Tuesday, April 19, 2016

Cium Penyanyi Gay, Akan Sampaikah Penyakit Ini Ke M'sia?

ricky

Adakah lu sanggup menghabiskan wang sebanyak RM351,000 semata-mata untuk mencium penyanyi gay, Ricky Martin?  

Wanita ini, Ana Paola Diniz sanggup berbuat demikian malah dia telah membuat bidaan paling tinggi dalam satu majlis amal untuk AIDS dan membolehkannya mencium penyanyi pujaannya.

Ricky, yang ketika ini sedang berpacaran dengan artis Syria, Jwan Yosef, telah membuktikan bahawa Ana mendapat nilai wang berkenaan dengan membalas ciuman wanita berkenaan dengan ghairah.

“Saya tahu saya menjadi tarikan lelaki dan perempuan, kita semua hanya manusia biasa dan mempunyai keperluan seksual serta emosi,” katanya. 

Ricky telah mengumumkan bahawa dia seorang gay pada 2010 dan pada 2014, Ricky menyatakan dia berasa lega kerana dapat berkongsi berita berkenaan. Penyanyi berkenaan mempunyai dua anak kembar, Matteo dan Valentino yang dilahirkan oleh seorang ibu tumpang pada 2008. 

Ketika itu Ricky berpacaran dengan teman lelakinya, Carlos Gonzalez Abella tetapi hubungan itu berakhir pada Januari 2014.


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Adakah penyakit gay atau LBGT akan atau telah merebak diimport masuk ke negara ini? 

LGBT atau GLBT adalah singkatan daripada "lesbian, gay, biseksual, dan transgender". Istilah ini digunakan semenjak tahun 1990-an dan menggantikan frasa "komuniti gay", kerana istilah ini lebih mewakili kumpulan-kumpulan yang telah disenaraikan.

Akronim ini dibuat dengan tujuan untuk menekankan kepelbagaian "budaya yang berdasarkan identiti seksualiti dan gender". Kadang-kadang istilah LGBT digunakan untuk semua orang yang tidak heteroseksual, bukan hanya homoseksual, biseksual, atau transgender.  

Istilah LGBT sangat banyak digunakan untuk penunjukan diri. Istilah ini juga digunakan oleh majoriti komuniti dan media yang berasaskan identiti seksualiti dan gender di Amerika Syarikat dan beberapa negara berbahasa Inggeris yang lain.

Gerakan itu tidak akan dapat masuk, kalau di negara itu melaksanakan perundangan Islam sepenuhnya. Ia akan mudah masuk dalam negara yang sekular seperti Malaysia, Eropah atau sosialis komunis. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Lagi kejahatan PAN Imayam di Petik dari dari Ismaweb. Apa ka jadah LBGT pun wokey

http://www.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?

Draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof, sebagaimana dilaporkan oleh portal media liberal Malaysiakini.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada Datuk Dr Mujahid kerana draf rang undang-undang ini tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT.

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.

Kita bersetuju bahawa tidak boleh melakukan diskriminasi berdasarkan jantina tetapi kita bertanya di bawah gender apakah dan dalam jantina apakah terletaknya orientasi seksual LGBT? Lelaki atau perempuan? Atau ada jantina lain di sisi Dr Mujahid? Ia adalah rahsia yang terbuka bahawa LGBT bukanlah jantina. Lelaki dan perempuan ialah jantina tetapi LGBT bukan jantina. LGBT tidak lain hanyalah perlakuan sumbang yang didasarkan oleh kemahuan hawa nafsu manusia semata. Lalu mengapa ada kumpulan bersungguh-sungguh berjuang agar masyarakat dunia menerima dan mengiktiraf LGBT sebagai jantina selain lelaki dan perempuan? Tidak lain hanyalah untuk menghalalkan kemahuan nafsu serakah mereka sahaja agar tidak lagi menjadi kesalahan di sisi undang-undang dan tidak lagi dipandang jelek oleh masyarakat yang bertamadun.

Sebagai pejuang Islam rahmatan lil ‘alamin yang gigih berdialog dengan orang bukan Islam, Dr Mujahid sepatutnya telah lama jelas perbezaan antara sibghah Allah (acuan Islam) dengan acuan Barat, antara hak asasi manusia tajaan Barat yang kafir dengan hak asasi manusia yang telah digariskan sendiri oleh Allah swt dan antara pandangan alam Barat dengan pandangan alam Islam. Manusia kafir mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan logik akal semata tetapi manusia muslim mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan wahyu Ilahi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails