Friday, April 08, 2016

Hampir 500 Tentera AS Bunuh Diri, Tahun 2015. Mengapa?


Washington: Taraf bunuh diri di kalangan anggota tentera Amerika Syarikat terus meningkat tinggi. Tahun lepas tahun 2015, hampir 500 kakitangan aktif dan cadangan dalam tentera AS dilaporkan telah membunuh diri.

Dalam laporan terbarunya seperti dilapor News.com.au, Rabu (6/4/2016), Jabatan Pertahanan AS alias Pentagon menyebutkan bahawa 265 tentera yang aktif bertugas di Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan Kor Marin bunuh diri pada tahun 2015. 

Adapun di kalangan tentera cadangan, tercatat 210 kes bunuh diri tahun lalu. Sebelumnya pada tahun 2011, tercatat sebanyak 145 kes bunuh diri di kalangan tentera. Sejak itu jumlah kes bunuh diri terus meningkat sehingga pada tahun 2012, jumlahnya mencapai 321 kes.

"Mengurangkan risiko bunuh diri memerlukan iklim yang mendorong para anggota tentera untuk mencari bantuan, mengurangkan akses kepada alat-alat mematikan dan memperluaskan komunikasi dan kesedaran para anggota tentera dan keluarga mereka," kata jurucakap Pentagon, Hermes Gabrielle.

Menurut Pentagon, peningkatan kes bunuh diri di militer sebahagian besar terjadi di Angkatan Darat, di mana 120 kes bunuh diri dilaporkan tahun 2015 lalu, angka yang sama pada tahun 2013 dan 124 kes pada tahun 2014.

Tingkat bunuh diri di Angkatan Darat pada tahun 2012 hampir mencapai 30 kes bunuh diri bagi setiap 100,000 tentera, jauh di atas tahap nasional sebanyak 12.5 per 100,000 pada tahun 2012. 

Penglibatan tentera AS yang terus-menerus dalam perang di negara-negara lain dan kurangnya rawatan yang mencukupi untuk para veteran yang pulang ke AS, kerap disebut sebagai sebab utama peningkatan kes bunuh diri tersebut. (Nw/dt/lasdipo)

1 comment:

Anonymous said...


CNN melaporkan 22 veteran tentera Amerika membunuh diri setiap hari. Ini bererti 8030 veteran US membunuh diri setiap tahun! Ini bererti sistem sekular telah gagal menyelamatkan tentera-tentera penganas US!

Inilah pembalasan dari Allah ke atas tentera-tentera pengganas Amerika Syarikat (US) kerana pemimpin politik US yang tidak bermoral telah memerintahkan tentera pengganas US menyerang dan memusnahkan negara-negara umat Islam dan menyiksa, merogol dan membunuh berjuta-juta umat Islam. Bahkan tentera pengganas US telah merogol tentera lelaki dan wanita US sendiri!

Kesombongan dan kezaliman angkatan tentera US telah memakan diri tentera US sendiri!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails