Thursday, April 21, 2016

Ini Alasan Baru Parti Amanah Membenarkan Tindakan Mereka. Sila Komen..

AMANAH  PROGRESIF  PEDULI
SALAH TAFSIR HADIS2 BERKENAAN JAMAAH ISLAM BERJAYA DIPERBETULKAN DENGAN NILAI RM50K.

Di awal pelancaran Gerakan Harapan Baru sblm tertubuhnya Parti Amanah Negara, hadis
 تلزم جماعة المسلمين وامامهم 
  • (Hendaklah kamu beriltizam dgn Jamaah Muslimin dan pemimpin mereka) 
cukup popular dgn dibaca bersama hadis2 tentang hukum keluar jamaah islam, antaranya;  

1. من اتاكم وامركم جميع واراد ان يشق عصاكم او ان يفرق جماعتكم فاقتلوه 
  • (Sesiapa yg menentang kamu sedangkan kamu telah sepakat atas satu urusan, dia mahu memecahbelahkan perpaduan kamu atau memecahkan jamaah kamu, maka bunuhlah dia);  
2. من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع عنقه من ربقة الاسلام  
(Sesiapa yg keluar jamaah wpun sejengkal, maka dia telah memisahkan tengkoknya dari ikatan Islam)  

3. من فارق الجماعة فمات مات ميتة جاهلية 
(Sesiapa yg keluar jamaah, kemudian dia mati, maka matinya sebagai jahiliah) 

Hadis hadis ini sering keluar dari mulut ulama/ustaz/lebai Pas, bahkan mereka yg menyamar sebagai sedemikian utk melabelkan musuh politik mereka yg telah keluar jamaah asal iaitu Pas dan menubuhkan jamaah baru iaitu Parti Amanah Negara sebagai munafik haraki, kafir, pengkhianat yg boleh dihapuskan dan berbagai istilah lagi. 

Alhamdulillah hari ini, bila Mahkamah Seksyen Kota Bharu memerintahkan dependan Ahmad Syihan Ismail membayar kpd plaintif Azli Musa sebanyak RM50k kerana dikatakan telah memfitnah plaintif dlm isu keluar jamaah islam (Pas) jatuh kafir, maka hampir semua " Geng Ustaz" sepakat menafikan tuduhan berkenaan dan bergembira dgn perintah pampasan sebanyak tersebut. 

Alhamdulillah pendokong dan penyokong Parti Amanah Negara selepas ini boleh bergerak bebas tanpa diganggu tuduhan2 jahat sbg pengkhianat perjuangan Islam, lari drp jamaah, kafir dan sebagainya dgn nilai RM50k. ~ Che Ibrahim Mohamad. 
(Diangkat dari http://alhusseyn51.blogspot.my/)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini alasan baru Parti Amanah Nasional (PAN) membenarkan tindakan mereka. Sila komen.. (IH)

Tambahan: Sikap Parti Amanah Mengenai Dr Zakir Naik

KENYATAAN MEDIA ISU ZAKIR NAIK: REAKSI AMANAH TERHADAP TULISAN PROF. RAMASAMY www.amanah.org.my 

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan terima kasih kepada Prof. Ramasamy kerana telah menggugurkan perkataan ‘Satan’ yang digunakannya terhadap Dr. Zakir Naik dalam penulisan asalnya. Budaya gelaran menghina dan mencaci adalah sesuatu yang wajar dihalang kerana amalan ‘name calling’ ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat kecuali menyemarakkan lagi kepanasan suasana yang sudah panas. 

2. Tindakan Prof. Ramasamy menggugurkan perkataan tersebut boleh dipuji kerana walaupun tidak bersetuju dan tidak berpuas hati, beliau masih rasional dan bersedia menerima teguran. Ini berbeza dengan sikap sebahagian yang lain yang terus mempertahankan penggunaan istilah menghina walaupun mengetahui ianya amalan tidak berakhlak. 

3. Prof. Ramasamy menyatakan bahawa Dr. Zakir Naik menyeru orang Islam untuk membenci orang bukan Islam. Kami tidak faham dari mana datangnya tanggapan sedemikian. Setakat yang diketahui Dr. Zakir Naik hanya menjelaskan bahawa terdapat aspek-aspek tertentu di dalam kitab-kitab agama Hindu berhubung konsep ketuhanan yang selari dengan ajaran Islam. 

Ia bukan bertujuan menyebarkan kebencian terhadap orang Hindu, tetapi menjelas secara ilmiah berdasarkan kajian akademik tesis beliau bahawa ajaran agama Hindu ada persamaan dengan Islam dalam aspek tertentu. Tesis beliau ini boleh diterima atau ditolak oleh pendengar dan ianya dikemukakan secara ‘matter of factly’ dan bukan secara menghina. Jika dilihat secara posistif tesis yang dikemukakan sebenarnya berpotensi untuk merapatkan jurang sedia wujud atas sebab adanya persamaan seperti yang dinyatakan. 

4. AMANAH tidak menafikan kemungkinan ada yang tersinggung dengan pembentangan Dr. Zakir Naik kerana ianya mencabar kepercayaan dan pegangan sedia ada. Namun, jika ianya berlaku sekalipun ia tidak bererti ada niat tidak baik di sebalik pembentangannya. Sememangnya tajuknya rumit dan berupaya menimbulkan salah faham sekalipun ianya dibentang secara berhemah. Malah lebih lagi jika ada pihak-pihak tertentu sengaja ingin menimbulkan perbalahan. 

5. Oleh itu sekiranya timbulnya reaksi negatif daripada masyarakat Hindu terhadap pembentangan Dr. Zakir Naik, ianya sepatutnya sudah dijangka. Ini adalah kerana Dr Zakir Naik merupakan seorang beragama Islam yang ingin menceritakan mengenai aspek ajaran Hindu yang tidak pernah didengari masyarakat Hindu. 

6. Oleh kerana ianya boleh dijangka maka cara bagaimana untuk mengurus reaksi negatif ini sepatutnya difikirkan lebih awal. Ianya semestinya bersifat bijak lagi berhemah untuk meredakan kemarahan tersebut. Di antara cara memberi reaksi yang baik adalah seperti yang terkandung dalam kenyataan Mufti Pulau Pinang. 

Beliau tidak menjawab kemarahan dengan kemarahan tetapi sebaliknya menyeru dengan tenang supaya masyarakat bukan Islam mendengar terlebih dahulu pembentangan Dr. Zakir Naik dan menilai fakta-fakta yang dikemukakan. Sikap beliau adalah sikap seorang pendakwah yang ingin membawa masyarakat kepada kefahaman dan pencerahan. 

7. Sebaliknya ada juga di kalangan masyarakat yang ingin mengambil kesempatan untuk melakukan perbalahan melalui isu ini. Mereka menjawab kemarahan dengan kemarahan sambil mencabar dua-dua pihak untuk berbalah dan bergaduh. Dengan itu masyarakat akan berpecah dan bergaduh atas isu ini dan segala penyelewengan yang telah mereka lakukan akan ditutup dan dilupai. 

8. AMANAH menyeru semua pihak untuk berhati-hati dengan golongan ini. Mereka tidak bersikap sebagai pendakwah tetapi sebagai agen provokator. Mereka wujud di kedua-dua belah pihak dan seruan mereka perlu ditolak. 

9. AMANAH ingin menyeru seluruh masyarakat, sama ada Islam dan bukan Islam untuk mempunyai sikap terbuka terhadap perbincangan yang menyentuh perbezaan kefahaman dan kepercayaan selagi mana ianya dilakukan secara tertib dan berhemah agar segala hujah dinilai secara ilmiah dan bebas dari sentimen dan emosi. 

Perbincangan ilmiah tidak semestinya menyebabkan perbalahan tetapi sebaliknya boleh menghasilkan persefahaman antara yang berbeza pandangan dan kepercayaan. 

“Harapan Baru” 
KHALID ABDUL SAMAD 
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara 
12 April 2016 

24 comments:

Anonymous said...

Hipokrit!!!! termasuk korang yg ada kat sini, tak jujur dan 'bola' korang dah kena pegang dek DAP...!!! Baru sekarang nak bercakap polemik tidak menguntungkan rakyat...??????????????.

Setelah Mat sabu DAP dan penyokong2 termasuk yg ada kat sini gagal dalam usaha mereka untuk meranapkan PAS dengan sehancur-hancurnya untuk PAS hilang di bumi Malaysia ini. Baru korang nak menegaskan polemik tdak menguntungkan rakyat?????? Hebat lakonan korang...!!

Setelah PAS yg korang pijak2 dan korang keroyot2 beramai-ramai nak bagi mati...dan kemudian korang gagal 'membunuh' PAS dan setelah korang melihat dan korang sedar PAS tidak bisa dibinasakan semudah itu masih mampu bangun berdiri semula sambil ' mengenggam penumpuk' dengan penuh semangat yg meyakinkan untuk berdepan dengan korang, baru korang sebut soal kepentingan rakyat, soal polemik...????? Hipokrit..!!!!

Apa usaha korang semua masa sengketa PAS DAP baru bermula.......????? Apa peranan korang untuk mendamaikan keadaan dan menyelamat jalinan kerjasama DAP PAS dalam PAKATAN RAKYAT ketika itu...??????. Adakah korang memikirkan kepentingan rakyat dan cita2 rakyat masa itu... ??? Setelah gagal kamu memisahkan kesemua ahli-ahlinya dari PAS untuk menyokong kamu maka kegerunan itu membawa korang bercakap soal polemik yg rugikan rakyat....????? Di sebelah sana hanya Azmin Ali dilihat sentiasa mencari jalan tengah menyelamatkan keadaan masa itu hingga sekarang ini demi rakyat dan Selangor.....!!!

Sampai hati Mat Sabu dan rakan2nya bertindak sebagai 'batu api' dan 'penyimbah' petrol ketika itu untuk lebih menyemarakkan lagi sengketa PAS DAP dan mengapi-apikan DAP untuk lebih berkeras terhadap PAS. Kesempatan itu kamu ambil sebaik-baiknya untuk mengherdik dan melebelkan dengan ISIS bagi 'membunuh' PAS.. Mat sabu sendiri langsung tidak berusaha untuk memainkan peranan beliau untuk bertindak sebagai pendamai PAS DAP ketika itu...mengapa ???? Kerana dendamnya kamu terhadap PAS dan kamu memang nak PAS terkubur tika itu juga kan..??!!! Sekarang baru korang sedar tidak semudah itu rancangan busuk menjahanamkan PAS boleh korang buat lalu polemik bermain dibibir korang....???? Poooorahhhhhh...!!!

Baru sekarang korang rasa ada keperluan untuk PAS bersama-sama korang untuk menyampaikan hajat korang merebut jawatan dalam kerajaan Malaysia...??? Demi rakyat lah konon...???!! Tidak semua rakyat boleh diperdaya dengan tipu muslihat dan rancangan jahat korang itu...!!! PKR aku tahu terperangkap dalam keadaan demi Anwar lalu DAP mengambil kesempatan itu terhadap PKR...Kesian Kak Wan, kesian Anwar..!!!

Apa nak buat KAK Wan...!! DAP telah melangkauwi peranan Anwar sebagai Ketua Umum PAKATAN RAKYAT dengan bertindak sendiri mengistiharkan PAKATAN RAKYAT bubar dalam Anwar masih terpingga-pingga di penjara...Tak sabarnya DAP untuk mengenepikan PAS.....Pulamakkkkk!!!

PAS parti yg bermaruah sekalipun terpaksa bersendirian...Syabas PAS...!!!

Anonymous said...

Kejahatan Khalid Samad terhadap Islam tahun 2014.

Kalau Dr Zakir Naik tau, aku dah agak jawapannya.

Minta Ibn Haysim siarkan artikel lama ini

http://www.ismaweb.net/2014/10/oktoberfest-khalid-samad-tidak-ghirah-ketuanan-islam-dicabar/


Oktoberfest: Khalid Samad tidak ghirah ketuanan Islam dicabar

BANGI, 2 Okt – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, kenyataan Khalid Samad berhubung penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ menggambarkan beliau seorang individu yang tidak ghirah (cemburu) dengan Islam.

“Khalid tidak melihat dengan penuh rasa cemburu perkembangan yang mencabar ketuanan Islam di tanah air ini.

“Walaupun rakyat negara ini negara majmuk, tetapi secara perlembagaan dan sejarahnya, ianya masih negara Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai memberi respon kepada kenyataan Khalid Samad bahawa penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Khalid juga berkata, sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

Ustaz Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Ipoh berkata, para ulama’ telah memberikan garis panduan bagaimana mengendalikan hak -hak rakyat yang bukan Islam di dalam sebuah negara Islam dalam keadaan hak mereka dipenuhi dan dalam masa yang sama identiti keislaman terjaga dan berdaulat.

“Bagi memenuhi hak beragama orang bukan Islam maka dibenarkan dibina rumah ibadat mereka bahkan tidak boleh dimusnahkan ketika perang.

“Namun sebagai menjaga kedaulatan dan identiti negara Islam, orang bukan Islam dilarang menzahirkan syiar- syiar kesyirikan.

“Mereka juga dilarang mengisytiharkan ritual agama dan sesuatu yang haram di sisi Islam walaupun halal di sisi mereka di tengah-tengah negara Islam seperti meminum arak dan memakan babi,” ujarnya kepada wartawan ISMAweb.




Anonymous said...

Pendedahan Isma terhadap Mat Sabu tahun 2012. Waktu tu Mat Sabu PAS sebelum jadi kapten kuali leper.

http://www.ismaweb.net/2012/06/tak-perlu-pertahan-syiah/

Tak perlu pertahan Syiah
June 19, 2012 Utama 84

BANGI, 19 Jun – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diminta supaya tidak mempertahankan gerakan Syiah kerana tindakan sedemikian mampu menimbulkan keraguan terhadap pendirian sebenar pemimpin tersebut tentang Syiah.

Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA, Ustaz Mohd Hazizi bin Abdul Rahman berkata demikian susulan kenyataan Mohamad Sabu yang dilihat seperti mahu mempertahankan Syiah.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh Malaysiakini, Timbalan Presiden PAS itu mengatakan bahawa polemik tentang gerakan Syiah di negara ini adalah isu lama yang tidak penting untuk dibahaskan.

Menurut Ustaz Hazizi, hujah beliau bahawa hubungan keruh antara Iran dan Amerika sebagai punca isu Syiah ditimbulkan adalah terlalu dangkal, malah menimbulkan persoalan tujuan sebenar kenyataan beliau itu.

“Ini kerana isu Syiah merupakan isu penyelewengan akidah yang mesti dibanteras, yang mana tiada kena mengena dengan hubungan Iran dengan Amerika.

“Kenyataan Mohamad Sabu ini menimbulkan satu persoalan besar iaitu adakah Syiah akan semakin diberi laluan jika Pakatan Rakyat memerintah negara? Beliau perlu menjawab soalan ini,” jelasnya.


Anonymous said...

DAP sampai mahu menyaman mufti kerana Khutbah. Mana Mujahid, Mana Mat Sabu, Mana Khalid Samad, Mana Deen Pudu

http://www.mykmu.net/2015/09/dap-mahu-saman-jaip-khatib-khutbah-aidiladha/

Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri Pahang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang dan khatib khutbah hari raya aidil adha yang menyelar sikap orang Islam berpecah belah sehingga sanggup bersama dengan parti DAP yang kelas anti-Islam.

Teks khutbah Aidiladha itu menyebut:

“Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB). Malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terangan menentang Islam.

“Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka…”



Menggunakan orang Melayu dan Islam sebagai alat, DAP Pahang memberi masa selama lima hari bermula hari ini untuk JAIP memohon maaf secara terbuka serta menarik balik teks khutbah tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“DAP Pahang akan hantar surat pada Jabatan Agama Islam Pahang atau bahagian mufti yang menuntut mereka menarik balik ucapan berbaur fitnah serta memohon maaf secara terbuka melalui media elektronik dalam masa lima hari dari hari ini.

“Sekiranya tiada tindakan atau balasan dari pihak Jabatan Agama Islam Pahang, kami secara individu iaitu orang beragama Islam dalam DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang yang keluarkan khutbah ini.”

Selain itu, Tengku Zulpuri yang juga ADUN Mentakab berkata, ahli DAP Melayu dan beragama Islam menyelar teks khutbah itu kerana mereka tidak pernah menentang mana-mana rukun Islam.

“Menuduh DAP Melayu Islam menentang Islam, apa yang kami tentang? Rukun Islam ada lima perkara dan kami percaya lima rukun itu. Kami tak pernah cakap dan bantah rukun Islam ini tak ada.

“Dan kami tak ada menyeru supaya sembahyang dua imam. Tak pernah berlaku. Tak pernah suruh baiah gadai isteri. Tak pernah,” katanya lagi.

Islam diakui agama rasmi

Sementara itu, bagi A Samad atau Pak Samad pula, pihak jabatan agama Islam dilihat keterlaluan apabila menggunakan khutbah untuk mendakwa orang Melayu yang menyertai DAP sebagai seorang penentang Melayu.

“Tak ada bayangan bahawa DAP ini menyalahi akidah. Jadi jangan guna alasan rambang bahasa Melayu yang menyertai DAP sebagai alat yang mencemar agama dan menentang Melayu,” katanya.

Hakikatnya DAP sememangnya terkenal sebagai parti cauvinis cina yang anti Islam.

Anonymous said...

Dari semua bukti2 dlm ruangan komen ini, terbuktilah yg Hawaii Five O / G-18 / GHB dan trrbaru PAN adalah KHADAM DAP DAP pula parti yg anti Islam, anti syariah dan menentang pendakwwah Islam macam DR zakit naik

Mengundi DAP bagai mengundi abu lahab

Anonymous said...

Ingat PAN, Ingat DAP. Bila ingat DAP mesti mau ingat abu lahab.

Ramasamy bertaraf Abu Jahal bila panggil Zakit Naik Satan dan menghalau beliau pulang

Anonymous said...

Zakir Naik dcerca takpa janji DAP happy. Itulah PAN

Bayangkan apa para sahabat buat bila ada orang redha abu jahal maki hamun saidina bilal asalkan arab jahiliyah happy. Janji Inclusibe progressive dan faham

Anonymous said...

Woiiii PANipu. Ramasamy tarik balik tapi tak minta maaf kat Zakir Naik.

Dont PANdusta la

Anonymous said...

APAKAH JENIS MANUSIA YANG MENDAKWA DIRINYA BERAGAMA ISLAM TETAPI MENYOKONG PEMIMPIN KAFIR YANG MENGHINA DAN MENFITNAH ULAMA ISLAM SEPERTI ZAKIR NAIK DLL, MEMUSUHI ISLAM DAN CUBA MENGHALANG PROGRAM DAKWAH ISLAM UNTUK UMAT ISLAM?

APAKAH JENIS MANUSIA YANG MENDAKWA DIRNYA BERAGAMA ISLAM TETAPI AMAT GEMAR MENGHINA DAN MENFITNAH ULAMA ISLAM TETAPI MEREKA AMAT GEMAR MENDEWA-DEWAKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN KAFIR YANG MENENTANG ISLAM DAN MENINDAS UMAT ISLAM?

Nampaknya pemimpin kafir memerlukan barua-barua tolol untuk menemani mereka di dalam neraka jahannam!

HATEMASTER85 said...

Hudud mane hudud?? wat pakatan PASik buat laa hudud.. ape yg tangguh2.. bangang sgt ke smpai xleh wat hudud?? bro..penjage nerake ke??

Anonymous said...

Jawapan kepada Macai Khadam Headmaster85. Dia tanya pendek aku jawab sekilo

http://malaysiagazette.com/ms/nasional/mana-pergi-pendirian-hudud-mat-sabu

Mana pergi pendirian hudud Mat Sabu?

NASIONAL
OLEH HAMDAN OTHMAN DI KUALA LUMPUR - 13 JAN

Sebelum wujudnya Parti Amanah Negara (Pan), Mohamad Sabu adalah antara pemimpin Pas yang lantang mempertahankan hukum hudud.

Tidak perlulah dinamakan pemimpin lain yang kini telah pun bertukar bendera untuk bersama DAP yang sangat-sangat membenci Pas. Bersama Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN kini tiada lagi isu hudud kerana dipegang secara ‘agree to disagree’ (setuju untuk tidak bersetuju) dalam dalam perjanjian yang telah dimeterai.

Konsep ‘agree to disagree’ merujuk kepada satu keadaan di mana pihak bertelagah bersetuju untuk menghormati perbezaan pendirian masing-masing dalam sesuatu prinsip, demi untuk bergabung atas sesuatu matlamat, sekalipun ia tidak akan menyelesaikan pertikaian yang berpunca daripada perbezaan tersebut.

Keputusan secara konsensus itu telah mengikat PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pakatan Harapan. Konsep itu diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Februari 2015 berkaitan dengan isu hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan.

Ia sebagai rentetan daripada Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan PR pada 28 September 2011 pada satu mesyuarat yang diadakan. Mesyuarat tersebut juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.

Namun pendirian DAP dalam isu hudud amat konsisten iaitu DAP tidak akan menyokong pelaksanaan hukum hudud di mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia. Ketika itu, Mohamad Sabu dan rakan-rakan Pas yang kini berada di dalam Pas cukup kukuh di belakang parti mempertahankan hudud demi agama.

Banyak hujah dan nas yang dikeluarkan mengenai hudud dalam setiap ceramah yang dibawa supaya menolak sesiapa sahaja yang cuba menentang hukum hudud termasuklah UMNO. Bukan semua orang boleh bercakap seperti Mohamad Sabu dan rakan-rakannya tentang isu hudud.

Hari ini, semuanya dah berubah seratus peratus. Cerita hudud sudah tidak ada lagi malah DAP yang dibantah sebelum ini kerana hudud turut menjsadi teman sebantal Mohamad Sabu dan rakan-rakannya.

Mohamad Sabu dan rakan-rakan pasti tahu apa jawapan sesuai jika ditanya rakyat ke mana perginya pendirian tentang hudud yang selama ini dipertahankan. Dulu bersama Pas lenggoknya lain, sekarang dengan DAP pastilah lebih cantik lenggoknya. Ramai juga yang nak bertanya bagaimana hudud yang dipertahankan selama ini boleh dilenyapkan sekelip mata?--MalaysiaGazette



Anonymous said...

Walaun Pas dan pemimpin PAS JGN PERASAN sekarang ni kaki kau orang sebelah telah melangkah kat nereka, belum ada yg selamat lagi
Pasal perangai Melayu sama mcm Yahudi jajaan selalu di dengar " Bila Islam aje pasti masuk syurga"

Anonymous said...

Jadilah pemimpin yg Adil pada kawan dan lawan pasti Allah kurniakan Syurga, Nak Hudud pasti masuk nereka kerana sendiri tak berlaku ADIL

Anonymous said...

Tapi PAN bias terhadap Ramasamy dan tak adil terhadap zakir naik bila takut menyuruh Ramasamy meminta maaf

Anonymous said...

Kenapa bising sangat tentang penubuhan parti Amanah ni? Siap bagi hujjah2 drp pak2 lebai dan ahli2 agama lagi.

Soalnya, ikut suka aku la nk duk dlm pas atau nak kluo dan join Amanah. Aku kluo drp parti bulan krn bagi aku, Mr presideng sendiri Dan ostad2 dlm parti tu memg tak kan dapat perintah negara dan mereka tak layak pun!!

Mana layaknya, bila berbeza pendapat, terus dijebonkan dan menghalau kluo yg tak sama kem?

Satu lg, ostad2 ni rasa diri mereka hebat dlm berpolitik. Tp bila berhujjah dlm parlimen, kantoi! Tkde nilai! Mcmana nak tadbir negara?

Bila bahtera dah pecah, maka mereka pun carilah ayat2 Quran Dan hadis menghina Dan mengutuk mereka yg kluo.

Hoi brother, akui lah yg diri sendiri hebat berceramah dan berkuliah, to strategic Dan cara hangpa semua ciput!!!

Unknown said...

Kita tak perlu hairan bagaimana mudahnya PAN dibebalkan oleh Tun M jika dilihat sebagaimana mudahnya PAN dibebalkan oleh DAP sebelumnya..

Anonymous said...

Kesian tengok kekalutan walaun parti bulan dalam menghadapi kemaraan pengaruh Amanah.

Aku sendiri dah istihar depan YDP Kawasan yg Aku dh kluo parti bulan..sbbnya Mr presideng tak layak lagi dduk di tempat itu, dan aku tk mau president aku seorang yg bersikap kasar, bercakap kasar, mulut celupar dan punyai nilai kepimpinan yg rendah.

Kau orang nk berpresidengkn dia, lantak kau orang laa!! Kenapa pulak nk ngutuk2 kami yg dh tk yakin dgn Mr President dan ostad2 yg memimpin parti itu?

Ek eleh, kamu ingat bila ilmu agama seseorang tu tinggi, dia layak jd pemimpin ke?

Kluk klek dri dulu hingga kini nk jadi pemimpin hebat? Poodah!

Anonymous said...

Seperti hamba abdi roket yang lain, HATEMASTER telah menghina otaknya sendiri dengan membuat komen bodoh tahap longkang untuk membela pemimpin-pemimpin kafir yang menentang ajaran Islam dan hukum Allah dan menindas umat islam.

Fakta:

(1) Hukum Hudud hanya boleh dilaksanakan dalam sistem demokrasi jika hukum hudud mendapat undi majoriti dalam parlimen. Oramg-orang kafir dalam parlimen sudah pasti akan menentang Hukum Hudud dan ahli parlimen pula berpecah kepada penyokong Islam dan hamba abdi sekular! Maka bagaimana Hukum Hudud boleh diluluskan dalam parlimen.

(2) Tempat musuh Allah dan talibarut dan barua mereka ialah neraka. Kita cabar HATEMASTER menunjukkan sebarang ayat Qur'an atau hadis yang menyatakan musuh Allah dan anjing-anjing mereka boleh masuk syurga!

Anonymous said...

Komen Anon 8:40 AM jelas menunjukkan Anon 8:40 AM adalah manusia zaman batu yang tidak menghormati undi majoriti yang mahu TG Hj Hadi menjadi presiden PAS !

Oleh sebab itu, Anon 8:40 AM hanya layak tinggal dalam negara komunis sahaja!

Hamba abdi kafir kluk klek dri dulu hingga kini menentang Islam..... Poodah!

Anonymous said...

Jgn d layan PANdir parti anak beranak ni, biarkan akhirny mamposs kering gitu saja muahahaha... parti x laku n perasann kahkahkah...sudahlah PANipu ,masuk DAPig jaa ekekekek...

Anonymous said...

Pembetulan:

Hamba abdi pemimpin kafir kluk klek dri dulu hingga kini menentang Islam dan ulama Islam..... Poodah!

Anonymous said...

Bukan. Pakai nama pemimpin Abu jahal Penang. Yg tu baru betul

Pas No More said...

Woii mangkuk anon 6.42...tu bukan jawapan, jauh sekali jawapan berkilo kilo. Tu namanya copy and paste, ya Baghal....
Janganlah menunjuk nunjuk level sekolah pondok awak tu. Cuba bagi idea sendiri baru lah pemakan dedak aka macai parti kononnya islam nampak macam ada kelas sikit. Ni setakat copy and paste alahai mangkuk, budak bangla pun reti tau?
Bingai bin tongong la anon 6.42 tu. Melayu macam ni ke yang nak ditolong tu? Tak payah lah...melayu bodoh dan biol macam ni elok biarkan saja dia ni, dulu kini dan selamanya. Tak dapek nak nolong dah si jobo sekor ni...
Heheheheheh

Anonymous said...

Walaun haprak tk boleh faham ayat2 simple yg Aku tulis dlm komen 8:40am.
Walaun ni bila org joined Amanah, BG mereka, akn jd hamba Dap dan menentang Islam.
Korang teliti sndiri la sikap, tabiat dan cara Mr President kluokn kenyataan: takde klas seorang pemimpin hebat.
APA pulok bila tk sukakn Mr President, Aku kluo parti bulan, aku dh lawan Islam?
Inilah yg Aku kata, otak walaun bukn jenis berakai, tp otak saja-saja!!
Bodoh punya worang!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails