Monday, April 25, 2016

Kahwin Bawah Umur Bukan ‘menghalalkan’ Rogol. -JKSM



PUTRAJAYA:Perkahwinan‭ ‬di ‬bawah‭‭ ‬umur‬‭ ‬seperti‭ ‭yang ‬diperuntukkan‭ ‬di dalam‭ ‬‬undang-undang‭ ‬‬keluarga‭‭ ‬Islam‭ ‬‬bukanlah‭ ‭‬suatu‭ ‘keistimewaan’ kepada ‬umat‭ ‬Islam‭‭ ‬dan‭ ‬sama‭‬ sekali tidak‭ ‬bertujuan ‭‬‘menghalalkan’ kes rogol sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tan Sri Ibrahim Lembut berkata Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa untuk‭ ‬membenarkan perkahwinan‭ ‬di bawah umur‭ ‬‬setelah‭ ‬‬siasatan‭‬ ‬rapi‭‬ ‭‬dijalankan‭ selain ia‭ ‬tertakluk‭ ‬kepada persetujuan ibu bapa dan pasangan berkenaan.
Sehubungan itu, beliau berkata laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung perkara itu, ‬y‭ang disiarkan pada 23 April 2016, adalah‭ ‬kurang‭ ‬tepat‭ ‬dan ‬mengelirukan.
“Contoh-contoh‭ ‬kes‭ ‬yang‭ ‬dinyatakan‭ ‬oleh‭ ‬akhbar‭ ‬berkenaan‭‭ melibatkan perkahwinan individu di bawah umur yang dirogol merupakan kes terpencil yang ditemui oleh Mahkamah Syariah, dan jumlahnya amat kecil,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya individu ‬yang ‬terlibat melakukan‭ ‬kesalahan ‬jenayah tersebut ‭ ‬tetap ‬dikenakan‭‭ ‬hukuman ‬sebagaimana ‬diperuntukkan‭ secara‭ jelas mengikut Kanun Keseksaan.
“Jabatan‭ ‬Kehakiman‭ Syariah‭‭ ‬Malaysia dengan‭ ‬kerjasama Mahkamah Syariah Negeri-negeri sentiasa memantau setiap permohonan perkahwinan di bawah umur bagi mengelakkan sebarang bentuk penganiayaan terutama kepada individu di bawah umur,” kata Ibrahim.
Malah, katanya, masyarakat bukan Islam juga dibenarkan‭ menjalankan perkahwinan di bawah umur ‬menurut‭‭ ‬undang-undang‭‭ dengan ‬pasangan yang belum mencapai usia 18 tahun perlu mengemukakan‭‬ ‭permohonan‭ ‬kepada‭ ‬Menteri‭‭ ‬Besar‭‭ ‬atau‭ ‬Ketua ‬Menteri. – Bernama

6 comments:

Anonymous said...

Kemunafikan (hypocrisy) dan keruntuhan moral pemimpin-pemimpin kafir dan liberal semakin jelas apabila mereka menghalalkan zina (liberalisme) dan mengharamkan perkahwinan bawah umur yang dihalalkan dalam Islam. Mereka cuba menyesatkan dan menjauhkan umat Islam dari agama Islam melalui kebebasan melakukan kemungkaran dan kesesatan (liberalisme)!

Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, puak Kristian Evangelis yang sedang menguasai parti ultra kiasu mempunyai perancangan busuk sama seperti Yahudi.

“Pasukan Evengalis ini sedang menguasai parti ultra kiasu sekarang. Mereka mahu menguasai negara ini. Bermula dengan Singapura, merebak ke Pulau Pinang. Tidak mustahil negeri lain seperti Selangor dan Sarawak.

“Apakah kita tidak sedar hasutan ultra kiasu ini mempunyai kaitan rapat dengan apa yang pernah terjadi di Singapura. Jika ditakdirkan perkara ini menjadi realiti, apakah tidak mungkin kedua ultra kiasu ini bergabung untuk memusnahkan kita semua?


“Sampai bila pun akan terus perkauman, walaupun mereka mencanangkan diversiti.
Rujukan: http://www.ismaweb.net/2016/04/kristian-evangelis-sama-busuk-seperti-yahudi-ridhuan-tee/


Anonymous said...

AJARAN ISLAM UNTUK UMAT ISLAM PATUHI

(1) Umat Islam wajib mentaati Allah dan RasulNya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).”(Al-Anfaal 8:20)

(2) Sesungguhnya Allah telah memberitahu kita di dalam Al-Qur’an bahawa orang-orang kafir tidak pernah redha terhadap umat Islam:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”(Al-Baqarah 2:120)

(3) Sesungguhnya Allah dan RasulNya melarang umat Islam mengundi dan melantik orang-orang kafir menjadi pemimpin bagi umat Islam:

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.”
(A-li’Imraan 3:28)

Muhammad ’Ali al-Sobuni ketika memberikan tafsiran dan ulasan mengenai ayat 28 Surah Ali ’Imran dalam kitabnya Rawa’i al-Bayan Fi Tafsir Ayat al-Ahkam Min al-Qur’an telah menyatakan bahawa Allah melarang hambanya yang beriman memberikan wala’ (ketaatan, kasih sayang serta melantik menjadi pemimpin) kepada orang kafir dan mendekatkan diri dengan mereka dengan mawaddah wa mahabbah (kasih sayang dan kecintaan) serta membenarkan mereka, kerana ia merupakan sesuatu yang amat tidak wajar apabila memberikan wala’ kepada musuh-musuh Allah.

Sehubungan dengan itu, apabila berlaku pertembungan untuk memilih pemimpin di antara orang Islam dan bukan Islam, maka tidak ada alasan bagi orang yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah untuk memilih serta melantik orang kafir untuk menjadi pemimpin mereka dengan mengetepikan orang Islam yang beriman kepada Allah SWT. Sekiranya seseorang Islam itu tetap melantik golongan kuffar dengan mengetepikan golongan beriman, maka nescaya akan mengundang kemurkaan daripada Allah kerana mengutamakan kekufuran melebihi keimanan.

BERDASARKAN FIRMAN-FIRMAN ALLAH TERSEBUT DI ATAS, ALLAH DAN RASULNYA AMAT JELAS MELARANG UMAT ISLAM MENGUNDI DAN MELANTIK ORANG KAFIR MENJADI PEMIMPIN UMAT ISLAM. OLEH SEBAB ITU MARILAH KITA SEMUA MENYOKONG DAN MENGUNDI PARTI ISLAM DALAM PRU14 UNTUK MEMBELA UMAT ISLAM DAN AGAMA ISLAM


NOTA:
Sila rujuk ‘Amanah Dalam Melantik Pemimpin’ Oleh: Ustaz Shauqi http://www.ustazshauqi.com/2008/02/amanah-dalam-melantik-pemimpin.html

Anonymous said...

Eleh. Olamak pas tontowi vellfire pon tengok porno di german. Apo nk herannn?? Hihihi

Unknown said...

Fitnah mmg mainan PAN khodamnya DAP..

Anonymous said...

Nampaknya barua roket dan barua kuali amat suka memaki hamun dan menfitnah dan menghina ulama dan parti Islam kerana barua roket dan barua kuali adalah penjilat kaki sifu roket tak basuh berak !

Anonymous said...

Anon 11:23 AM adalah penagih dedak cap roket yang amat berbahaya kepada kesihatan fizikal dan mental manusia yang boleh mengubah manusia manjdai zombie roket. Anon 11:23 AM adalah contoh kesan dedak cap roket ke atas manusia iaitu Anon 11:23 AM merasa, melihat, menghidu bau dan mendengar sesuatu yang sebenarnya tidak wujud.

Maka tidak hairanlah jika barua-barua roket dan kuali menulis komen yang menghina otak mereka sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails