Thursday, April 14, 2016

Jual Arak & Berzina Dihukum Sebat Di Aceh. Termasuk Wanita Kristian Jual Arak.

Gambar diambil semalam menunjukkan pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang syariah mengadakan hukuman sebat kepada seorang wanita Kristian kerana menjual arak di Takengon, di daerah Aceh. - Foto AFP BANDA ACEH: 

Seorang nenek beragama Kristian dirotan di wilayah konservatif di sini kerana menjual arak, kali pertama seseorang bukan beragama Islam didenda mengikut undang-undang syariah itu. 


Wanita berusia 60 tahun itu disebat hampir 30 kali di hadapan beratus penduduk di wilayah Aceh bersama pasangan yang dikenakan hukuman sebat 100 kali kerana berzina, kata seorang pegawai semalam. 


Aceh adalah satu-satunya wilayah di negara majoriti Islam itu yang mengamalkan undang-undang syariah, dengan sebatan di khalayak ramai kerana melanggar kanun jenayah Islam itu, sering menarik ratusan penonton. 


Mereka yang ditangkap kerana berzina, menjalin hubungan sesama jantina dan malah didapati berdua-duaan, pada akhirnya menerima hukuman sebatan. 


Seorang pegawai kanan pejabat pendakwa raya Aceh Pusat, Lili Suparli, berkata walaupun undang-undang syariah hanya terpakai kepada penduduk Islam, satu undang-undang kecil yang berkuat kuasa akhir tahun lalu membolehkan ia diguna pakai ke atas bukan Islam dalam situasi tertentu. 


"Ini adalah kes pertama seorang bukan Islam didenda mengikut undang-undang kecil jenayah Islam," katanya merujuk kepada hukuman ke atas wanita Kristian terbabit. 


Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah selepas diberi autonomi khas pada tahun 2001, usaha kerajaan pusat di Jakarta untuk menghapuskan pemberontakan pemisah sekian lama. -AGENSI


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adalah wajar seorang wanita Kristian rakyat Aceh tinggal di Aceh dihukum menurut perundangan Aceh. 


Takkanlah rakyat AS tidak dihukum menurut menurut undang-undang AS semata-mata kerana mereka berlainan agama atau beragama Islam? Adakah orang Islam di negara komunis bebas dari perundangan komunis?

Syabas Aceh, jadikan dirinya negara berdaulat! Bukan seperti negara yang mengaku negara Islam tetapi tidak mampu melaksanakan perundangan Islam itu sendiri..

3 comments:

Anonymous said...

Bahkan sehingga hari ini, fahaman Anarki dan teori Chaos itu masih lagi dipraktikkan oleh puak DAPigs dengan usaha mereka pada ketika ini lebih tertumpu kepada aspek keagamaan.

Maka sebab itu kita lihat pemimpin DAPigs hari ini tanpa ada rasa segan silu mengutuk dan menghina agama lain demi untuk mewujudkan suasana permusuhan dikalangan rakyat di Malaysia.

Seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, tindakan yang dilakukan itu hanya mengundang rasa kurang senang dan mewujudkan permusuhan semata - mata.
"Memanggil atau melabel penganut agama lain dengan gelaran buruk seperti ‘syaitan’ boleh mengundang perasaan benci dan juga permusuhan antara agama.
“MAIS menyeru semua pihak sama ada Islam dan bukan Islam agar dapat mengekalkan keharmonian beragama ini termasuklah dalam penganjuran program keagamaan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambah Mohamad Adzib, MAIS juga turut menyambut baik keputusan kerajaan Malaysia yang k membenarkan Dr. Zakir Naik meneruskan ceramah beliau di Melaka pada 17 April ini.
“MAIS percaya bahawa ceramah yang akan disampaikan oleh Dr. Zakir Naik adalah bersifat akademik untuk memberi penerangan kepada masyarakat umum dan bersoal jawab berhubung aspek perbandingan agama,” katanya lagi.
Katanya, MAIS sentiasa mendukung dan memartabatkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak teragak - agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mencabar kedudukan Islam di negara ini khasnya di Negeri Selangor.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy dalam status Facebooknya bertindak menggelar pendakwah yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2013 itu sebagai ‘syaitan.

Kesimpulannya, pemimpin DAPigs ni memang sengaja berniat nak membangkitkan rasa benci dan mewujudkan permusuhan dikalangan rakyat agar dapat mencetuskan huru hara. Semuanya demi untuk kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!

Anonymous said...

Alhamdulillah. Di Acheh takda talibarut macam PAN Imayam.

PAN Imayam hari2 cari berkat DAP sahaja

Bekas ahli Parlimen PAS, yang kini menyertai parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah), sedia mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat, sekiranya ia sampai ke peringkat itu, kata pengerusinya Mohamad Sabu.

Ia akan bergantung kepada konsensus yang dicapai antara Amanah dan rakan lain dalam gabungan parti pembangkang yang akan ditubuhkan kelak, katanya.

"Kami akan berunding dengan rakan dalam gabungan terlebih dahulu," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Kalau mereka kata 'Tidak', maka kami tidak akan menyokongnya," katanya di Kuching, Sarawak hari ini ketika ditanya pihak media pendirian parti itu mengenai hudud.

Anonymous said...

SEBAT SEMUA, AGAMA KRISTIAN PON HARAM MINUM ARAK JUGAK, HINDU PON SAMA, KENA IKUT UNDANG2 MENGIKUT MANA DIA TINGGAL

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails