CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
ADA yang bertanya, 'Salam pak hashim. Mana pi? Sihat ker? Lama tak hantar posting baru??'
Ya. Saya kurang sihat, dan masuk hospital kira-kira seminggu lebih. Al-hamdulillah, sekarang dikurniakan Allah SWT, makin sihat.
Sakit apa? Ceritanya bermula begini..
Beberapa hari sebelum saya ditahan pihak hospital, saya melihat sendiri kesan-kesan jahitan luka lama di kaki saya, yang saya alami semasa dimasukkkan ke IJN (Institute Jantung Negara) pada Oktober 2014 lalu. Kesan gatal-gatal masih ada menyebabkan saya mengusiknya sikit sehingga bercalar dan keluar sikit tanda darah. Saya tak peduli hal itu, dan saya buat seperti biasa.
Tetapi beberapa hari selepas itu, ada beberapa kesan putih atau bernanah pada luka itu. Makin hari sakitnya bertambah berat. Hal ini menyebabkan saya dinasihatkan kembali semula ke IJN check balik..
IJN menasihatkan 'kemungkinan berlaku 'sepsis' atau 'jangkitan kuman dalam darah', 'berkemungkinan juga sudah melarat menjangkiti tulang. Tapi di sini tidak ada pakar tulang'.
Saya dinasihatkan memilih, samada merawat ke Hospital Besar Kuala Lumpur atau Hospital Ampang Selangor. Saya pilih Hospital Ampang kerana saya terbaca dalam webnya, Dato' Dr Aishah bt. Ahmad Makinuddin, Pengarah Hospital Ampang (05 Dis 2014) berkata..
"Hospital Ampang adalah merupakan hospital pakar major dengan kepakaran sekunder dan tertiari. Hospital ini adalah merupakan hospital rujukan kebangsaan bagi kepakaran tertiari hematologi."...
"Pihak hospital akan terus berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai, selaras dengan visi hospital ini untuk menjadi hospital yang cemerlang, cekap dan mesra pelanggan." (05 December 2014).
Sepsis: Punca Utama Kematian Ke 10 Di Dunia
Sepsis ditakrifkan sebagai kehadhiran/kebanjiran organisma patogenik atau toksin dalam darah atau tisu-tisu lain. Ia dicirikan oleh tindak balas keradangan sistemik yang boleh maju ke disfungsi sistem peredaran darah, kegagalan pelbagai organ, dan kematian.
Malah, sepsis adalah punca utama kematian ke-10 di dunia. Di hospital-hospital, Sepsis menyumbang 40% dari jumlah kos ICU. Kos kesihatan hospital seluruh dunia dikaitkan dengan sepsis adalah dianggarkan USD$16.7bilion.
Punca dan risiko
Sepsis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang boleh bermula di mana-mana di dalam badan. Tempat-tempat yang biasa di mana jangkitan mungkin bermula termasuk:
- Usus (biasanya dilihat dengan peritonitis).
- Buah pinggang (jangkitan pada bahagian atas saluran kencing atau pyelonephritis)
- Lapisan otak (meningitis)
- Hati atau pundi hempedu.
- Paru-paru (pneumonia bakteria)
- Kulit (cellulitis)
- Bagi kanak-kanak, sepsis boleh disertakan dengan jangkitan tulang (osteomielitis). Dalam pesakit yang dimasukkan ke hospital, jangkitan biasa bermula dari talian intravena, luka pembedahan, surgical drains, dan kerosakan kulit yang dikenali sebagai bedsores (ulser decubitus).
Bila mendapat Sepsis tekanan darah menurun, seterusnya menyebabkan kejutan. Organ-organ utama dan sistem badan, termasuk buah pinggang, hati, paru-paru, dan sistem saraf pusat, berhenti berfungsi dengan betul.
Perubahan dalam status mental dan hyperventilation mungkin tanda-tanda awal sepsis. Secara umum, simptom sepsis termasuklah:
- Rasa sejuk
- Kekeliruan atau kecelaruan
- Air kencing yang keluar berkurangan bila membuang air kencing.
- Demam atau suhu badan yang rendah (hipotermia)
- Hyperventilation (keadaan tercungap-cungap)
- Pening akibat tekanan darah rendah
- Denyutan jantung yang cepat
- Menggigil
- Ruam kulit
- Kulit hangat (warm)
Tanda Dan ujian
Jangkitan ini selalunya disahkan oleh ujian darah. Walau bagaimanapun, ujian darah mungkin tidak mendedahkan jangkitan pada orang yang telah menerima antibiotik.
Ujian-ujian lain yang boleh dilakukan termasuk:
- Gas darah
- Ujian fungsi buah pinggang
- Kiraan platelet
- Kiraan sel darah putih
- Perbezaan darah (Blood differential)
- Produk fibrin degradasi (komponen-komponen darah yang dihasilkan oleh degenerasi pembekuan darah)
Jika anda mempunyai sepsis, anda akan dimasukkan ke hospital, biasanya unit rawatan rapi (ICU). Antibiotik akan diberi melalui vena (intravena).
Oksigen, cecair yang diberikan melalui vena dan ubat-ubatan yang meningkatkan tekanan darah mungkin diperlukan. Dialisis mungkin perlu jika terdapat kegagalan buah pinggang. Sebuah mesin pernafasan (pengudaraan mekanikal) adalah perlu jika terdapat kegagalan paru-paru.
Bagi sesetengah pesakit, rawatan dengan ubat-ubatan anti-radang yang kuat dikenali sebagai kortikosteroid atau recombinant human protein C yang diaktifkan boleh membantu.
Jangkaan (prognosis)
Sepsis sering mengancam nyawa, terutama di kalangan mereka dengan sistem imun yang lemah atau dengan penyakit kronik.
Jangkaan (prognosis)
Sepsis sering mengancam nyawa, terutama di kalangan mereka dengan sistem imun yang lemah atau dengan penyakit kronik.
Komplikasi
- Penyebaran penggumpalan intravaskular (adalah satu penyakit yang serius di mana protein yang mengawal pembekuan darah menjadi luar biasa aktif.)
- Masalah dengan aliran darah ke organ-organ penting (otak, jantung, buah pinggang)
- Kejutan septik (satu keadaan teruk yang menghalang oksigen dari memasuki darah)
- Kematian
Pencegahan
Risiko sepsis boleh dikurangkan, terutama di kalangan kanak-kanak, dengan mengikuti jadual imunisasi yang disyorkan. Ikuti prosedur mencuci tangan dengan berhati-hati dan penjagaan (care) peralatan perubatan dapat membantu mencegah jangkitan yang berkaitan dengan hospital yang membawa kepada sepsis.
Demikian sedikit mengenai penyakit yang melanda insan-insan masakini, termasuk saya.
Dalam Islam
Dalam Islam Allah SWT berfirman..
- “Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah, ayat 195).
- “jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu” (Surah al-Nisa, ayat 29).
Dalam ertikata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam. Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri.
Nabi SAW ketika bercakap tentang taun menyebut:
Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi SAW..
- “Jika kamu mendengarnya (taun) di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar lari daripadanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi SAW..
- “Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.”(Riwayat Muslim).
Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya…
Hadis-hadis ini juga menolak golongan pelampau sufi yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”.
Hadis-hadis ini adalah hujah para ulama dalam menolak mereka.” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).
Jika segala langkah telah diambil, namun penyakit atau wabak terkena juga sehingga mungkin membawa maut, maka ketika itu keadaan berada di luar dari penguasaan insan. Bukan semestinya tanda seseorang itu bersalah atau dibenci oleh Allah. Demikian insan dan penyakit.
Justeru, jika segala usaha telah dibuat untuk mengelakkannya, namun wabak dan penyakit menimpa juga, maka Nabi SAW pernah bersabda:
- “Siapakah yang kamu hitung sebagai syahid dalam kalangan kamu?”. Jawab para sahabat: “Wahai Rasulullah! Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid”. Jawab baginda: “Kalau begitu, para syuhada umatku sedikit”. Tanya mereka: “Siapakah mereka (syuhada) wahai Rasulullah?”. Jawab baginda:“Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid, sesiapa yang mati disebabkan taun maka dia syahid, sesiapa yang mati disebabkan sakit perut maka dia syahid” (Riwayat Muslim).
Dengan itu Islam cuba mengatasi bahaya kehidupan di dunia, dan dalam masa yang sama memberikan jaminan kehidupan di akhirat. Di sudut lain, Islam memberikan keselamatan kepada jasad, dan kerehatan kepada jiwa jika jasad gagal diselamatkan. Justeru insan muslim akan berusaha menyelamatkan diri dari bahaya penyakit, dan akan redha kepada Allah jika gagal.
Kerana itu lepas solat Asar saya bergegas ke AJN dan dari di AJN saya ke Hospital Ampang, buat pendaftaran lepas Maghrib dan akhirnya dapat masuk wad pada jam 2 pagi pada Ahad 27 Mac 2016.
Di situlah bermulanya tiada posting baru dalam blog ini, seperti yang ditanya oleh pengomen di atas. Saya juga memohon maaf kepada pihak-pihak yang bertanya mengenai kerja di Australia yang terputus maklumat terkini..
Sekian.
Catatan Santai Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
5 Apr 2016 Ampang, Sel.
Lihat kisah Ibnu Hasyim di hospital..
- Ibnu Hasyim Masuk IJN (1): Cucuku Cubitku..
- Ibnu Hasyim IJN (2): Kembara Di Alam Fantasi.
- Ibnu Hasyim IJN (3): T/Kasih Dr Mujahid, Cikgu Ish..
- Ibnu Hasyim Masuk Hospital Ampang Pula..
12 comments:
Pak Hasyim amalkan habbatus sauda ?
Jika belum mungkin boleh mulakan.
Saya perasan mertua saya yg lelaki, umur dekat 80 tak sakit apa, adik adik dia beberapa org meninggal kanser, stroke, kencing manis. Isterinya pulak umur sekitar 70, kencing manis, makan ubat ikut suka, makan pulak mmg tak pantang, tapi takat ni belum nampak lagi ada komplikasi, masih boleh baca Quran, jari jari kaki masih cukup, boleh tidur lena baring flat, maknanya jantung masih OK. Duk perati, diaorg makan habbatus sauda tak tinggal, hari hari.
T.kasih. Kita boleh kongsi pengalaman. Cara berubat bukan hanya satu cara saja. T.kasih.
Moga cepat sembuh tuan..
Moga cepat semboh dan kembali sihat. Inshaallah
Semoga Tuan Ibnu Hasyim cepat sembuh dan boleh meneruskan tugas membela agama Islam dan umat Islam. Semoga Allah Yang Maha Penyembuh menyembuhkan Tuan dari penyakit Sepsis yang sangat merbahaya kepada manusia.
Amin.
Semoga Tuan Haji sihat sejahtera dan dikurniakan rahmat Allah hendaknya.. teruskan berjuang melalui pena (jari) ke arah mencari keredhaan Allah jua..
Saya DOAkan Pak Hashim cepat sembuh & sihat wal afiat & Optimis, jaga diri zaher batin. Saya amat simpatis dengan nasib Pak Hashim. Maaf tak dapat ziarah sewaktu di hospital kerana tidak tahu. Untuk makluman; saya selalu mengutuk kaw kaw Pak Hashim dalam blog. Tapi saya dengan Pak Hashim bagaikan "Benci Tapi Rindu".
Semoga sihat. Ameen
moga pak hashim cepat sembuh
T.kasih April 6, 2016 at 11:13 AM yang "Benci Tapi Rindu".
Al-hamdulillah, masih ada yang rindu, walaupun benci. Juga yang mendoakan untuk saya.
Teringat kepada kisah di zaman Rasul. Seorang buta sentiasa mengutuk perjuangan Rasul, sedangkan dia tidak sedar bahawa tangan Rasul itu sendiri menyuapkan makanan yang sering dia dijamu makan.
Apabila Rasul wafat, Abu Bakar mengerjakan kerja Rasul menyuap makanan itu. Orang buta itu sedar dan bertanya keadaan sebenarnya. Bila Abu Bakar menceritakan, baru dia sedar siapa Rasul sebenarnya. Orang yang paling dia benci itu, rupanya ialah orang yang paling baik kepadanya.
Membuat air matanya mengalir, dan menangis tersedu-sedu. Akhirnya dia memilih untuk masuk Islam.
Allahu Akbar..
Betul tu tuan haji.. tapi itu org buta.. ada org celik Allah bagi.. boleh lihat segala kebesaran dan ciptaan Allah di mukabumi dgn mata sendiri.. hinggakan tak sehelai daun pun di dunia yg gugur melainkan dgn pengetahuan Allah jua.. tiba2 dgn begitu 'buta' hati pula boleh tidak yakin plk dgn hudud ciptaan Allah..
Kononnya pd mereka rahmat utk sekelian alam tapi tidak hudud.. islam apa gamaknya nih?.
ha ha ha
kisah d ats kisah yg menarik.
Post a Comment