“APABILA tersedar, saya telah berada di China,” ujar Lan yang cuba mengingati kembali malam yang mengubah seluruh hidupnya.
Jelasnya, ketika membuat persiapan untuk ke universiti yang terletak di sempadan utara Vietnam, rakan yang dikenalinya dalam talian meminta dia hadir bagi menikmati makan malam bersama sahabat lain. Tanpa memikirkan sesuatu yang buruk, Lan menerima pelawaan itu, namun perkara sebaliknya pula berlaku.
Katanya, setelah berasa letih, dia mahu pulang ke rumah tetapi diminta untuk terus berborak dan menikmati minuman. Selepas itu, dia hanya menyedari telah diseludup merentasi sempadan ke China.
“Apabila tersedar, saya ingin pergi dan beredar tetapi saya bersama kanak-kanak perempuan lain yang ketika itu berada di dalam kereta telah dikepung,” ujarnya.
Gadis Vietnam adalah komoditi berharga di China. Dasar satu anak dan keutamaan mempunyai anak lelaki telah berubah atau dengan kata yang lebih mudah, lelaki di China dahagakan wanita untuk berkahwin.
Kedua-dua mereka dijemput menghadiri sekolah untuk berbincang mengenai pemerdagangan manusia. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terbaru berita dari Shanghai menyebutkan polis di China bahagian utara sedang menyiasat kehilangan lebih dari 100 wanita Vietnam yang telah dijual sebagai isteri untuk para lelaki Cina melalui agen yang juga hilang, kata surat khabar China Daily Khamis lalu. Ramai juga yang hilang sebelum itu.
Kita ingin bertanya mana perginya pejuang hak-hak asasi manusia atau pejuang pembebasan wanita yang kononnya memperjuangkan pembebasan seluruh dunia? Tidakkah mereka melihat wanita-wanita itu wajib dibela?
Ejen-ejennya di Malaysia melihat kononnya masalah 'berkhitan kanak-kanak wanita Islam' menjadi masalah besar yang perlu diperjuangkan. Masalah kahwin muda sama seperti rogol, tangkap khalwat dan lain-lain. Di Afghanistan mereka melihat 'wanita tidak pandai menari atau sukan bertinju' kononnya menjadi masalah masyarakat yang perlu dibebaskan dan dibetulkan.
Sebenarnya itulah serangan penjajah bentuk baru yang puak-puaknya mengaku Islam perlu sedar, bahawa mereka telah menjadi pengkhianat kepada agamanya sendiri. Na 'auzubillahi minzalik!
1 comment:
Kemunafikan Pemimpin-pemimpin Liberal
Kemunafikan pemimpin-pemimpin liberal adalah amat jelas kerana lebih suka membela hak LGBT dan tidak memperdulikan pemerdagangan manusia dan pelacuran dan segala bentuk kemungkaran yang sedang berlaku dalam negara mereka sendiri!
Mengapa pemimpin-pemimpin liberal berdiam diri apabila seorang wanita Islam dinafikan hak untuk bekerja dalam syarikat kafir semata-mata kerana wanita Islam tersebut menutup auratnya?
Mengapa pemimpin-pemimpin liberal berdiam diri apabila pengganas-pengganas Zionis dan rejim pengganas Israel menindas, menyiksa, merogol dan membunuh orang-orang Palestin semata-mata kerana orang Palestin mempertahankan hak mereka sebagai penduduk asal Palestin?
Bukankah selama ini pemimpin-pemimpin liberal mendabik dada kononnya merekalah yang membela orang-orang yang ditindas?
Ini jelas menunjukkan pemimpin-pemimpin liberal adalah tokoh-tokoh munafik yang mendakwa mereka beragama Islam tetapi pada masa yang sama mereka sentiasa mempertikai dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah. Maka kita tidak merasa hairan melihat mereka menggalakkan kebebasan untuk melakukan kemungkaran dan kesesatan untuk mengelirukan dan menjauhkan umat Islam dari agama Islam.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). An-Nisaa' 4:142
Post a Comment