Thursday, April 28, 2016

Editor Majalah Sokong LGBT Mati Ditetak, Suatu Pengajaran Bagi Barat.

Editor Majalah Sokong LGBT Mati Ditetak Al-Qaeeda

XULHAZ Mannan, seorang editor majalah di Dhaka Bangladesh mati ditetak semalam kerana menyokong hubungan sejenis seperti gay, lesbian dan dua hala (LGBT).

Dalam serangan tersebut, rakannya Tanay Mojumdar juga maut setelah mereka berdua diserang oleh seorang individu yang menyamar sebagai penghantar barang. Individu tersebut memasuki flat kediaman yang diduduki oleh Xulhaz dan Tanay sambil membawa barang yang konon perlu dihantar sebelum menetak mereka sehingga mati di tempat kejadian.

Kejadian pembunuhan dua sahabat itu disaksikan oleh ibu Xulhaz serta pembantu rumahnya. Cabang Al-Qaeeda di Bangladesh, Ansal al-Islam telah mengakui bertanggung jawab atas serangan tersebut dan telah memuat naiknya ke laman sosial milik pertubuhan mereka.


Amnesty International dan Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry telah mengecam tindakan kejam tersebut dan berkata bahawa kejadian itu tidak boleh digambarkan dengan perkataan dan tidak boleh dimaafkan. 
Editor Majalah Sokong LGBT Mati Ditetak Al-Qaeeda
Xulhaz Mannan

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya dan sepatutnya, jadikankan peristiwa ini sebagai suatu pengajaran kepada kuasa-kuasa di barat yang terus menerus mengimport masuk dan menyokong budaya hubungan sejenis seperti gay, lesbian dan dua hala (LGBT) itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails