Tuesday, April 12, 2016

Isu Dr Zakir Naik, Apa Kata PAS & MUIS..



Desak Beri Hak Berceramah Kepada Dr Zakir Naik

Kenyataan Media 

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyarankan Hindraf, MIC dan DAP menghantar wakil mereka ke ceramah-ceramah yang disampaikan oleh penceramah Islam, Dr Zakir Naik, sekiranya benar tuduhan mereka ceramah penceramah itu menghina agama lain. Sekiranya selepas wakil mereka menghadiri ceramah-ceramah yang disampaikan, terbukti ada ungkapan menghina tuhan agama lain, PPP bersedia menyampaikan teguran kepada penceramah tersohor itu.

Sepanjang penglibatan Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah di seluruh dunia, PPP melihat apa yang cuba diutarakan oleh beliau ialah argumen-argumen berdasarkan nas, akal dan hujah saintifik tentang kebenaran Islam dan membuat perbandingan dengan ajaran agama-agama lain. PPP melihat tiada kata-kata menghina terhadap tuhan agama lain, apalagi kata-kata menghina amalan para penganut mereka.

Gaya penyampaian Dr Zakir Naik adalah bersifat akademik dan menjadi kebiasaan ia turut dilakukan oleh penceramah-penceramah agama lain dalam meyakinkan penganut-penganut agama masing-masing. Bagaimanapun dalam konteks Malaysia, yang membezakan ialah dakwah Islam boleh dilakukan secara terbuka, manakala penceramah-penceramah agama lain hanya menyampaikan gaya ceramah seumpamanya dalam ruang lingkup mereka.

Sekali lagi PPP menyeru semua pihak untuk menghormati Islam sebagai agama Persekutuan, sebagaimana pihak Islam menghormati hak kebebasan agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing. PPP juga konsisten menyeru supaya keharmonian antara agama di Malaysia dipelihara, justeru penghinaan kepada tuhan yang disembah oleh penganut-penganut agama lain sememangnya dilarang oleh Islam.

Sehubungan dengan itu juga, PPP mendesak Ketua Polis Negara, menarik balik larangan ceramah Dr Zakir Naik khususnya di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), kerana ia sebahagian program akademik yang tidak wajar dikongkong. Malah tajuk ceramah Dr Zakir Naik di universiti itu, "Similarities between Hinduism and Islam", adalah tajuk yang cukup harmoni dan diyakini tidak menimbulkan perpecahan seperti yang dibimbangkan.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
BANGI, Isnin – Majlis Ulama Isma (MUIS) berpendapat tindakan pihak tertentu mencerca dan menentang kehadiran Dr Zakir Naik di Malaysia, sebenarnya bukan ditujukan kepada pendakwah terkemuka itu.

Sebaliknya, Pengerusi MUIS, Prof Madya Dr Aznan Hasan, berkata penentangan yang sebenar adalah terhadap usaha murni Dr Zakir untuk menyatakan kebenaran mengenai agama Islam dan penyelewengan oleh agama-agama lain.

“Maka pada hakikatnya, pendirian sebenar kelompok ini adalah, apa juga usaha ke arah mendaulatkan Islam dan syariat Islam di Malaysia mestilah ditentang sehabis-habisnya,” katanya mengulas kata-kata biadab Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ramasamy Palanisamy serta tindakan MIC, Hindraf serta pihak lain yang menghalang penganjuran siri ceramah dan kehadiran Dr Zakir di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, MUIS berpendirian teguh menyokong penuh kehadiran Dr Zakir ke negara ini.

Katanya, pendirian ini dibuat berasaskan kesedaran bahawa Dr Zakir adalah seorang pendakwah yang terkenal dalam hal ilmu berkaitan perbandingan agama.

“Beliau telah mengangkat ketinggian Islam di mata masyarakat awam sama ada muslim dan bukan muslim dengan pembuktian kebenaran Islam secara berfakta dan perbandingan ajaran Islam dengan kelemahan-kelemahan dan penyelewengan yang terdapat di dalam agama-agama lain. Segalanya dilakukan dengan penuh fakta tanpa menyeru kepada apa juga bentuk ekstremisme mahupun kekerasan,” katanya.


Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi MUIS,
11/4/2016 (IH)

Jadi gabungan mana yang terbaik ketika ini?


Ketika Presiden MIC memuji tindakan polis membatalkan forum Zakir, Naib Ketua Pemuda UMNO pula mahu pembatalan itu ditarik semula.
WWW.MALAYSIAKINI.COM

7 comments:

Anonymous said...

Takder kena mengena dgn org bukan Islam,
Bantahan org bukan Islam tak perlu dilayan.
Kita pun tak bantah ceramah org bukan Islam sesama mrk.
Ceramah Zakir Naik takder pun yg ngasut org Islam suruh perang dgn org bukan Islam.
So, apa masalahnya yg disekat-sekat ?

Lepas ni mungkinkah bakal dibatalkan jugak ceramah ceramah agama, bila ada org bukan Islam yg bantah ?

Anonymous said...

Yang paling gembira dgn pembatalan sesi Dr Zakir Naik adalah DAP kerana sikap anti Islam mereka. Kedua pula adalah PAN yakni talibarut DAP

Anonymous said...

di malaysia kan kita ni islam wasattiyah.kita bangga kalo dapat bagi muka pada orang kafir

Anonymous said...

Apa kata PAN? Apa kata Mat Sabu, khalid Samad dll. Adakah Dr Zakir boleh dihina semata2 kerana beliau terbabit dalam dakwah Islamiyah.

Mat Sabu, khalid Samad, Mujahid, Nizar hanya berani dgn PAS tapi gerun dengan DAP yg anti Islam

Anonymous said...

Hari ni DAP memaki hamun Dr Zakir. Satu hari di masa depan mungkin DAP akan memaki hamun Imam Ghazali, Imam Ahmad dan Imam Bukhari.

Apa PAN akan buat? Mereka hanya membisu kerana PAN adalah talibarut DAP. DAP pula anti Islam

Unknown said...

Kalau PAN hina Imam Ghazali sekalipun PAN akan berdiam diri menunggu sehingga DAP tarik balik kenyataan menghina.. pd PAN itu yg terbaik.. PAN dah tak peduli keberanian DAP menghina tokoh2 islam.. yg penting kenyataan akan ditarik balik.. maknanya PAN tak peduli pun perbuatan menghina islam terutama oleh DAP kerana ianya boleh ditarik balik.. sebab tu kini PAN dipandang hina pula oleh org islam di malaysia lantaran peranan menjadi khodam DAP.. terbaeklah TGHH akan label yg cukup sinonim diberikan buat PAN....

Anonymous said...

rupanya igp dan kerajaan umnu diperkuda dap... tunduk pd bukan islam.

julung2 kalinya umnu tunduk pd dap. hahaha

pas dh lma tunduk hingga ada calon kristian di sarawak

bkn islam takut akidah mereka tergugat. klu takut tergugat jgn pegi ceramah tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails