramai orang. Tak heran, beribu-ribu orang menghadiri ceramah-ceramahnya. Bukan hanya umat ...
www.ibnuhasyim.com
4 Mac 2015 ... Dr.Zakir Naik, president of the Islamic Research Foundation of India, mendapat anugerah King Faisal International Prize (KFIP) untuk kategori ...
www.ibnuhasyim.com
13 Feb 2016 ... Dr Zakir Naik memberikan keterangan yang menarik soal LGBT ini. Dr Zakir memberi respons kepada satu soalan yang dilontarkan salah ...
www.ibnuhasyim.com
1 hari yang lalu ... Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin atas tindakan Hindraf membantah kehadiran penceramah agama luar negara Dr.Zakir Naik di negara ini.
www.ibnuhasyim.com


2 comments:

Anonymous said...


Nagara-negara asing termasuklah negara umat Islam dan negara kafir telah membenarkan Dr Zakir Naik memberi ceramah Islam dan berdialog dan berbahas dengan orang-orang kafir dan tokoh-tokoh kafir secara terbuka supaya orang ramai boleh menilai Islam dan Muslim tulen. Dan ceramah-ceramah Dr Zakir Naik telah berjaya meningkatkan kefahaman umat Islam dan orang kafir terhadap agama Islam dan tidak pernah menimbulkan rusuhan kaum dll.

Mengapa kerajaan BN menggunakan isu keselamatan untuk menghalang ceramah Dr Zakir Naik? Adakah pemimpin-pemimpin kafir merasa bimbang ceramah Dr Zakir Naik akan menyebabkan orang-orang kafir akan mendapat penerangan yang jelas tentang Islam dan berminat untuk memeluk agama Islam?

Wahai umat Islam, kita telah melihat bagaimana pemimpin-pemimpin kafir yang mewakili parti-parti kafir telah menfitnah dan menghalang Dr Zakir dari memberi ceramah Islam kepada umat Islam di negara ini.

Sesungguhnya Allah telah memberitahu kita di dalam Al-Qur'an bahawa orang-orang kafir tidak pernah redha terhadap umat Islam:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."(Al-Baqarah 2:120)

Marilah kita semua memulaukan parti-parti kafir tersebut supaya semua parti kafir tersebut kalah teruk dalam PRU14! Marilah kita semua bersatu menyokong dan mengundi parti Islam untuk menubuhkan kerajaan Islam yang membela umat Islam dan agama Islam.





Anonymous said...

insyallah moga allah merahmati perjuangan kita untuk menegakkan negara islam di malaysia. wahai org pan masihkah kamu tidak dapat petunjuk lagi siapa sebenar dap yg berselindung disebalik kata2 manis. bersatulah kita tumbangkan kerajaan zalim bn dan belalah umat islam yang tertindas. hanya desakan dari hindraf dan dap ketua polis negara takut tapi bila islam dihina beribu2 laporan polis apa tindakan polis. kembalilah pada islam takutlah pada allah wahai kpn.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails